Kenapa masih wujud kes buli pelajar ??

by - Rabu, November 05, 2014

 

Hurmmm… 2 video kes buli dalam masa dua hari ! Berbeza lokasi tapi yang pastinya di Malaysia !! Apahal ni ????

image

image

Sakit hati sungguh la aku tengok video video ni ! Kenapa masih ada pelajar yang tak reti guna otak ni ? Menariknya , kes kes gini berlaku di asrama ! Asrama ni biasanya budak budak pandai je masuk dalam tu.. Tapi kenapa ‘tak pandai’ ??

Apakah semua ini berpunca dari pengaruh filem atau tv ? Menurut pembikin filem , mereka dpt idea ni dari isu masalah sosial masyarakat setempat ! Sapa tiru sapa ?

Dan .. jika pihak sekolah dapat tahu , apa pulak tindakan mereka ? Mengikut pengalaman aku laa kan .. biasanya laaa kan .. Diorang panggil mak ayah pastu gantung sekolah ! Laaaa.. gantung sekolah je ?? Seronok laa..tak yah gi sekolah ! Budak yg kena buli tu , dah tentu mengalami masalah psikologi ! Takut nak gi sekolah dah pastu .. Hurmmm

Aku status di Facebook yang bertujuan untuk mendapatkan pandangan rakan rakan serta pengalaman mereka.. Rata rata geram dengan masalah buli ni ! Punya la susah nak besarkan anak.. tau tau jadi mangsa sepak terajang ! Kalau ikutkan hati , mau jugak pulangkan balik buah yang dia bagi kat si mangsa tu ! Baru tau camana rasanyaaaa !!!

Ada pihak pentadbiran sekolah , diamkan kes kes gini . Janji nak amik tindakan tapi ??? Aku syorkan parents pasni , mana mana kes buli .. saman terus pihak pentadbiran sekolah terutama guru besar ! Kasi masa dulu untuk diorang amik tindakan.. Kalau takde , atau sekadar hukuman kecil .. guna je lawyer ! Grrrrr… Kita ni nak besarkan anak , nak bagi susu formula pon takut takut ! Kasi susu ibu ! Dah besar , suka suka je orang sepak terajang anak kita.. Huhhh ..

Aku cadangkan laa .. murid yang terlibat dengan kes buli ni , kasi dia buat kerja kerja kebajikan.. Baru dia sedar skit akan kehidupan di dunia ni tak seperti yang dia pikir !! Kerja kerja tu cam kasi cuci tandas awam , sapu sampah di tepi jalan raya , bersihkan rumah anak yatim .. Dan macam macam lagi.. Atau pakat pakat kumpul diorang tu , hantar gi Somalia sana tu.. Biar jadi samseng kat sana lak ! Baru tau langit tinggi rendah !

You May Also Like

16 comments

  1. kerja kebajikan?? yg tu setuju sgt.. cuci kandang harimau je, lg best.. geram btl la.. budak pandai tp perangai serupa org xde akal..

    BalasPadam
  2. saya benci pembuli!! moga polis cecepat tangkap bdk jahat itu!!!

    BalasPadam
  3. saya benci pembuli!! moga polis cecepat tangkap bdk jahat itu!!!

    BalasPadam
  4. Assalam abg ben,
    kan3 menyirap ja darah nengok buli2 ni
    apa la jenih perangai

    BalasPadam
  5. sadis,bagaimana kalau yang kena tu saudara ita sendiri,semoga perkara sebegini diambil tindakan segera....huhu

    BalasPadam
  6. budaya membuli dari zaman berzaman
    yg dah meninggal pon ramai....emmmm...

    BalasPadam
  7. Anak saya baru tahun 1, dari awal tahun dia asyik kna buli ng rakan sekelas ank cikgu, malas nk bising² tp bila dibiarkan menjadi² plak... bila gtau kt cikgu, diaorg cam endah x endah... sy x salahkan cikgu tp sy faham diaorg sendiri pun byk kerjanya cuma kekedang tu rasa terkilan... huhhu...

    BalasPadam
  8. Zumal nie jadi takut kalau terlibat sesuatu kemalangan melibatkan budak sekolah especially budak sekolah menengah sebab dorang boleh gertak kita ala mafia or gangster gitu...

    BalasPadam
  9. tu namanya otak sempit.... diorang tu rasa hebat bila dapat buli orang macam tu.. diorang ni biasanya depan makbapa sendiri, diorang tunjuk perangai baik. tapi bila masuk asrama.... tu yang keluar perangai puaka tu... saya pun pernah dok asrama.... pernah rasa terancam dengan perangai orang2 macam ni.... benci sangat kat bebudak cenggini....

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum abg ben.

    Kes buli ni bukan terjadi kat sekolah menengah atau asrama je. Sekolah rendah pun ada. Anak saya yg darjah tiga pun kena buli juga. anak saya lelaki. pembulinya perempuan. budak perempuan ada geng2nya jugak. anak saya diajar sejak kecil, kalau perempuan, kita tak boleh pukul. so, bila budak perempuan ni asyik duk pukul2 dia, sampai bertanda2 anak saya dibuatnya. anak saya tak balas. sbb ingat pesan mak ayah.

    bukan setakat pukul, dia ckp yg bukan2 pada anak saya. cthnya, "loser", "punk", "stupid" dn mcm2 lagi.

    setiap kali anak saya balik sekolah, mesti dia akan cerita budak tu buat itu dan ini. smpi tahap di mana budak tu bukak beg anak saya dan koyakkan buku2 anak saya.

    yg lucunya, dia beritahu emaknya, bahawa dia yg dibuli. padahal dia yg membuli. saya tahu sbb cikgu beritahu saya. dan saya ceritakan perkara sebenar. skrg ni, kalau budak tu tegur2 anak saya, anak saya buat tak tahu je. budak tu pulak yg mcm nak kawan balik.

    BalasPadam
  11. First time melawat blog ni sebab nak cari kes buli ni. Tapi bila dah buka blog ni & baca komen, tak berani pulak tengok video tu. Takut trauma. Huhu..

    Dulu pernah jadi tapi lepas tu dah terhapus kes-kes ragging & buli pelajar. Tapi sekarang trend ni datang balik. Risau dengan generasi-generasi & anak-anak akan datang.

    BalasPadam
  12. Dah tgk tadi..mmg menyirap jgk laa dgn kaki buli ni ..rasa cam nak pelempang jer si pembuli tuu..

    BalasPadam
  13. Saya pernah jadi mangsa buli zaman sekolah tapi bukan buli fizikal lah..buli macam selalu kena ejek sebab saya pendiam...buli macam ni pun dah memberi kesan dalam hidup saya..macam mana pula dengan budak yang dibuli secara fizikal??

    BalasPadam
  14. bukan asrama je..sekolah harian pun banyak kes buli. cuma kes yang ini ada video sebagai bukti. itu je.

    buli benda yang memang sinonim di sekolah, tak kira sekolah rendah ke sekolah menengah ataupun sekolah asrama.

    Belog Miss Balqis

    BalasPadam
  15. Kalau dh spai tahap tu baik report polis je abg ben.....sekolh x boleh buat apa pun.....terikat dgn peraturan kpm....lgpun zaman skrg ni bila kta denda budak...parents marah.....x caya ank diaorg jahat.....jd sy cadangkn baik report polis....biar polis yg siasat....parents pn x boleh nk ckp apa bla jd kes polis....bdk2 mcm ni elok hantar kt henry gurney je......konon nk jd samseng.......padahal mkn minum pn mak ayh yg tanggung......

    BalasPadam
  16. TV adalah punca utama. Knp? Sbb Dr kecil tgk kartun. Sy peminat kartun, sy tau. Kartun byk juga dah melampau. Contoh, Tom n jerry. (Contoh aje ye) Main pukul².mmg nampak kelakar. Tp anak kecil X faham. Dia fikir pukul² tu main²je.lg satu, dah ada kajian. Makin by kita tgk Yg ganas²,video,movie,game semua ni akan mengurangkan rasa kasihan. Lagi membesarkan perasaan seronok bila tgk org kesusahan, Seronok Membuli. Dah ada kajian ttg ni. Sy Yg suka tgk kartun pun dah xtgk. Anak pun sy pilih cerita apa. Yg ada pukul²,kata² kasar sy xbg. Walaupun cuma kartun. Tgk video alif ba ta sudah.. Ank dr kecil dah terbiasa dgn keganasan. Bila besar mengganas, mak ayah, cikgu semua terkejut? Dr mana dia belajar? Tu belum LG pengaruh rakan sebaya. Sy faham sbb sy pun jaga anak² kecil dlu. Sekolah rendah dah pandai buli. Masuk sekolah menengah, lagi melampau. Bila bgtau mak ayah, dia xpercaya. Doa²lah supaya dijauhkan keturunan kita Dr jd begini..

    BalasPadam