Kesian Zahra ..

by - Khamis, Disember 04, 2014

 

Aku tak berpeluang sungguh la nak main dengan Zahra di siang hari ! Kenapa ? Tiap kali aku nak main ngan Zahra , abang dia akan tarik perhatian aku .. Dia sepahkan buku bacaan .. Dia tumpahkan air .. Atau dia bukak baju seluar dia dan kata ..

“ Bashaahhh… “ .. Adehh..

Atau tiap kali aku nak tidurkan Zahra dalam buaian , dia akan sibuk ajak aku gi dapur ! Cari apa saja yang boleh dia nak makan ! Grr… Pandai laaa diaa !

Dan ini antara dia lama dah geram !

Banyak kali dah dia berusaha nak masuk dalam ni ! Dan akhirnya dia berjaya jugak .. Bila dia duduk dalam tu , dia tak kasi langsung adik dia pegang ! PErghhh.. tolak tangan adik dia setiap kali cuba nak pegang ..

Tuan punya ! Sekarang kena kongsi dah dengan abang dia.. Gitulah nasib anak kedua .. cam aku !

Dan bila mak dia amik adik dia .. Tau apa Qhaliff buat ? Pegang muka mak dia , dan suh pandang muka dia jer ! Jangan pandang Zahra !! Alahaii… siannya anak dara aku… Bila Qhaliff tidur , barulah aku dapat bermain dengan Zahra .. dengan tenangnya ! Huhuhhu…

Kena ada no 3 ni.. Hurmm… Jommmm masuk bilik !  Hahahaha !! Gedikk  !

You May Also Like

3 comments

  1. Cabaran bila memiliki anak lebih daripada seorang..secara tak langsung ibu ayah jadi lebih sabar dan tabah..selain kreatif untuk mencipta ruang dan peluang ibarat tarik rambut dalam tepung..rambut tak putus..dan tepung tak berselerak..

    BalasPadam
  2. biasa lettew huhuu...nanti dia akan reti jaga adik dia :)

    BalasPadam
  3. Ini kes abang jealous dengan adik lah ni.. Mana2 anak sulong pun tak kira lelaki ke pompuan, bila dah ada adik sorang, adik tak boleh dapat lebih dari dia..hee

    BalasPadam