Zahra merajuk dengan daddy ?

 

Semalam , aku sangat stress dan pening kepala ! Waktu tu , aku bertiga je kat rumah.. Memang kepala rasa nak meletup jer.. Hurm.. Muka abis berubah jadi macam Hulk dah ! Kena pulak Zahra tambahkan lagi ‘ajinomoto’ kat perasaan aku tu.. Maka ,meletus la gunung berapi !

Pagi tadi.. dah ok skit.. Tapi masih ada pening pening .. masih tak leh nak tengok skrin komputer sangat .. Huhuh.. Aku gi kat Zahra.. senyum kat dia .. Pergh.. dia wat keras je muka.. Puas senyum kat dia.. Wat dek jer.. Huhuhu..

Patut la semalam masa angin tu , dia pandang jer muka aku .. Tertanya gak aku masa tu dalam hati..

“ Zahra ni umur berapa sebenarnya ? Takkan 5 bulan dah boleh tenung dan tau bapak dia tengah angin satu badan ? “ .

Dia pandang aku dengan air mata meleleh keluar.. Huhuh.. Dia menangis sebab cari susu .. Tak nak susu botol ! Aku bagi dah.. Siap guna shrink lagi.. Minum tapi tak puas ! Menangis kaw kaw bunyinyaaa …

Aku pujuk la balik pagi tadi.. Lama gak la nak senyum.. Huhuhu.. Ni kalau dah besar.. mau kering gak hati ni.. Hurmm.. Tapi dalam hati ada taman.. huhu ..

7 ulasan:

  1. Hadiah sweet smile untuk daddy ye zahra..hehe..

    BalasPadam
  2. Jangan angin depan budak2 ..Diaorang boleh tahu tau ..Ksian Zahra..Ngajuk ngan daddy eaa..

    BalasPadam
  3. Hahah, comelnya dye merajuk.. http://bit.ly/1vhqai7

    BalasPadam
  4. comelnye Zahra, dagu runcing..budak2 sekarang ni mmg bijak. kadang tu tak sangka diorg boleh buat mcm tu kan?hehee..

    BalasPadam
  5. Sweetnyaaa.. pujuk2 jgn tak pujuk.

    BalasPadam
  6. Sweetnyaaa.. pujuk2 jgn tak pujuk.

    BalasPadam
  7. Kiut juga zahra ni.. memang cop sekali dengan qhaliff huhuhu.... Sambil2 tu nak share pasal sesuatu dengan abg ben :) Itupun kalau abg ben tak keberatan

    http://sitracey.blogspot.com/2014/10/botol-susu-ajaib.html

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009