Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 23 Disember 2014

Bila Pantai Timur Banjir !

 

Macam macam mesej masuk melalui Whatsapp ! Yang ada keluarga di pantai timur , automatik jadi cuak ! Berapa peratuskah kebenaran info yang kita terima tu ? Hurmmm … Tanpa siasat terlebih dahulu , terus pass pada rakan yang lain.. Rakan tu pon automatik sakit jantung ! Untuk beramai ramai sakit jantung , mereka terus pass dan pass .. Tiba tiba , masuk satu mesej .. Info tadi tu tak betul ! Berita tahun lepas dan terjadi di tempat lain ! Dan kawan ni pon lagi.. dan pass , pass , pass … Harapnya sampai sebelum ada yang masuk ICU ! Grrrr…

Dah tu , nak follow berita dari mana ? Ada beberapa page di Facebook yang aku rasa boleh diterima pakai infonya.. Antaranya PublicInfoBanjir, The Red Warriors Malaysia , Info Banjir Kelantan dan banyak lagi.. Pastikan bila join tu , group tu ada banyak dah followers dan baca komen komen yang ada di dalam tu sebelum menyebarkannya .. Jangan main kaut lak yer.. Takut info dah basi atau salah faham maklumat..

Nasihat .. jangan cepat sebarkan maklumat di Whatsapp bila dapat dari rakan rakan lain terutama part banjir dan gambar gambar ni ! Melainkan kawan tu kata info tu dia yang punya sendiri .. baru ok ! Kalau kantoi , kita tau nak tuding kat sapa.. kan ? Heee..

Jom sama sama kita doakan agar urusan mereka yang di pantai timur dimudahkan Allah dan moga mereka semua dalam lindungan Allah.

 

1 komen :

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI