Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 23 Disember 2014

Qhaliff mengamuk di Alamanda !

 

Sekarang , aku dah tau camana perasaan si ayah bila anak kecilnya mengamuk nak mainan .. di pusat membeli belah ! Depan orang ramai !! Dah takde nak malu dahhh… Tebalkan muka ajaa dong !

Segalanya bermula bila dia ternampak set sirkit Hot Wheel yang diletakkan kawasan terbuka depan Aeon Alamanda ! Dia punya beria nak gi main sampai sanggup terjun dari stroller dia ..

Tapi sayangnya , ada budak dok main kat situ.. Dia takkan mencelah gitu jer.. Dia tunggu giliran dia sambil berharap aku tolong dia celahkan ! Nehiiii , nehiii.. nehiiii !

Aku ajak dia masuk ke dalam Aeon. Tujuan utama ke situ malam tadi ! Nak beli barang dapur.. Bila aku dukung , dia start meraung ! Raungan dia berjaya menarik perhatian ramai orang. Yelah , kot ingat budak diculik ke apa kan ? Dah la rupa dengan ayah lain.. Kulit lain warna.. Nampak cam anak korea lak tu.. Ada jugak kena lepuk beramai ramai kat situ ! Nasib baik aku pakai baju hikmat aku.. hehehe.. Orang kenal laa..

Aku bawak dia pusing sana sini dalam AEON tu tapi… dia tetap cam jalan nak keluar dan ke tempat mainan tu ! Perghhh.. Walaupun di tingkat bawah dahhh .. Hahahahaha..

Akhirnya aku mengalah .. Aku bawak dia naik ke atas semula .. selepas membeli barangan keperluan ..

Dan dia happy giler !

Aku tanya dia.. nak tak mainan ni ? Dia jawab tak nak.. Dia terus main hingga ada beberapa budak datang mecelah.. pakat berebut lak dahh.. Terus aku dukung dia .. Dia pon tak menangis dah ! Puashati dapat main sekejap ! Hahahaha .. Aku nak beli , dia tak nak..

Sememangnya , dia hanya nak pegang .. main sekejap jer.. Pastu dah ! Kalau aku beli , memang rugi besar laaaa ! Beratus lak tu.. Tapi demi anak anak .. duit ada .. beli laaa.. Daddy leh tumpang sekali ! Hehehehe…

0 komen :

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI