Sekolah kebangsaan atau sekolah swasta ?

by - Khamis, November 20, 2014

 

“ Bang , nanti Qhaliff nak antar sekolah kebangsaan ke swasta ? Kawan ada tanya gak.. Ada yang hantar swasta… cam sekolah tahfiz tu .. “.

“ Hurmm … “. Buntu jap ..

Aku sendiri ‘membesar’ di sekolah kebangsaan dan juga pernah mengajar sekolah kebangsaan. Sedikit sebanyak aku tahu ‘ apa itu sekolah kebangsaan ‘ .. Hurmm

Tapi sejak kebelakangan ni , ramai dah mula hantar ke sekolah swasta .. Kenapa ? Walaupun modul pembelajarannya sama tapi dikatakan sekolah swasta ni lebih ‘serius’ berbanding kebangsaan sebab parents bayar mahal wooo !!

Maksud serius yang aku katakan ni , guru menumpukan perhatian lebih pada anak murid.. Kata mereka laa .. Aku tak tau la sangat.. Yang aku tau , aku gi tuisyen masa nak amik UPSR , SRP dan SPM .. Cara ajar pun lain la.. Apa nak kata kan ? Bayar mahalll !!

Aku bukanlah nak menidakkan sekolah kebangsaan .. Aku suka sekolah kebangsaan .. Dulu laaa.. Sekarang ni , macam murid murid dah dijadikan ‘tikus ujian’ lak… Sian anak anak kita ..

Maka tak hairanlah ..

image

“Menteri sendiri melanggar polisi pendidikan negara dengan menghantar anak ke sekolah swasta dan antarabangsa dan menteri juga hantar anak mereka ke sekolah awam (sebenarnya swasta) di UK. Ia kemudian diikuti anak orang kaya,” - www.chedet.cc

Hurmmm…. camana tu ??? Makin menyampah pulak aku dengan ‘golongan’ cakap tak serupa bikin ni !!

You May Also Like

3 comments

  1. salams aben,

    kalau fikir memang pening dan kesian kat anak2....bukan sek rendah jerk yg macam2 ...sekolah menengah pon sama skrg mcm2 jugak...

    yg penting anak2 ambik mesti ambik tiket spm utk ke uni..penentu masa hadapan....

    BalasPadam
  2. To me public school still terbaik.

    BalasPadam