Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 30 November 2014

Plagiat idea ? Event percuma ?

 

Hurmm… Dah pulak jadi isu panas semalam ! Katanya plagiat idea dari pihak lain ! Hurmm… Aku yang tak tau apa apa terpinga pinga sekejap sambil makan Cadbury yang dah disahkan Halal oleh Jakim tapi masih ramai dok was was lagi ! Apa nak buat kan ? Dah bagitau pun salah , tak bagitau po salah.. Dah memang gitu orang kita kan ?

Ahaaa.. Pasal plagiat idea tu.. Aku ada bertanya sendiri kepada penganjur dan mereka menjelaskan pada aku. Aku tersenyum je la.. Berlaku salah faham di sini je pon ! Apahal nak kecoh sangat ? Nak gak aku tau… idea ni memang asal dari orang tu ke ? Kiranya dalam dunia ni , dia memang yang pertama buat macam tu ? Kiranya asli la eh ?? Aku yang join event ni pon dah rasa macam banyak kali jer join ‘game’ macam ni ! Samaaaa je ! Sapa plagiat sapa ni ???

Aku tak rasa isu utamanya adalah plagiat pon.. Ada isu disebalik isu , aku rasa ! Yang tak tau apa apa tu.. Aku rasa sebaiknya , tak perlu la nak menyibuk atau masuk campur ! Biarlah mereka menyelesaikan sesama mereka ! Matured la sedikit ! Menda boleh diselesaikan pon !

Aku punya SEGMEN , ramai je blogger ikut.. Aku tak pernah pulak nak kata blogger plagiat idea aku .. kan ? Biar je la diorang nak buat.. Bukan aku gi daftar dan jadikan hakmilik abadi aku ! Huhhh..

Dan isu event percuma ni ! Aku terima banyaaak email ajak datang ke event percuma ! Kadang kadang aku serba salah nak terima.. Bila aku tak terima , tapi ada je aku tengok blogger blogger yang aku kenali pergi .. Pulak ?? Nak sepakat ke tidak ni ? Takkan aku je beria tak terima kan ?

Berfikiran lebih terbuka .. aku terima la mana yang aku rasa berbaloi untuk aku hadiri ! Macam semalam .. Aku pergi untuk luaskan network aku… apatah lagi yang jemput aku sendiri tak pernah jumpa aku tapi pernah dengar nama aku. Bila aku pergi , aku perjelaskan dengan lebih lanjut kenapa dan mengapa perlu bayar blogger ! Kan lebih enak begitu dari terus boikot event ! Lagi pun , dekat dengan KLCC je pon.. senang je nak gi kan ? Bukan buat kat Paris pon kaannn ..

Dan , kalau semua event berbayar .. rasa rasa sapa yang akan dipanggil ? Blogger yang baru nak naik atau blogger yang memang dah ada nama je akan dipanggil ? Jadi , blogger blogger yang baru ni camana ? Kena seimbang ! Sesekali join event tak berbayar , ok laa kan ! Bukannya selalu .. Penganjur pon bukan paksa blogger buat entri ! Terpulang la pada masing masing ..

Nak boikot atau nak berpiket , biar tau asal usul cerita .. Jangan dengar sebelah pihak jer .. Segalanya pasti BERSEBAB ! Jadi blogger matang bukan blogger ikut ikutan .. Dan blogger sejati adalah blogger yang bijak menulis dan berpengaruh ! Bukan blogger tayang muka rasa cun memanjang tapi entri tak memberi manfaat pada masyarakat dan negara !

Blogger sejati bukan artis hiburan yang murahan .. !

3 komen :

amir zahari berkata... [Reply to comment]

Hmmm.. tak tahu entry ni berkenaan isu apa sebenarnya.. tp pd blogger yang baru nk mencebur diri dalam dunia blogging n nk dpt expose dalam dunia blogging tak salah bermula dengan join event yang tidak berbayar.. percuma untuk menempa nama.. Blogger2 baru dihantar untuk buat assignment 'ringan' dahulu..

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

hahahaha camni pun di kira sebagai plagiat ker? ok kita letakkan dia sebagai plagiat yang tak merugikan mana2 pihak jadi takde salah..

Fazrol Amer berkata... [Reply to comment]

Terbaik...

kalau takmau plagiat kena laa buat paten.. he he he

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI