Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 10 November 2014

Tertekan dengan anak ?

 

Qhaliff akan mencapai usia 3 tahun , tahun depan. Perkembangan dia ? Alhamdulillah .. Cepat belajar dan mula pandai ajuk percakapan orang dewasa .. Hurmm.. Dan kadang kadang dia sangat menguji kesabaran aku terutamanya ! Hurmmm.. sangat sangat !

Zahra ? Huhu… semakin comel dan dah semakin bijak.. Bila aku pasang youtube ABC di tv , dia akan lemparkan senyuman dan memberi respon !

Aku bersyukur ada sepasang anak yang sihat , comel dan bijak ! Tapi tekanan hidup membuatkan kadang kadang aku hilang pertimbangan ! Tak sepatutnya ianya berlaku sama sekali ..

Berapa ramai antara kita marahkan anak kita pagi ni ? Kita terkejar masa.. mereka pulak menguji kita di ketika ini ! Berapa ramai antara kita ‘angkat tangan’ pada anak kecil yang kita sayang .. yang kita belai sejak kecil lagi ? Hanya kerana kita terkejar sesuatu yang .. hurmm.. Apakah tujuan kita mengejar masa ? Hurm.. hampa kan ?

Kita ada anak.. Ada orang tak de anak.. Teringin nak anak ! Dan kita stress dengan kelakuan anak ???? Huh.. Astagfirullah Al ‘ Azim ..

Suka tengok kawan kawan blogger yang punya anak dah berjaya dalam kehidupan.. Alhamdulillah.

11 komen :

Noriza MiracleVitamins berkata... [Reply to comment]

Sangat setuju dengan abam Ben, memang la kekadang meruntun jiwa dengan perangai anak2 ni. tapi memang kena banyak bersabar la kan

mama amir berkata... [Reply to comment]

ye betul...tak semua orang dimurahkan rezeki dengan anak...bersyukur dengan kehadiran anak...

mrs eyza berkata... [Reply to comment]

InsyaAllah sentiasa akan cuba bersabar dengan kerenah anak walaupun hati tengah stress...

Fatihah Nazri berkata... [Reply to comment]

assalamualaikum..
saya dah lama follow blog ni dan sekarang ada blog baru .
awak pun boleh berkongsi pendapat di situ .

follow dan komen kalau sudi ye :)

http://travelog-dakwah.blogspot.com/2014/11/blog-post.html

EjamOthman berkata... [Reply to comment]

ada waktunya ter juga...
bila anak tidur rasa sesal sangat, cium pipi mereka minta maaf.
bukan saja marah tapi benda yang dibuat tu salah dan harus ditegur.

Eny Abdullah berkata... [Reply to comment]

betul tu, tak ramai yg bersyukur bila ada anak kan.....
enyyusnizar.blogspot.com

Mila Hilas berkata... [Reply to comment]

betul tu tp kita manusia biasa..xlps drp perasaan mrh..tp mrh bukan mrh yg lama dan bkn mrh yg smpi tahap hilang pertimbangan.. skdr mrh utk membentuk anak menjadi anak yg lbh baik, mendengar kata dan soleh/solehah :)

sy bersyukur kerana diberi peluang merasai menjadi seorg ibu..

Afidah Azmi berkata... [Reply to comment]

Kita pun nak jugak rasa tekanan masa ada anak.tapi still menunggu lagi...

Buah Kedondong berkata... [Reply to comment]

akhirnya saya dah berjaya kawal kemarahan lepas join support group Mak Tak Marah Anak...

phewww...

gara-gara TV LCD 42" pecah dengan diorang la nih!

boleh baca disini tau!

sihatdengansaya.blogspot.com

beba ifa berkata... [Reply to comment]

Saya tiada anak, sebab belum kahwin...cuma ibu dah lama meninggal dunia masa tahun 2010..jadi masa tu adik lelaki yang bongsu masih tadika lagi...dia manja sangat dengan saya..sampai kadang-kadang manjanya tu jadi x mau dengar cakap...kalau harap bapa ja yang didik pun x boleh juga...kakak2 kena main peranan juga...kdg2 TERmarah adik sendiri sebab terlampau nakal...pastu bila dia nangis sampai tertidur tu, rasa bersalah sangat2...skrg ni dia dah darjah 4, cabaran ada adik yg membesar tanpa ibu sgt mencabar...

Miela Asmila berkata... [Reply to comment]

Huhu...saya ada seorang anak...tp saya sgt sibuk..kadang kadang x ada masa bersama...bila tengok dia besar..rasa rugi lak x bersama dia belajar...sekarang dia dah 7 tahun..rapat dengan babanya..kerana sy ibu yg bz.kadang kadang rasa srdih..tapi apa boleh buat sy bekerjapun untuk dia...
Sy setuju dgn encik ben..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI