Layan sotong celup tepung di ICT , Teluk Ketapang !

 

Wife ajak ! Teringin dah katanya.. Rileks , rileks.. bukan mengandung yer ! Huhuhuh.. Marah doktor nanti.. Dah lama nak cari tempat ni tapi asyik gagal jer !

Dan kali ni , berjaya akhirnya !! Alhamdulillah..

 

Tempat ni terletak di belakang lapangan terbang Kuala Terengganu. Haaa.. Tiap petang , tak kira hari apa.. memang akan dipenuhi pengunjung. Tadi , ramai pelajar UiTM datang makan . Aku rasa sebab sukan kot ? Huhuhu..

Malangnya aku dah tak lalu nak makan sangat sebab dah petang. Dalam kepala aku , nak cepat sampai Kelantan dan berehat. Jadi aku makan skit jer la..

Sedap tak ? Ok.. terus terang , sedap ! Segar gituuu.. Murah tak ? Hurmmm… Aku tak berani nak kata murah ke mahal tapi yang pasti harganya macam dah campur GST je  ? Hahahahhaa … Belajar belajar la terima GST yer ..

Ada macam macam juadah yang dihidangkan di sini. Aku rasa macam nak singgah sini je nanti masa balik dari Kelantan atau akan datang bercuti lagi di Terengganu ni sebelum musim tengkujuh datang.. huhuh..

Nak ikut ? Jom konvoi..

12 ulasan:

  1. Saya kalau kesana mmg wajib pergi makan situ.... Lagi2 dgn persekitaran dia tu... Dekat dgn pantai dan lapangan terbang... Dulu pernah menetap kat sana sekejap sebelum ke Airport Pengkalan Chepa...

    BalasPadam
  2. kira mahal ler tu...hehehe, pernah sekali ke sana tp tak tahu mahal ker tidak sebab orang belanja...lama dulu lah perkataaan gst tak muncul lagi..

    BalasPadam
  3. wahhh..sedapnya..dah lama sgt tak g jenjalan terengganu..wajib g ni next year..hehe

    BalasPadam
  4. Abang Ben try Google Ikan Celup Tepung Pok Nong....kat pantai mengabang teliput.....lagi sedap dan murah nk banding dgn ICT kat Teluk Ketapang tu.....lain kali abg Ben datang Terengganu leh try kat situ pulak...tapi hari selasa tutup....buka dari pukul 3.30 ptg.....kalau kol 5 ke atas tu memang kna beratur panjang lah juga......

    BalasPadam
  5. bestnya..tunggu habis tempoh 'berpantang' buat sementara waktu ..:-)

    BalasPadam
  6. Nanti jd tmpat persinggahan wajib le tu..dah laluan balik ke kelantan kan..nanti try warung pok nong lak..ramai yg buat entri pasal celup tepung kat situ.

    BalasPadam
  7. kalo ikutkan memang mahal sbnrnya makan kat tempat2 gitu n mknan2 begitu..tapi sesekal boleh la..tutup mata jela n bayar hihihi

    BalasPadam
  8. sedap tuuu...memang agak mahal ICT kt Ganu..lagi2 kalu tmpt tu glemer... tapi berbaloi dengan dia punya freshness...

    BalasPadam
  9. laparrrr! haha.
    dekat area kl kenapa takdeeee T_T

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    BalasPadam
  10. Suka sotong goreng tepung.. Selalunya kat tempat lain sotong tak garing tepung nya.. Sy kurang suka

    BalasPadam
  11. Terengganu kalau makanan memang heaven.. kalau g terengganu mesti ingat makanan die..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009