Awas blogger !

 

Jangan ingat entri kita hanya dibaca oleh rakan rakan kita saja walaupun cerita pasal semut api gigit ibu jari anda !!! Haaaa..  Hati hati dalam bercerita yer !

Dalam entri aku yang TH HOTEL & CONVENTION CENTRE TERENGGANU yang lepas , telah menerima ‘kunjungan’ hormat dari pereka hotel tersebut ! Tak sangka sudi singgah rupanya ..

Zaman ni , zaman Google.. semua orang akan google apa saja terutama bila melibatkan diri dan sekelilingnya ! Ingat lagi aku pernah tulis mengenai satu kemalangan yang berlaku depan mata aku.. si mangsa telah google dan follow blog aku selepas tu .. Akhirnya dia bercerita mengenai kemalangan tu sendiri pada aku !

Hurm.. sebagai blogger , kita kena hati hati dalam menulis. Jangan sedap nak kejar trafik hingga sanggup lukakan hati orang lain !

18 ulasan:

  1. setuju dan agree!ha ha ha, boleh? ting tong di pagi hari... salam aben...dan selamat pagiii...

    BalasPadam
  2. yup. skrng ni rmai yg nk kejar trafik sahaja.
    kadang2 diminta baca entrynya.
    dia pula tidk pernah membaca

    BalasPadam
  3. setuju tu ben.. dlu entry lin pasal diari ramadhan su... tetiba producer rancangan tu komen.... memang best.

    BalasPadam
  4. Alert arkitek bangunan tu kan..
    Betul cakap abg ben apa yang kita tulis mesti adaa tinggalkan kesan. Jadi berhati-hati...
    TQ sharing..

    BalasPadam
  5. Seronok juga kalau blog kita memberi manfaat pada pembaca... :)

    BalasPadam
  6. terima kasih atas peringatan abang ben (:

    BalasPadam
  7. betul tu...dalam setiap penulisan,kita pun nak kena jaga adab takut terguris hati insan tersebut.tak pasal2 dapat dosa..

    BalasPadam
  8. saya ada terbaca beberapa juga ulasan blogger tentang hotel ni
    anyway kalau bagus, kita katalah bagus dak abang ben
    begitu juga sebaliknya =)

    BalasPadam
  9. setuju sangat pe ben tulis tu....

    BalasPadam
  10. thanks sharing peringatan ni..
    hurmmmm.. mmg always kena berhati-hati.. tak blh sesedap rasa ikut suka nak tulis apa..

    dunia hujung jari je so x mustahil mcm2 blh jumpa..

    BalasPadam
  11. Semua perkara ada negatif dan positif.. Kalau dah benda tu tak berapa bagus, tak salah kot kita nak 'jolok' sikit.. Sekurang-kurangnya boleh perbaiki mana yang tak bagus tu di masa akan datang..

    Apa-apa sekalipun, think positive.. Kalau semua benda nak fikir negatif, eloklah jangan google apa-apa.. hehh..

    BalasPadam
  12. betul tue...saya pernah menulis entry lebih kepada mempersoalkan kenapa? Alhamdulillah salah seorang yang terlibat dengan kejadian itu sudi mengomen dan menjelaskan kejadian sebenarnya...

    BalasPadam
  13. blogger ben pemes mestilah ad org bce hehe

    BalasPadam
  14. nice sharing :D

    www.diarijejakahangat.com

    BalasPadam
  15. Ingat tu jgn duk share yg negatif je..kita ni kdg2 tgk yg buruk org laju je nak share..spatutnya fikir dlu baru la share...Terbaik Aben..hehehe Arkitek Th Hotel tuu yg komen...

    BalasPadam
  16. Saya kalau nak komen mesti baca dari awal hingga akhir n entrh lsinpun sy baca...sb saya memang suka membaca...
    Seronok jika ada orang baca apa yg kita tulis.

    BalasPadam
  17. saya budak baru dalam dunia blog..mohon tunjuk ajar dari senior2 blogger..

    BalasPadam
  18. Saya pun baru dalam dunia blog ni... tq.. ni salah satu yang boleh di jadikan peringatan untuk diri saya...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.