Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 31 Disember 2014

Peristiwa malam Krismas..

 

Terbaca kisah menyayat hati ini  di page Balai Wangsa Maju KL , membuatkan aku rasa sayu sangat di hati ! Selalu aku terfikir , apa  akan jadi pada aku andai aku sebatang kara ? Tidak ada keluarga , sahabat handai , pekerjaan .. di manakah aku ????

Di hujung 2014 dan bermulanya 2015 , moga moga apa yang berlaku di sekeliling kita ini memberi keinsafan dan semangat untuk terus membina kehidupan tanpa membelakangkan agama !

Jom baca kisah yg aku amik dari page tersebut ..

Balai Wangsa Maju terima maklumat ada sebuah pondok di dalam hutan berhampiran damaisari wangsa melawati. Sepasukan anggota balai wangsa maju pergi ke hutan tersebut dan siasat berkenaan dakwaan wujudnya sebuah pondok dlm hutan.

Setiba di lokasi apa yg menyentuh hati kami, dapati seorang pakcik tua tinggal di pondok buruk tersebut merengkot kesejukan dan kelaparan. Beliau jelaskan sudah lama tinggal di hutan tersebut sejak kawasan tersebut estet getah lagi.

Dan bila ditanya kenapa tinggal dihutan yg gelap tersebut dan jawab beliau, beliau hidup sebatang kara dan tak mahu susahkan orang. Atas dasar kemanusiaan, anggota balai belikan makanan utk pakcik daif tersebut dan tatkala menerima makanan tersebut, airmata menitis dari mata tua beliau.

Beliau berkata inilah pertama kali beliau menerima sumbangan makanan yg banyak. Hiba dan tersentuh hati kami kerana ada kehidupan yg daif dalam arus pembanginan yg pesat di kawasan tersebut. Keesokannya sekali lg anggota dari balai wangsa maju melawat pakcik tersebut dan kali ini

Ketua Polis Balai Wmaju membawa bersama Hj Mustafa Ketua Persatuan Penduduk Sek.1 ke lokasi hutan tersebut. Di siang hari lagi jelas kedaifan dapat dilihat. Kali ini kami bawa nasi beriani. Sekali lg mata tua pakcik tersebut mengeluarkan airmata.

Hakikatnya sudah bertahun beliau tak dapat merasai nikmat makan seperti nasi beriani. Makanan rutinnya adalah roti yg disedekahkan oleh org yg mengetahuinya tinggal dihutan. Betapa sedihnya hati kami. Sebagai polis, kami juga insan yg berperasaan dan kami akan pastikan pakcik tua tersebut mendapat pembelaan dalam hidupnya dalam beliau mengharungi sisa hayatnya.

Terfikir kami, bagaimanakah hidupnya bertahun2 dihutan. Bagaimana beliau tidur dalam kesejukan? Bagaimana beliau atasi kelaparan? Kami berterima kasih kepada yg memberi maklumat. Sekurangnya kita menjumpai hakikat kebenaran kehidupan dalam arus pembangunan yg pesat.

Wajar kah kita tidur di tilam empuk sedangkan ada manusia di hujung usianya tidur beralaskan papan? InsyaaAllah polis akan uruskan kebajikan pakcik daif ini atas dasar keinsanan.

Innamal A'mal Binniat. Sekian. “.

 

Moga 2015 , kita lebih bersyukur kepadaNya ..

5 komen :

Mayang ABDUL RAZAK berkata... [Reply to comment]

ya allah dekat dengan rumah akak ni.. kesiannya..

Normi Nieza berkata... [Reply to comment]

alhamdulillah..ramai yg mbantu..

Fiza Rahman berkata... [Reply to comment]

Speechless :-(

Syahmi Zaludin berkata... [Reply to comment]

ALHAMDULILLAH! Memang membantu! Semoga ALLAH permudahkan mereka yang membantu Pak Tua ini =)

AZIRA FOOD CHARITY kendalian saya dan NGO AMALTEAM sedang mengumpul dana bantuan banjir dan akan tamat pada 2 Januari 2015 (Jumaat) ini. Boleh ke link blog saya di :

[ISU HANGAT] AZIRA FOOD CHARITY dan AMALTEAM Kumpul Dana Banjir 2014

ArELeEz berkata... [Reply to comment]

semoga usaha m'bantu pakcik ni dip'mudahkn.. amin..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI