Bila JAKIM sahkan HALAL …

by - Sabtu, Disember 06, 2014

 

Baru baru ini , aku dan beberapa orang rakan blogger seperti DenaiHati , Budiey , PenMerah , Ruby telah pergi ke Bahagian Hab Halal , JAKIM di Putrajaya untuk bertemu muka dengan pihak berkenaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai isu umum dan juga penerangan mengenai proses pensijilan HALAL ni terhadap produk produk makanan proses di negara kita ni ..

Aku telah update status di Facebook untuk berkongsi infomasi mengenai kunjungan rasmi tersebut dan meminta rakan rakan dunia maya memberikan soalan yang bermain di fikiran mereka mengenai isu Halal di negara kita ni .. Dan , memang mendapat sambutan hangat! Sila rujuk di SINI.

Bagi aku , isu HALAL ni amatlah sensitif tetapi ianya juga satu khabar gembira kerana rakyat Malaysia terutamanya memandang serius mengenai HALAL .. bukan saja orang Islam pentingkannya tetapi bukan Islam turut sama mencari produk HALAL kerana pastinya produk HALAL adalah bersih dan suci untuk dimakan .

Antara soalan yang mereka ingin aku ajukan ialah isu dna babi yang hangat diperkatakan . Walaupun dah disahkan bebas dari dna tersebut namun begitu , masih ramai yang sangsi dengan isu ini.. kan ? Tak pee ! Bagi aku , bila JAKIM dah bagi sijil HALAL tu , aku tak sangsi dah ! Aku percaya pada kewibawaan mereka. Mereka badan profesional. Kalau aku sangsi dengan mereka , maka seluruh produk yang ada HALAL , akan jatuh was was gak ! Maka aku tak leh la nak makan kan ? Sebab aku dah tak percaya kat mereka ! Kan kannnn ?

Di sana , kami diterangkan mengenai  Aliran Kerja Proses Pensijilan Halal Malaysia dengan lebih terperinci. Alhamdulillah, aku paham akhirnya ! Bukan mudah tapi tidaklah payah andai si pemohon tahu apa yang mereka perlu lakukan !

pic_030

Setelah diterangkan , kami dibenarkan bertanya apa jua soalan berkaitan dengan HALAL. Sememangnya ada banyak persoalan yang ingin aku ajukan.. Dan salah satu soalan paling aku teringin nak tanya pada JAKIM adalah .. !

Apakah sijil HALAL Cadbury itu ditarik balik dan cuma baru baru ini , JAKIM telah memberi semula status HALAL kepada Cadbury ?

Jawapannya ? Hehehe.. Sijil HALAL Cadbury cumalah digantung ! Bukannya ditarik balik yer ! Digantung dan ditarik balik tu , berbeza ! Jika terbukti pemegang sijil melakukan kesalahan , maka sijil akan ditarik balik dan JAKIM sendiri akan membuat pengumuman rasmi mengenai penarikkan balik status HALAL tersebut ! Ahaaa .. 

Mudah kan ? Terjawab sudah persoalan aku.. Balik rumah , aku beli Cadbury , dan makan .. tanpa was was ! Selesai !! Apa susah kan ? Dah ada cop HALAL kat pembalut coklat Cadbury .. makan je la ! Sememangnya Cadbury adalah pilihan aku sejak dari kecil lagi !

Antara soalan lain yang aku tanya serta jawapannya , bolehlah korang rujuk di SINI.

You May Also Like

5 comments

  1. Asalam satu tindakan yang terbaik..tahnia team Ben ..terbaik etuza kira. Pastinya kita nak produk yang suci bersih harga berpatutan..

    BalasPadam
  2. Asalam satu tindakan yang terbaik..tahnia team Ben ..terbaik etuza kira. Pastinya kita nak produk yang suci bersih harga berpatutan..

    BalasPadam
  3. Bagus tindakan ben dan team.. dengan info nih, kita akan lebih jelas dengan proses halal nih.. thanks ben sudi berkongsi..

    BalasPadam
  4. 4 bulan lagi genaplah 20 tahun fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan merokok haram di sisi Islam. Boleh tak agaknya Jakim hebahkan fatwa itu di TV (dalam bentuk iklan) kerana masih ramai orang Islam yang selamba saja menghisap benda haram itu di depan umum....

    BalasPadam