Wajarkah jatuhkan hukuman sendiri ?

by - Jumaat, November 07, 2014

 

Terdengar semalam di segmen Kak Bed Sinar FM  mengenai kes jatuhkan hukum sendiri kepada mereka yang disyaki melakukan kesalahan .. Makin bagus Kak Bed kan ?

Dua kes yang terbaru.. Yang pertama kes pencuri motor dibogelkan dan maknya sangat malu bila anaknya dibogelkan gitu pastu sebarkan gambar dia di media sosial .. kan ? Gitu kan ? Dan yg kedua , kes singlet hitam yang kononnya menyiasat sapa yg curi telefon pintar Samsung Note 3 .. milik salah seorang rakan kot ? Ke dia punya ? Aku tak ingat pulak..

Ok laa.. Ni sekadar pendapat aku je la. Hurm.. Memang geram pada orang yang buat salah ni.. Geram giler ! Rasa cam .. Haaa !!  Tapi apa hak kita nak terus jatuhkan hukum begitu rupa ? Dah la pukul pastu bogelkan.. sebarkan dikhalayak umum lak tu ? Haihh… Apa beza dia dengan si pencuri tu ?

Yang kedua .. budak singlet tu.. Amboi… Siasat sampai gitu sekali haaaa ! Perghh.. Sapa kamu yer ? Dah gi kelas Penyiasatan Detektif Conan ke ?? Main libas terus jer rakan rakan lain ? Hurmm .. Sesuka hati je kan ?

Ingat la .. dunia ni ada pusingannya. Kalau sekarang ni kita di atas , nanti bila sampai masanya , tak kena kat kita .. kena kat anak cucu kita.. Masa tu , baru nak tepuk dahi .. Kena kat anak cucu  , masa tu kita dah tua bangka.. Nak geram pun tak berguna lagi ..

Serahkan saja pada pihak berkuasa .. Tangkap, duku sekali dua .. jentik bulu mata dia dan korek telinga dia ! Eh , jgn jgn ! Salah tu.. Bagi polis je .. abis cerita !

Mak ayah .. Jangan sampai dah tersebar di laman sosial , baru nak malu.. Mari kita sama sama jaga waris kita.. Amik tahu dan amik berat ..

Semoga Allah lindungi kita semua …

You May Also Like

12 comments

  1. Memang kena ambik tahu masalah jiran sebelah rumah kita sekarang ni kan?BUkan nak masuk campur hal orang tapi dengan faktor sekarang memang wajib ambik tahu. Baru la senang nk bagi informasi. Kadang2 mak ayah ni tak sempat nak ambik tahu hal anak2 so ada jiran yang prihatin boleh tolong sampaikan. Pendapat saya la :)

    BalasPadam
  2. Bro Ben susah nak komen bab ni. Bila komen orang kata "tak pernah rasa hilang moto senang la cakap"

    masa minum petang pun ramai tanya pendapat. saya diam sambil makan keoy teow sup dengna asyiknya.

    cuma pendapat saya. Kena tanya semula pada orang yang bogelkan pesalah tadi, jikalau yang ditangkap mencuri itu anaknya sendiri, abg sendiri, adik sendiri apakah mereka sanggup lakukan perkara yang sama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg pon..kita tak berada di tempat mereka..tp kita tetap ada undang undang.. Kena ikut la.. Kalau tak sama je ngan si pencuri tu.. Langgar undang undang ..

      Padam
  3. geram dengan orang yang buat salah tu.. tapi tak patutlah sampai nak memalukan...

    BalasPadam
  4. Sesiapa pun akan marah, geram sakit ati mcm dirasuk antu je bila dpt tangkap penjenayah. Sebab tu la diorg tergamak memalukan org tu. Padahal dlm masa sama menjatuhkan maruah sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pon geram tp kena ada yg masih waras di situ utk sabarkan yg lain

      Padam
  5. itulah... kalau nak diikutkan hati macam2 nak buat, menyumpah bagai.... tapi bila fikirkan balik, wajar ke? then terfikir... hari ni kita tengok orang, akan datang? mungkin perkara2 ni berbalik kat kita balik... mungkin anak cucu kita yang kena....

    BalasPadam
  6. betul tu serahkan saja pd pihak berkuasa...

    BalasPadam
  7. betul tu serahkan saja pd pihak berkuasa...

    BalasPadam
  8. sgt mmalukan dan boleh nmpak tahap kerasionalan pndduk2 kt situ mcm mna. tu lah jadinya kalau msg2 nak jadi "pihak brkuasa". mereka bertindak ikut nafsu dan sikap amarah, bukan guna akal.

    BalasPadam