Nyaris kemalangan tapi ..

 

Hujan turun di sesetengah tempat. Aku memandu dengan berhati hati.. Ditambah dengan ‘kuda putih’ bersedia dengan kamera masing masing untuk memerangkap ‘kuda hitam’ liar yang tak reti bahasa !

Nyaris eksiden ? Hurm.. 2 kali aku nyaris bertembung dengan kereta 4x4 yang tak reti bahasa ! Memotong di garisan berkembar dan di kawasan bukit  ! Tau tau kereta tu ada di depan aku !! Bayangkan kalau aku memandu sekitar 100km/j ! Aku waktu tu memandu dalam 80km/j sebab kereta berat dan cuaca tak begitu memberansangkan untuk memandu dengan laju ! Alhamdulillah..

Sewaktu bertembung dengan kereta tu , aku bagi hon yang cukup panjang dan confirm bingit punya !! Nasib laaa .. Ingatkan nak tambah dengan ‘jari tengah’ tapi tak sempat ! Sempat geleng kepala jer ..

Sampai di Karak … Kelihatan sebuah Myvi yang dah dalam keadaan .. hurmm.. aku rasa berpusing gak tuuu.. langgar tembok ..

Seriau aku tengok kemalangan tu.. Hurmm… Dan , alhamdulillah.. dalam 3.30 petang , kami sekeluarga selamat sampai di rumah.. Lega sangat aku sebab sebenarnya , aku tak tidur semalaman , semalam sebab buat kerja.. settlekan advertorial ! Cari duit la katakan .. Maka risau la nak memandu jauh..

Sampai je rumah , wife terkejut.. Tengok lampu depan rumah tertutup… Walhal masa pergi tu , aku ‘on’ …

“ Bang , lampu depan abis bateri dah .. “.

“ Dah bila pulak lampu rumah kita pakai bateri ??? Ni mesti letrik ‘ tendang ‘ ni.. Ah , sudahhh.. Peti ais .. “.

Wife terus bergegas ke dapur dan ..mukanya terus berubah kecewa ..

Stok susu Zahra , rosak sudahh !! Huuhuh.. Aku suruh wife redha jer ..

“ Allah amik susu jer tapi selamatkan kita tadi dari kemalangan ! “.

4 ulasan:

  1. aduhhhh mmg sedih.. tapi nak buat camne takde rezeki zahra.. dan syukur ben selamat sampai ke rumah..

    BalasPadam
  2. mmg sdih usaha penat lelah pam tu..tp xpelah mgkin ad lebih rezeki menanti

    BalasPadam
  3. Allah nak gantikan dengan rezeki yang lebih baik. InsyaAllah...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.