Tertekan dengan anak ?

by - Isnin, November 10, 2014

 

Qhaliff akan mencapai usia 3 tahun , tahun depan. Perkembangan dia ? Alhamdulillah .. Cepat belajar dan mula pandai ajuk percakapan orang dewasa .. Hurmm.. Dan kadang kadang dia sangat menguji kesabaran aku terutamanya ! Hurmmm.. sangat sangat !

Zahra ? Huhu… semakin comel dan dah semakin bijak.. Bila aku pasang youtube ABC di tv , dia akan lemparkan senyuman dan memberi respon !

Aku bersyukur ada sepasang anak yang sihat , comel dan bijak ! Tapi tekanan hidup membuatkan kadang kadang aku hilang pertimbangan ! Tak sepatutnya ianya berlaku sama sekali ..

Berapa ramai antara kita marahkan anak kita pagi ni ? Kita terkejar masa.. mereka pulak menguji kita di ketika ini ! Berapa ramai antara kita ‘angkat tangan’ pada anak kecil yang kita sayang .. yang kita belai sejak kecil lagi ? Hanya kerana kita terkejar sesuatu yang .. hurmm.. Apakah tujuan kita mengejar masa ? Hurm.. hampa kan ?

Kita ada anak.. Ada orang tak de anak.. Teringin nak anak ! Dan kita stress dengan kelakuan anak ???? Huh.. Astagfirullah Al ‘ Azim ..

Suka tengok kawan kawan blogger yang punya anak dah berjaya dalam kehidupan.. Alhamdulillah.

You May Also Like

11 comments

  1. Sangat setuju dengan abam Ben, memang la kekadang meruntun jiwa dengan perangai anak2 ni. tapi memang kena banyak bersabar la kan

    BalasPadam
  2. ye betul...tak semua orang dimurahkan rezeki dengan anak...bersyukur dengan kehadiran anak...

    BalasPadam
  3. InsyaAllah sentiasa akan cuba bersabar dengan kerenah anak walaupun hati tengah stress...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum..
    saya dah lama follow blog ni dan sekarang ada blog baru .
    awak pun boleh berkongsi pendapat di situ .

    follow dan komen kalau sudi ye :)

    http://travelog-dakwah.blogspot.com/2014/11/blog-post.html

    BalasPadam
  5. ada waktunya ter juga...
    bila anak tidur rasa sesal sangat, cium pipi mereka minta maaf.
    bukan saja marah tapi benda yang dibuat tu salah dan harus ditegur.

    BalasPadam
  6. betul tu, tak ramai yg bersyukur bila ada anak kan.....
    enyyusnizar.blogspot.com

    BalasPadam
  7. betul tu tp kita manusia biasa..xlps drp perasaan mrh..tp mrh bukan mrh yg lama dan bkn mrh yg smpi tahap hilang pertimbangan.. skdr mrh utk membentuk anak menjadi anak yg lbh baik, mendengar kata dan soleh/solehah :)

    sy bersyukur kerana diberi peluang merasai menjadi seorg ibu..

    BalasPadam
  8. Kita pun nak jugak rasa tekanan masa ada anak.tapi still menunggu lagi...

    BalasPadam
  9. akhirnya saya dah berjaya kawal kemarahan lepas join support group Mak Tak Marah Anak...

    phewww...

    gara-gara TV LCD 42" pecah dengan diorang la nih!

    boleh baca disini tau!

    sihatdengansaya.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Saya tiada anak, sebab belum kahwin...cuma ibu dah lama meninggal dunia masa tahun 2010..jadi masa tu adik lelaki yang bongsu masih tadika lagi...dia manja sangat dengan saya..sampai kadang-kadang manjanya tu jadi x mau dengar cakap...kalau harap bapa ja yang didik pun x boleh juga...kakak2 kena main peranan juga...kdg2 TERmarah adik sendiri sebab terlampau nakal...pastu bila dia nangis sampai tertidur tu, rasa bersalah sangat2...skrg ni dia dah darjah 4, cabaran ada adik yg membesar tanpa ibu sgt mencabar...

    BalasPadam
  11. Huhu...saya ada seorang anak...tp saya sgt sibuk..kadang kadang x ada masa bersama...bila tengok dia besar..rasa rugi lak x bersama dia belajar...sekarang dia dah 7 tahun..rapat dengan babanya..kerana sy ibu yg bz.kadang kadang rasa srdih..tapi apa boleh buat sy bekerjapun untuk dia...
    Sy setuju dgn encik ben..

    BalasPadam