Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 12 November 2014

Serius , aku sedih dengan peniaga kita !

 

Aku dah nak masuk 5 tahun lebih dalam dunia blog ni.. Hurm , jap aku kira 6 tahun.. jap aku kira 5 tahun ! Adehh.. Camana aku kira pon tak tauuu .. Tak kisah laa… Janji dah bertahun tahun , kan ?

Tapi yang paling kerap aku jumpa la kan.. syarikat besar  bangsa aku ni cukup takut melabur pada blogger ! Haihhh … Ada yang sampai pernah tawar kat aku , RM200 sebulan tapi nak suruh review produk dia setiap minggu ! 2 kali seminggu lak tuuuu ! Haihh.. sedih aku ..

Menariknyakan, usahawan kecil tak takut langsung nak melabur pada blogger. Mereka sanggup keluar duit asalkan blogger buat kerja dengan bersungguh sungguh ! Mereka tak harapkan produk mereka laris cam pisang goreng selepas dipromosikan sebaliknya hanya nak perkenalkan dan viralkan saja produk mereka di media sosial !

Hurm… Entah la… aku dah banyak kali terlibat dengan macam macam peniaga tak kira besar atau kecil .. Kekadang aku tak tau camana nak bantu mereka sedangkan mereka tau blogger pon cari makan melalui blog mereka ..

Nak lagi menarik ? Sebelum berjaya , janji manis macam macam .. Dah berjaya ? Adehh… Sebab tu wujud pepatah  ‘janji melayu ‘. Nak salahkan sapa ??

10 komen :

ekjoz buluh berkata... [Reply to comment]

sebab tu juga ada pepatah 'ingat asal usul'. Hope jadi peringatan pada semua!

SecretOfShaila berkata... [Reply to comment]

ada lagi satu pepatah abg ben iaitu kacang lupakan kulit..hihhi

Papaglamz berkata... [Reply to comment]

"M@#$yu mudah lupe". Malu nak taip bangsa sndri. Tp kenyataan. :( Semoga abg n kakak blogger2 semua terus sukses.. :)

Yana Yani berkata... [Reply to comment]

saya tak ada pengalaman seperti abang ben
mungkin sebab masih baru dalam dunia ni
tapi pengalaman dunia realiti di dalam bidang consultant
benda ni perkara biasa
mereka mahukan kempen yang gah, tapi pelaburan tak lepas nak buat iklan pun

bagi saya mereka masih kurang yakin
tapi paling tepat marketing untuk bisnes melayu masih pada level rendah
walhal mereka punyai produk yang berdaya saing
bukan sebab janji melayu, tapi mentality melayu

Safirul Amar Azmi berkata... [Reply to comment]

Promote iklan jpeg di led screen seminggu je dah rm 7000...

Kalau online? Mcm web dan blog? Entah apa apa la peniaga ni semua

fahmie firas berkata... [Reply to comment]

Kan abg Ben..

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Bro mmg sedih situasi mcm ni...anggapan mereka blogger mcm kita ni iklan tak mendatangkan apa2 sgt bagi mereka...200 sebulan...oh myyyy

azimah mohd zainuddin berkata... [Reply to comment]

Buat iklan dalam web blogger terkenal memang takkan rugi

http://www.lovehutladyvitamin.com

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

nak meniaga pun kena modal apatah lagi nak untung.. bomoh jampi pakai air liur ludah dalam air pun caj mahal.. inikan kerja nak perah otak dengan menulis.. otak pun perlu makanan berkhasiat untuk jadi kreatif.. nak makan pun kena bayar. So, berpada pada la wahai peniaga.. biar sama2 untung

salim harmanain berkata... [Reply to comment]

standard la bro...orang melayu and takut ambik risiko berpisah tiada...haha

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI