Hilang semangat blogging !

 

Dan sekarang , dikatakan Lembah Klang bakal dilanda banjir ! Hujan lebat dibeberapa tempat merunsingkan penduduk sekitar termasuk di Selangor. Aku sendiri tak putus putus berdoa dan ikut perkembangan semasa di media sosial berbanding di media elektronik yang .. hurmmmm…

Tak tau nak cakap apa.. Sana kata terkawal.. sini kata makin teruk .. Huhh.. Mana satu nak percaya ? Tapi buat masa sekarang , aku percaya lagi media sosial dari berita di tv tu ! Coverline banyak kot ?? Takut rakyat panik ? Wallahualam..

Dup dap dup dap jantung aku.. Plan nak balik Penang esok pagi dibatalkan .. Terpaksa dibatalkan ! Nak ziarah sepupu dan pakcik aku di hospital .. Hurmmm ..

Moga banjir ini cepat reda dan PM tercinta kita boleh sambung main golf dalam negara .. Jimat skit duit dari main kat Hawaii tu kan ?

5 ulasan:

  1. Betul tu TV kata jangan percaya media sosial.. tapi TV pun banyak cover line. Mana rakyat tak panik bantuan patut dihantar dengan segera bukan perlu ikut prosedur atas kertas. Berapa nyawa lagi perlu melayang supaya batuan untuk menyelemat akan datang... Hurm Hawai

    Apa yang terbaik Doakan supaya musibah yang datang ni cepat pergi.. Aaamin

    BalasPadam
  2. kalau kat sana boleh banjir, tak mustahil yang ianya boleh terjadi kat lembah klang juga.. huhu

    BalasPadam
  3. Saya tak tengok pun berita just follow kaji cuaca dan laporan paras air je..dan seperti dijangka..rumah saya di klang naik air malam semalam..rumah atas bukit pun air naik..hujan berhenti pg ni air pun surut..tp masih berjaga2 sbb dijangka hujan dan ribut petir melanda lagi ptg ini dan esok pg..

    BalasPadam
  4. Air sungai Klang di Klang pun dah melepasi amaran merbahaya...kita orang diarah mengambil langkah berjaga-jaga..

    BalasPadam
  5. semoga segalanya reda dengan cepat.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009