Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 4 Disember 2014

Kesian Zahra ..

 

Aku tak berpeluang sungguh la nak main dengan Zahra di siang hari ! Kenapa ? Tiap kali aku nak main ngan Zahra , abang dia akan tarik perhatian aku .. Dia sepahkan buku bacaan .. Dia tumpahkan air .. Atau dia bukak baju seluar dia dan kata ..

“ Bashaahhh… “ .. Adehh..

Atau tiap kali aku nak tidurkan Zahra dalam buaian , dia akan sibuk ajak aku gi dapur ! Cari apa saja yang boleh dia nak makan ! Grr… Pandai laaa diaa !

Dan ini antara dia lama dah geram !

Banyak kali dah dia berusaha nak masuk dalam ni ! Dan akhirnya dia berjaya jugak .. Bila dia duduk dalam tu , dia tak kasi langsung adik dia pegang ! PErghhh.. tolak tangan adik dia setiap kali cuba nak pegang ..

Tuan punya ! Sekarang kena kongsi dah dengan abang dia.. Gitulah nasib anak kedua .. cam aku !

Dan bila mak dia amik adik dia .. Tau apa Qhaliff buat ? Pegang muka mak dia , dan suh pandang muka dia jer ! Jangan pandang Zahra !! Alahaii… siannya anak dara aku… Bila Qhaliff tidur , barulah aku dapat bermain dengan Zahra .. dengan tenangnya ! Huhuhhu…

Kena ada no 3 ni.. Hurmm… Jommmm masuk bilik !  Hahahaha !! Gedikk  !

3 komen :

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Cabaran bila memiliki anak lebih daripada seorang..secara tak langsung ibu ayah jadi lebih sabar dan tabah..selain kreatif untuk mencipta ruang dan peluang ibarat tarik rambut dalam tepung..rambut tak putus..dan tepung tak berselerak..

Mek Zumbie berkata... [Reply to comment]

biasa lettew huhuu...nanti dia akan reti jaga adik dia :)

Nurizan Ahmad berkata... [Reply to comment]

Ini kes abang jealous dengan adik lah ni.. Mana2 anak sulong pun tak kira lelaki ke pompuan, bila dah ada adik sorang, adik tak boleh dapat lebih dari dia..hee

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI