Temubual Ekslusif bersama Azwan Satar AF2014 !

 

Azwan tersingkir minggu lepas.. Adat pertandingan. Yang tersingkir tak semestinya tak bagus kan ? Cuma takde rezeki .. Yang penting , ilmu di dada dah ada .. kembangkan dan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai cita cita ! Aku jangka pada awalnya dia adalah antara yang feveret ke final .. tapi tak pe la.. Bukan berakhir dah dunia ni kan ? Hehehe..

Seperti yang korang tau , aku pernah cerita kat korang mengenai Azwan Satar. Camana aku kenal dia dari sebelum bergelar artis. Seorang yang sangat bersemangat bila melakukan sesuatu ! Aku kagum dengan dia sebenarnya .. Cara dia nak ‘berbisnes’ dengan aku ketika tu.. hehehe ..

Dan sekarang .. Satu Malaysia kenal dia dah .. Huhuhu… Rezeki manusia kan ? Sapa sangka..

Awal pagi tadi , aku sempat berbual dengan dia di Facebook.. Dan sambil sambil tu , aku korek rahsia !! Hahahaha.. Korek rahsia secara baik laaa .. Aku tanya dia beberapa soalan yang lazimnya menjadi pertanyaan orang di media sosial ..

Hehehehe.. pastu , aku goda dia .. jadi blogger dan personaliti media sosial ! Dia ramai peminat di Instagram wooo ! Ramai dah kenal dia sebelum dia keluar tv… Popular di Instagram gituuu..

Tapi jangan pandang rendah orang yang popular di media sosial terutama artis ni.. Tengok saja Lisa Surihani dan Shahezey Sam .. er , betul ke aku eja nama dia ? Huhuh.. Ala , si Sam rempit tu laaa.. haaaa.. Kan diorang ramai peminat pastu bila ada anugerah popular , jatuh kat diorang .. yang part part undi la.. heheee.. Rezeki ..

Mana tau Azwan boleh jadi lebih dari seorang artis kan ? Kreativiti ada.. idea ada .. Nak kena mula langkah jer ! Nak bergerak tu payah.. tapi kalau dah mula bergerak , mmg tak menang tangan dah .. InshaAllah ..

8 ulasan:

  1. Kalau dh jadi public figure cam ni..memang ada market..even kalah atau tersingkir..mcm bob af..still boleh menyanyi dan dpt undangan...

    Apa pun..yg lagu UTC memang best..haha

    BalasPadam
  2. insyaAllah sukses di msa depan..org Pt.Sulong tuh, sekampung..

    BalasPadam
  3. Rezeki Allah tentukan
    Ramai je yang berjaya wlaupun
    tersingkir awal dan ada yg juara tapi
    hilang entah kemana :)

    BalasPadam
  4. Abang classmate saya masa belajar diploma dulu. Suara adik dia pun merdu juga. :)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009