Jus Belalai Gajah untuk kanser dan darah tinggi ?

 

Majoriti mengatakan , daun atau jus belalai gajah ni bagus untuk cegah kanser .. tapi untuk darah tinggi ? Hurmmm ..

Tadi aku gi gym.. Borak la ngan sorang otai ni.. Dia ni ada sejarah gout dan darah tinggi. Selalu gak la kena bebel ngan aku gara gara malas jaga makan ! Selepas kena serang gout tahun lepas , tak silap aku .. dia dah mula dengar bebelan aku ! Heheheh..

Dan tadi.. dia ada kongsikan satu petua untuk cegah darah tinggi.. memandangkan aku pun ada gak sejarah darah tinggi ! Katanya dia ada tanam pokok belalai gajah kat opis dia .. Aku tak tau la camana dia punya tanam.. Aku angguk je la.. Katanya lagi , setiap pagi dia akan amik dua tiga helai daun belalai gajah dan rendamkan dalam air panas. Pastu minum air tu..

Balik rumah.. terus aku tanya bapak aku.. Hehehe.. 

“ Jus Belalai Gajah kat dapur tu tak nak ke ? “. Dan seperti aku jangkakan .. dia tak nak.. Dia memang payah nak minum menda menda gini.. Dia lebih percayakan ubatan doktor .. Hehehe.. Lagi pun dia takut gak kandungan gula dalam satu satu produk tu.. Dia ada kencing manis..

Aku , cuma mampu senyum dan amik jus belalai gajah tu masuk ke dalam bilik.. hehehe.. Jimat dah !

P/S : Ramai tanya mana beli.. cuba cari di kedai jamu area Chow Kit ..

4 ulasan:

  1. thanks share pasal jus ni...ade kawan sy tny pasal belalang gajah..nnt nak suggest kat dia...

    BalasPadam
  2. nice info Ben...boleh try nie.......

    BalasPadam
  3. First time dngar tentang daun belalai gajah..huhu,,thanks for sharing..

    jemput lawat blog saya..Cara mudah merawat puting luka ketika menyusu

    BalasPadam
  4. Saya penah cuba jus belalai gajah ni..tp xsempat nk tgk kesannya,kanser dh semakin mmbesar so tpaksa operate gak...huhu...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009