Bila rakan blogger #kelabbloggerbenashaari kemalangan ..

by - Jumaat, November 07, 2014

 

Pagi ni , dua rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari patut ke Masai , Johor untuk hadiri event melibatkan penaja rasmi kelab iaitu Cosmoderm. Dua rakan tersebut , Ruby dan Emas Putih ( Uzu ) akan cover bagi pihak #kelabbloggerbenashaari . Kalau aku ada kat KL , aku akan join mereka.

Sayang seribu kali sayang.. Dalam perjalanan mengambil Ruby , kereta Uzu mengalami kemalangan. Katanya , kereta depan dia berenti tak pasal pasal ! Dan dia … hurm…

 

Tak pasal pasal ! Kereta yang dia langgar tu , terus blah macam tu jer ! Tak turun pon .. Hurmm… Bila dah eksiden gini , pastinya Uzu jadi cuak dan mengelabah.. Tau la kan sapa akan datang nak amik kesempatan apatah lagi bila tengok orang yang terlibat tu perempuan..

Nasib baik ada seorang rakan blogger #kelabbloggerbenashaari berada berdekatan lokasi kemalangan. Pantas Potia Casadelarosa gi bagi bantuan. Terima kasih Potia !

Hurm… pada masa sama , aku mesej peguam Kelab Blogger Ben Ashaari . Maklumkan pada dia .. mana la tau kan ! Haaa…

Alhamdulilah , majoriti rakan blogger dah tau apa patut dibuat bila berada di situasi begini. Aku pun pernah mengalaminya.. Tenang dan gi buat report polis ! Tapi jangan pelik yer.. Kalau kita langgar belakang kereta orang lain , kita automatik salah dan dikenakan saman .. Bayar dan buatlah claim insuran untuk perbaiki kereta tu.. Kalau boleh deal luar dengan pemandu kereta depan , deal tapi hati hati ! Ada yang kata nak settle luar .. dalam diam dia buat report polis ! Kita yang kena nanti..

Dan job untuk hari ni terpaksa dibatalkan.. Aku tak bagi diorang pergi walaupun ada Uzu berniat nak pergi jugak.. Haip !! Dah dah.. Gi tenangkan diri .. Tak pe takde rezeki tang tu tapi syukurlah kemalangan tadi tak seteruk orang lain yang mungkin ada melibatkan fizikal !

Sedih dia .. Nak cari duit cover ‘ perbelanjaan belajar ‘ dia .. Bukan mudah nak dapat RM1 dari blogging !

You May Also Like

12 comments

  1. Keciannya kat Uzu. Apapun semua baik hendakNya.

    BalasPadam
  2. asalam..simpati dengan Emas putih..banyakkan sabar ya..kadangkala kita di uji

    BalasPadam
  3. Insyaallah Uzu, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..

    BalasPadam
  4. Kereta anak kakcik kena sondol dengan motosikal. Alhamdulillah, anak kakcik rak apa-apa walaupun kereta terpaksa masuk bengkel...

    Tak mengapalah terlepas event tu, pastinya ada rezeki lain menanti. InsyaAllah.

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan.. sesuatu yg berlaku mesti ada sebab..

    BalasPadam
  6. sabarlah.. nasib baik tak teruk sangat..

    BalasPadam
  7. next time perlu lebih berhati2 ketika memandu... yg penting sekali jangan cepat panik...

    BalasPadam