Asam Pedas Telor Tok Mommy’s Kitchen !

 

Nak masak apa ari ni ? Wife nak singgah pasar beli ikan .. Tapi aku tak nak makan ikan ! Nak menu simple je ! Masak apa yang ada di dalam peti ais dalam tempoh beberapa minit !

Wife setuju jer.. Dalam kepala aku , ada lagi dua pes dari Tok Mommy’s Kitchen untuk dimasak. Aku nak makan asam pedas dulu.. Maka aku mintak wife kreatifkan diri.. Tak nak ikan ! Tukarkan ke telur .. heheheh ..

Dan tak sampai setengah jam pon , segalanya terhidang. Nasi , asam pedas telur serta ikan masin.. Siap untuk dijamah saja !

Sedap ke ? Hurmm.. Nampak macam pedas je ? Kan ? Aku tauu.. mesti itu yang ada dalam kepala korang dan satu lagi persoalan , mana nak dapat pes Tok Mommy’s Kitchen ni .. kan kan ?

Tak pedas sangat.. Ala kadar je rasanya tapi sedap ! Kalau korang kreatif lagi , inshaAllah mmg abis satu periuk nasi tu .. Aku mintak wife simpelak jer sebab aku sakit kepala.. Nak makan yang simple simple jer .. Tak larat nak tunggu lama lama..

Alhamdulillah.. semua kenyang dan asam pedas ni habis sewaktu masuk pusingan kedua kalah mati ! Hahahaha .. aku tambah jugak nasi..

Berapa harga pes ni ? Sebelum tu , boleh tengok dulu hasil masakan dari pes pes yang telah dimasak oleh wife … hehe.. Mee Bandung Muar Tok Mommy's Kitchen ! dan Mudahnya dengan Tok Mommy's Kitchen !

Ok.. dah ? Berapa harga ? Camana nak beli ? Alahai.. cam biasa laaa kan ? Gi tengok sendiri di Fan Page Tok Mommy’s Kitchen. Segala jawapan leh dapat di sana ..

4 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009