Piala AFF Suzuki 2014 : Pemain Vietnam dirasuah ?

 

Aku tak tengok perlawanan semalam.. Sebab ? Malas aih… Kalau Malaysia di pentas Piala Asia , ok la gak layan.. Atau Piala Dunia.. Ni tak abis abis dok Piala tuuuu jer ..Kalau yang main tu pemain pelapis yang bakal bertarung untuk mendapatkan pengalaman bagi mengharungi kejohanan yang lebih besar , ok la gak..

Tolong jangan kata aku tak bersemangat patriotik aih ! Aku tak larat dah nak sokong team yang dok kat level tu jer ! Macam aku kata la.. kalau menang pon piala ni , apakah team ni yang akan bertarung untuk kejohanan besar tahun depan ? Majoriti dalam ni , dah boleh bersara dah tahun depan.. Dah kita kena mula dari bawah balik.. cari player yang bagus bagus walhal bersepah pelapis yang bagus bagus tapi kita suka .. peram ! Alasannya tak de pengalaman atau tak cukup bagus ! Adoiyai… Sampai kiamat tak abis gini ..

Ok ok.. aku malas nak bebel.. Aku sayangkan negara aku ni dan nak tengok apa jua yang melibatkan MALAYSIA , berjaya ! Tapi aku tak nak diperbodohkan .. cukuplah masa kecik kecik dulu .. Skang dah berakal .. tu pun sejak beruban.. Kalau tak , masih tak sedar diri lagi !

Perlawanan semalam.. Apakah benar team kita bagus atau ?? Apa kata lawan kita ?

Presiden VFF ( Persatuan Bola Sepak Vietnam) syak ada sesuatu yang berlaku.

Hurm… Ini antara punca aku ‘bersara’ dari arena menyokong bolasepak tempatan dan dunia ! Seperti kata aku pada entri yang lepas .. BOLASEPAK ADALAH PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN !

Sekali lagi aku bagitau.. Aku bukan tak sokong pasukan negara yer .. Aku antara mereka yang menyokong apa jua sukan yang melibatkan MALAYSIA tapi aku taknak kena ‘main’ ! Letih wehhhh … letih ! Bikin frust jer layan menda yang dah .. hurm.. korang pikir la sendiri ! Ada mata , pandang.. ada otak , pikir ..

7 ulasan:

  1. Saya sokong pendapat abg ben. Kenapa pelapis tidak diberi peluang sedangkan memang ramai pelapis yang bagus. Alasan yang sama di beri tak berpengalaman. Macam mana nak ada pengalaman kalo tak didedahkan. Betul tak?

    BalasPadam
  2. vietnam, i don't care. yg penting terabur betul english newspaper diorg. huhu

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    BalasPadam
  3. Artikel tu bagus untuk budak-budak analisa kesalahan grammarnya.Apa pun, akak sokong Malaysia tak kiralah menang atau kalah.

    BalasPadam
  4. Bhai Ben ...

    Antara WWE (Wrestling) dan Bolasepak Malaysia nih... samer jer... dua-dua WAYANG..... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    BalasPadam
  5. Betul gak apa yang bro tulis tu... Kita kena target benda yang belum dicapai lagi...

    BalasPadam
  6. Tengokkan aje. Takat mana Malaysia nak pergi.

    BalasPadam
  7. apesal Safee sali jadi man of the match? Setahu sy Safee Sali xmain semalam....rasuah? Mustahi ada rasuah...xkan la vietnam nk makan rasuah sedangkan ini peluang mereka nk martabatkan bola sepak vietnam sendiri.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.