Kenapa HARIMAU MALAYA masih guna ‘kuda tua ‘ ?

by - Isnin, Disember 08, 2014

 

Istilah kuda tua tu macam tak best je kan ? Sepatutnya dipanggil pemain senior .. kan ? Ok .. aku tukar tajuk ..

“ KENAPA HARIMAU MALAYA masih guna pemain senior ? “

Haaaa.. baru best baca kan ? Kang ramai marah aku .. huhu .. Kuda tua pon berbisa , kan ! Ok ok … Tengok perlawanan pusingan pertama Malaysia bertemu Vietnam di PIALA AFF SUZUKI 2014 tadi ? Tengok kan ? Aku tauu… Malam minggu camni , menjerit depan tv mmg syiok.. hehehehe.. Tapi kecewa kan ? Kannn ?

Aku tak pon.. Aku dah tak larat nak kecewa. Aku dah redha dah dari usia 20an dulu.. Dah tau bola sepak negara kita ni payah nak pergi jauh ! Kenapa ? Banyak sebab .. Antaranya ramai kaitkan dengan politik dalaman , rasuah , kroni dan macam macam lagi !

Tapi masih ada yang terlupa ! Aku pun pada asalnya tak teringat gak tapi bila .. Ini mungkin aku punya pendapat la.. KENAPA PEMAIN SENIOR masih mendapat tempat dalam kesebelasan utama ? Apakah faktor pengalaman ? Faktor berbisa ? Hurmm .. aku rasa antara faktor utama ialah PENAJAAN !

PENAJAAN memainkan peranan penting dalam industri sukan negara ! Kalau nak harapkan dari bajet kerajaan , berapa la sangat kan ? Nak tak nak , kena cari penaja sendiri untuk menampung pembiayaan.

Ok .. kenapa aku kata PENAJA ? Kita tengok saja penaja dalam negara kita. Kalau nak taja , mesti yang glamer , ada rupa , berbakat besar dan paling penting .. ramai followers !! Kan ?

Bayangkan .. pasukan Harimau Malaya yg bermain tadi , diwakili pemain bawah 22 tahun … Berapa ramai akan ke stadium untuk menonton pemain yang tak dikenali bermain ? Adik beradik dan kawan kawan rapat je la kan ? Atau penyokong setia ..

Apakah akan ada penaja nak taja pasukan muda ni  ? Kalau ada , berapakah tajaannya ?  Apakah mampu nak cover perbelanjaan yang dah dikeluarkan oleh persatuan ? Ini semua penting , kawan ! Sapa nak keluar duit poket sendiri ? Melainkan Dato Seri Shahidan Kassim yg sanggup keluar duit poketnya sendiri untuk membiayai atlet dibawahnya ! Maka sebab itu dia pernah kata dia sampai ikat perut ! Sila google yer..

Kita mintak pentadbiran sukan kita diterajui oleh bekas ahli sukan sendiri. Persoalannya , berapa ramai yang mampu membawa masuk penaja ke dalam persatuan mereka seterusnya membayar gaji , elaun kakitangan serta ahli sukan itu sendiri ? Kerajaan tak tanggung semua tu… Duit kerajaan , duit rakyat ! Hanya boleh bagi beberapa peratus je .. Nak tak nak , kena cari penaja sendiri ! Mampukah mereka ? Golongan yang sekarang ni , berpengaruh !

Ok.. amik contoh pasukan JDT sendiri la.. Kenapa pemain terkenal dalam negara masuk dalam pasukan tu ? Pertama , gaji yang lumayan ! Sapa yang bayar ? Kerajaan negerikah ? Pastinya bila ada pemain ternama masuk ke dalam sesebuah pasukan bolasepak , yang akan ikut serta adalah penaja !!! Bermakna duit pon ikut sama la masuk kan ? Tengok REAL MADRID , MANCHESTER UNITED dan beberapa lagi kelab terkemuka !

Bila ada duit masuk , macam macam boleh buat.. Aku malas nak cakap panjang.. Korang leh pikir sendiri.. Kalau korang ada bisnes , apakah korang nak menaja sesuatu yang berbaloi atau sebaliknya ?

Aku sebagai seorang blogger pon nampak kenapa penaja nak menaja blogger blogger yang .. hurm.. Korang pon tau la kan ? Pastinya segalanya adalah kerana BISNES !

Aku ni pon boleh diistilah sebagai KUDA TUA gak.. tapi KUDA TUA yang hot la.. hahaha ! Maksudnya , masih mampu bersaing dengan KUDA KUDA MUDA segak lagi jelita gitu..

Jangan lupa .. Bolasepak adalah perniagaan di zaman ini !

Sekadar pendapat seorang blogger .. aku !

You May Also Like

1 comments