Perlukah #kelabbloggerbenashaari saman itu blogger ?

by - Isnin, November 03, 2014

 

Woww ! Peguam ? Blogger ? Biar betul ?? Hahahaha .. Perlu keeee ? Sampai tahap gitu sekali haaa ! Jeng jeng jeng … Perlu atau tidak.. perlu atau tidak ?

Berdasarkan pengalaman aku yang dah nak jejak 6 tahun dalam dunia blogging ni , macam macam kes dah ada melibatkan peguam ni ! Ada kes saman laa.. sebab melibatkan fitnah , melibatkan maruah dan macam macam lagi laaa ! Kes politik pon ada gakk ..

Aku pon ada kena gak cuma masa tu tak de la terfikir sampai nak gunakan khidmat peguam ni. Maklumlah , besar mana sangat la dunia blogging di Malaysia ni kan ? Pi mai Pi mai Tang tu gakk.. kan kan ?

Jadi untuk apa #kelabbloggerbenashaari adakan usahasama dengan peguam ??? Haaaa .. Nak tau ?? Betul nak ??

image

Sewaktu berbual santai bersama dua orang peguam , Puan Wan Noor Haryanti dan Puan Wan Roslina , mereka ada menerangkan kepada aku dan Ruby mengenai peranan mereka terhadap kelab blogger kami tu. Mereka akan membantu blogger dari pelbagai aspek perundangan dan inshaAllah akan cuba dapatkan satu lesen khas untuk copyright. Kiranya kalau ada kes curi gambar makanan , mereka boleh tolong saman ! Panjang skit part ni kalau nak cerita.. hehehe ..

Dan akhirnya , kami sama sama telah bersetuju untuk bekerjasama ! Alhamdulillah.. Makin ke depan #kelabbloggerbenashaari ..

You May Also Like

19 comments

  1. tahniah .. hehehe .maju selangkah dah #kelabbloggerbenashaari

    BalasPadam
  2. sememangnya #KelabloggerBenAshaari makin maju ke hadapan..teruskan kecemerlangan.

    BalasPadam
  3. Wahhh..
    Bagus untuk planning kemudian hari..

    Terbaik....

    BalasPadam
  4. Hmm ... bagi aku macam tak berapa nak setuju la bab ada peguam ni, mungkin kena detailkan lagi mengenai peranan peguam ni. Kalau isu copy paste atau copyright tu, rasanya macam tak perlu kot, sbbnya dunia blog dalam satu hal memang perlukan benda tu supaya info tepat dan betul dapat disebarkan.

    Tapi jika macam seorang blogger tu tulis dengan berani dan menyampaikan satu perkara seperti kes kolej nak saman blogger itu hari, mungkin adanya peguam boleh bantu selesaikan masalah.

    Dan lagi, bila dah libatkan peguam, blogger dah jadi terikat dengan peraturan, tak boleh ini, tak boleh itu ... jadi, dah tak seronok dah nak berblog.

    Ini sekadar pendapat aku la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada details pon cuma aku tak tulis dlm ni.. Isu copyright lebih blogger tertentu cam mat gebu..

      Peguam tak kacau pon pa blogger nk tulis...

      Padam
  5. tak sangka kan dgn blog, blh pegi sejauh mcm ni...semoga trs success KBBA..

    BalasPadam
  6. @Ben Ashaari

    Hmm ya ya .. tu aku setuju. Takpe ... aku nak beri pandangan, tapi nak tulis sini panjang nanti.

    BalasPadam
  7. Terkebil-kebil baca... Okay, tunggu dan lihat info/perkembangan berikutnya...

    BalasPadam
  8. Khidmat penguam ni bagus untuk blog personal. Tapi takut juga tercopy gambar kat google images yang blogger punya..

    BalasPadam
  9. wa ingat peguam jadi blogger. Tahniah boss.

    BalasPadam
  10. takut gak kalau ada saman menyaman ni.. kalau kes curi gambar padam watermark, mengaku pulak gambar sendiri memang salah lah kan dari etika pun..

    BalasPadam