Aiskrim oh aiskrim !

by - Selasa, Disember 02, 2014

 

Di Alamanda .. pasti dia akan singgah tempat kegemaran dia ! Tak payah sorok dah.. dia mmg hafal dah area Alamanda tu..

“ TOYS’ R US ! “

Di situ , dia ada satu tempat feveret dia… Ala menda yang masuk duit pastu pulas , keluar laaa bebola mengandungi mainan di dalamnya ! Tapi aku tak pernah kasi duit kat dia pun. Dia pulas pulas gitu je la…

Aku dukung dan masuk ke dalam.. Cari mainan yang sesuai dengan dia ! Dalam banyak banyak mainan.. dia tertarik dengan set mini bear yang ada rumah , perabot dan sebagainya ! Dia nak aku beli tu ! Hehehhe… Daddy kena jual Z2 ni dulu la kalau nak beli. Aku dukung dia dan berlalu dari situ. Dia ok jer ..

Dan dia jumpa apa dia nak !

Harga , RM9.95 ! Aku bayar , dan bagi dia .. Suka la dia ! Terus dia koyakkan plastik pastu gigit ! Hahahahahha …. Aku gelak jer kat dia .. Puas dia gigit ..

“ Qhaliff.. tu bukan aiskrim laa ! “.. Yeayy… berjaya jugak aku kenakan dia ! Hahahah..

Tapi pastu , aku kena balik laa…

Aiskrim Baskin Robbin daaa ! Terbang lagi RM6 ! Satu scoop tuu.. Nasib baik ada RM10 dalam poket ! Wife aku hilang mana tah dengan Zahra .. Huhuh.. Aku risau gak kalau harga lebih RM10.. Mau gak aku buat part time kat situ ..

Bila dah beli aiskrim ni , paham paham je la kan ? Memang abis la baju dia ! Huhuhu…

Besar dah dia kan ? Kejap je masa berlalu. Sekarang ni , sibuk dok ajuk aku bercakap ! Hahahahaa… Aku gelak , dia ikut gelak ! Huh… pastu bila cakap ngan wife ..

“ Bishing arrr.. “ .

Perghhhh…. nasib baik anak ! Kalau bukan …

“ Bishing eh ? Haa.. turun ! Balik sendiiri ! “.

Er , tak sampai hati laaa walaupun bukan anak sendiri ! Kejam benar gituuu …

You May Also Like

5 comments

  1. budak2 sekarang makin bijak.. petah berkata2.. nasib ada duit dalam poket kan, kalau tak dah kena keja partime kat baskin robbin.. hehehe..

    BalasPadam
  2. haha ank sy pn skrg tgh sibuk nk bckp jgk..mmg bising la..ekeke

    BalasPadam