Printer harga beribu ringgit !

 

Ke Low Yat Plaza semalam. Tujuan , aku nak beli cover belakang untuk Sony Xperia Z3 dan tempered glass. Dan wife kebetulan nak tengok tengok printer. Cari yang murah katanya.. Aku tanya , bajet berapa ? Tak lebih RM1K ! Hehehe.. Sengih je aku.

Zaman ni , printer mana mahal dahh ! Dulu masa aku belajar , atau waktu dia belajar , mungkin la printer berharga hampir 1k.. tu pun jenis yang power punya .. hehe. Maksud power tu , heavy duty laa..

Selepas tujuan utama aku selesai , aku ajak dia gi cari printer dan dia terkujat sungguh ! Heheheh.. Murahhhh tuuu ! Dan bermula tugasan aku.. Tanya itu iniii dan akhirnya , beli je la yg ni ! Takde wifi. Malas nak berwifi wifi.. nanti asyik berprint jer.. Huhuhh..

Harga murah dan dapat free ink lagi.. Ala , boleh buat kerja skit skit dah la.. cam print , photostate dan scan.. Ok la kan ? Hehehehhe.. Tak nak guna peralatan pejabat , kata wife.. Teruk nanti kena soal kat akhirat.. huhuhuh..

3 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009