Daddy dalam dilema ?

by - Sabtu, Disember 06, 2014

 

Aku larang dia amik.. Tapi dia amik jugak ! Dimulakan dengan menyandar di dinding terlebih dahulu sambil jarinya dihalakan ke candy tu.. Aku gelengkan kepala. Dia senyum !

Disusuli dengan tindakan di dalam gambar ! Seolah dia berfikir nak amik yang mana.. Kemudian dia amik yang batang punya bentuk .Terus datang ke arah aku tanpa bayar dulu..

“ Dah.. jom bayar dulu.. “.

Dia masuk ke dalam dan letakkan candy tu atas meja cashier. Aku keluar duit.. RM5.90 ! Leh tahan harganya… Persoalannya , apakah akan abis dia makan ?

Keluar dari kedai.. aku buang plastik dan bagi pada dia .. Dia pon makan… Gigit .. Beberapa minit kemudian , dia datang kat aku dan bagi candy tu.. Aku suh bagi kat ibu dia ..

Dan dia kembali semula .. ajak aku gi kedai tu balik ! Nak beli lagi ! Grrrrr… Aku dukung dia , bawak gi jenjalan dalam KLIA2 . Tiba-tiba dia meronta nak turun…

Aku lepaskan.. dia ke arah sekumpulan budak budak .. Dia berdiri memandang budak budak yang sedang makan aiskrim Mcdonalds !! Adehhhh… Dekat sangat ngan budak budak tu dan memandang tepat aiskrim kon tuu !

Telan air liur dia.. Sian pulak aku tengok.. Cepat cepat aku gi sapu muka dia. Kasi sedar dari lamunan ! Hahahaha…

“ Nak aiskrim ?”..

“ Nak .. nak… “ . Aku dukung dia dan ajak wife cari McDonalds ? Boikot ? Sesekali … Bukan sekali aku nak gi makan pon.. kan ?

Aku dukung dia.. Dan , akhirnya dia terlena ! Alahai.. siannyaa diaa… huhuuh …

You May Also Like

1 comments

  1. Candy oh candy..warna dan coraknya mampu mencairkan hati qhaliff ye..hehe..

    BalasPadam