Perlu belajar berjimat cepat kuota data ?

by - Sabtu, Disember 13, 2014

 

" RM0 U've used 70% of ur 1.00GB Internet.Subscribe 2 an Internet plan/buy xtra Internet 2 continue surfing.OR surf at only 50sen/20MB when u reach 100% ".

Tiap kali masuk mesej gini , aku mampu pandang je la ! Apakah aku perlu on off data sedangkan aku ini memerlukan internet 24 jam disebabkan rezeki aku masuk dari situ ??

Maksud rezeki aku masuk dari sini ialah , email serta whatsapp job yang akan masuk tanpa kira masa ! Bagi aku , menjawab pertanyaan atau memberikan respon dengan menunjukkan betapa kita serius dalam bekerja ! Sebab tu aku perlukan intenet 24 jam !

Dah banyak kali bising di Facebook mengenai isu ini ! Harapkan ada la jugak pihak sampaikan keluhan pengguna Celcom seperti aku ini kepada majikan mereka.. Aku percaya , ada pegawai atau staff Celcom dalam senarai rakan rakan aku ni atau mereka akan tagged kawan kawan mereka yang bekerja dengan syarikat tu..

Ada kawan pernah bagitau aku.. Dia pernah maklumkan pada orang atasannya mengenai isu ini tetapi jawapan yang dia dapat dari orang atasannya , mengecewakan ! Betapa riak dan angkuhnya jawapan ! Semoga Allah berikan petunjuk pada mereka !

Aku tak mintak mereka beri percuma tetapi sekurangnya , bertindak dengan lebih adil dan bijak ! Tidaklah ada pengguna mengeluh . Sebelum ni Celcom buat tetapi selepas upgrade sistem , mereka dah jadi seperti ‘pontianak’ ! Sedut duit pengguna tanpa belas ikhsan ! Walaupun kononnya mereka beri ‘amaran’ terlebih dahulu tetapi sebenarnya mereka tahu , pengguna tidak ada pilihan !

Apakah dengan memberi amaran melalui sms itu dah mencukupi ? Ok , aku dapat amaran lalu aku terus topup tetapi respon yang aku terima adalah mengecewakan ! Dalam proses, katanya ! Selepas abis kuota.. kemudian tolak RM3 seterusnya RM10 baru topup lulus !! Huhhhhhhhhh !!! Apa ni ????

Apakah aku seorang je begini ? Tidak ! Ramai laaagi !! Bila aku up status menyatakan kebencian aku pada Celcom , ramai turut meluahkan rasa tidak puashati mereka !!

Apakah Telco lain tidak begini ???? Hasil dari beberapa kali up status , ramai dah jadi mangsa pada Telco lain ! Apakah jalan penyelesaian yang aku ada ?? Unifi ? Sila rujuk entri sebelum ini !

Bosan tapi aku tiada pilihan .. begitu jugak dengan rakan rakan yang lain ! Bosan tapi tiada pilihan !!!!!! Sebab ? Kita tidak sepakat ..

You May Also Like

7 comments

  1. sy pengguna celcom..pernah buat aduan melalui fon, tp tindakan mcm hampeh.. bengang, aduan thru emel.. senang sikit nk bahasakan diorg.. 6bulan bru bg feedback, tu pun lepas sy bg emel "maki" kt diorg.. pastu jawapan diorg berbentu soalan.. tnye kite fon apa, duduk area mana bagai.. umpama nk salahkan pelanggan semula..

    BalasPadam
  2. pengalaman guna 2 telco, kuning dan oren, prepaid, kuota habis dia capped speed, contoh 1Gbps turun ke 100Mbps. celcom ngan maxis tak pernah guna, sebab sebelum ni byk sgt komplen pasal service dgn internet dropped out. alhamdulillah, sy yg "heavy streamer" (biasa ambil kuota 10Gb ke atas sebulan), kuota boleh tahan sehingga 25 hari, jadi speed yang lembab tu nak hadap pun tak lama. InsyaAllah, setakat surf, social network, masih boleh berfungsi dengan cemerlang.... ni pengalaman sy guna 2 telco ni. lagi satu, mungkin boleh ambil kuota yg besar sikit, contoh 10Gb pun sekitar RM68 untuk access sebulan sekarang ni. rasanya lebih berbaloi lebih-lebih lagi kita yg bergantung dengan internet untuk sumber pendapatan.

    BalasPadam
  3. Kalo saya, guna Opera Mini bila nk guna phone online. Sebab lebioh jimat koata.
    Cuba abang Ben try.. (sekadar cadangan)

    Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman !

    BalasPadam
  4. apa kata try guna hot ticket? validity 5 hari rm10. dapat call rm7, internet 1.5gb unlimited.

    BalasPadam
  5. celcom ade ppu.. :/ guna digi pun best jugok ben..

    BalasPadam
  6. entah lah celcom nie..nak naik muak jadinya

    BalasPadam
  7. nak buat macam mane..kita tiada pilihan :(

    BalasPadam