Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 31 Disember 2014

Khas untuk anda : Buku Bekal Ke Sekolah

 

cover1

Pertama kali buku ini ada di pasaran tempatan iaitu Idea Bekal Ke Sekolah - Menu Asia dan Idea Bekal Ke Sekolah - Ala Barat.

Buku ini pastinya dapat banyak membantu para ibubapa menyediakan bekal untuk anak-anak nanti. Ha, sekolah bagi tahun 2015 pun dah nak bukak. Apa kata kali ni para ibu masak sendiri untuk anak-anak ke sekolah. Tak payah beli dekat kantin. Dah tentu berkhasiat dan bersih. Dapat jimat duit lagi tu.

buku2DSC03362

Buku ini sarat dengan pelbagai resepi. Seperti yang dinyatakan awal tadi terdapat dua buah buku dalam siri Idea Bekal Ke Sekolah ini. Yang pertama mengandungi pelbagai resepi dari Asia dan yang kedua mengandungi resepi-resepi dari barat. Kedua-dua buku ini memang berbaloi dimiliki, percayalah. Harganya pun memang dah mampu milik sesangat, RM 15 senaskah sahaja.

bento1

Dalam buku pertama penulis memperkenalkan pelbagai sos untuk memudahkan dan memendekkan masa memasak. Iyelah pepagi buta mana ada masa nak masak yang pelik-pelik.

 cover7

Manakala di dalam buku kedua pula, penulis memperkenalkan resepi-resepi dari barat yang sarat dengan keju. Pasti anak-anak anda suka keju, kan? Disamping itu penulis juga banyak memperkenalkan menu dan tips untuk anak-anak yang cerewet dengan makanan (picky eater). Wah! bagus sangat tu...

Camana nak membelinya? Mudah saja, klik sahaka di link INI.

6 komen :

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

Beli siap2 untuk kegunaan akan datang bagus jugak ni...

Fiza Rahman berkata... [Reply to comment]

Dah beli pon ☺

Syahida berkata... [Reply to comment]

menariknya! nanti nak pi cari kat kdai bukulah..sesuai utk mak2 yg hari2 kerah idea untuk sediakan bekal anak, macam saya :)

izzeyda berkata... [Reply to comment]

menarik nih..

SalinaJohari berkata... [Reply to comment]

menarik gak ni...

Ai Kajiwara berkata... [Reply to comment]

wahhh menarik sgt!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI