Hati–hati bila menulis pasal orang !

 

Aku belum dungu lagi.. Bila aku melibatkan diri dengan peguam dalam dunia blog yang aku sayangi , pastinya aku punya perancangan yang teliti mengenai. Apakah aku nak menyusahkan diri aku ? Apakah aku nak mengikatkan diri aku dengan kepayahan yang aku ciptakan sendiri ?

Lor .. Antara sebab aku tak nak kerja dengan orang , aku tak boleh berdisiplin ! Payah nak ikut cakap orang andai aku punya pendapat sendiri ! Sebab tu aku jadi blogger !

Kelab Blogger Ben Ashaari secara rasminya telah punya peguam peribadi. Untuk apa ? Hanya kami saja yang tahu.. ‘Kami’ ni , aku maksudkan ialah blogger yang ‘lepak santai ‘ didalamnya. Tiada kontrak dan tiada perjanjian. Sapa sapa bebas masuk dan keluar.. Tiada paksaan..

Apa tujuannya aku gunakan peguam ni ? Banyak kelebihan bila ada peguam sudi berkerjsama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari ni.. Contohnya ? Hehehe.. Yang tu biarkan aku dan rakan rakan tau.. Apa keuntungan peguam peguam ni ? Eh , ada laaaa… Mesti la ada kan ? Takkan takde ..

Maka , jangan cepat buat andaian.. Peguam peguam ni tak sentuh langsung blog rakan rakan blogger .. Blogger tetap dengan cara mereka .. Mereka pun menulis dengan penuh beretika. Takde la nak main sebat jer menulis kan ? Tau tau dah jadi fitnah.. Boleh kena saman tu ! Hahahaha .. Hati hati kawan ..

Alhamdulillah .. Motif penubuhan kelab ni bukanlah semata mata untuk cari duit ! Kami gembira bersama di bawah satu bumbung !

Terima kasih rakan rakan #kelabbloggerbenashaari !

9 ulasan:

  1. alhamdulilah semoga di permudahkan urusan..

    BalasPadam
  2. biase la mesti ade yg jeles hehehe xtau hal sebenar tp wat2 tau...hati2 dgn org mcm 2 luaran nmpk ok tp dalaman kite xtau....teruskan dgn plan yg ada...aku sokong 100%

    BalasPadam
  3. dah jadi satu keluarga baru ni.. seronok!

    BalasPadam
  4. Semoga terus maju #kelabbloggerbenashaari! Majulah kbba untuk blogger. Abaikan mulut2 busuk tu

    BalasPadam
  5. In shaa Allah, sya try kawal tangan nie supaya tak menulis yang bukan2 pasal orang lain. Heheh.

    BalasPadam
  6. ada atau tak lawyer untuk KBBA saya tak rasa menyekat kebebasan menulis.. tak perlu risau kalau tak buat salah. hahahaha

    BalasPadam
  7. Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.

    BalasPadam
  8. mcm mn nak join KBBA ni ye? Mujur lah blog sy ni byk pasal personal je so xde kaitan dgn org lain ataupon fitnah :-)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009