Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 1 Disember 2014

Qhaliff sakit telur ?

 

Dari semalam , dia merengek semacam ! Menangis memanjang kat rumah . Tidur pon tak lena aku dan wife dibuatnya. Wife dah nak naik stress dah… Aku ingatkan dia , ada orang lagi teruk dari kita.. Sampai tak tidur malam jaga anaknya yang sakit.. Kita bersyukur la..

Pagi tadi , bangun tidur .. Qhaliff sambung menangis ! Cari mak dia .. Aku lak stress ! Arghhhh.. Puas pujuk .. Ajak mandi.. Tak nak dia ! Aku bukak baju dia .. meraung lagi kuat ! Abis segala air keluar .. Aku try nak bukak seluar dia , dia tak kasi ! Lagi kuat nangis ! Aku paksa gak bukak ..

Masuk bilik air , dia tak nak mandi ! Hurmm.. Aku siram je la dia.. Tak lama pun mandi. Pastu siapkan dia.. Pakai pampers , dia menangis lagi kuat ! Seolah macam sakit kat situ. Aku skip part tu , try pakaikan baju. Dia ok.. Pakaikan balik seluar , dia nangis ! Hurmm… Takkan sakit kat situ kot ? Aku call wife suruh balik .. Ajak gi klinik , check.

Hurm.. aku pelik sebenarnya. Kalau dia sakit telur , takkan masa aku dukung dia tu , dia tak sakit ? Rileks dan gembira lagi !

Wife sampai rumah. Gi klinik Madivron.. Sesekali aku saja pegang seluar dia.. Takde la pulak nak marah atau menangis seperti sebelum ni ! Takkan kot ?

Check doktor.. doktor kata mungkin jangkitan. Tapi bukan sebab angin pasang atau bengkak. Dia kata kalau sehari dua lagi macam tu gak , dia suruh gi check doktor pakar .

Selepas keluar dari klinik, dia ok jer.. Happy semacam jer .. Stroller , dia conquer ! Zahra , kena gilir gilir dukung .. Tak dia kasi duduk dalam stroller !

Aku rasa … dia tak sakit tapi dia cemburu ! Dia tercabar dengan kehadiran Zahra !! Hurmm.. Saja nak curik perhatian orang tua dia ! Hurmm…

13 komen :

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

hehhee...
angin pasang tue,
angin jeles pn ada.
tu yg merengek tue.
hope x lama ler..
tidak makin stress ler pasni.

Normi Nieza berkata... [Reply to comment]

la..blh plk mcm tu..hihik

nadialadzim berkata... [Reply to comment]

pandai nya qhaliffff....cemburu dah ye? :)

Masya berkata... [Reply to comment]

sabar je lah qhaliff ni cemburu rupanya .. saiko pulak dibuatnya, tp kalau betul dia sakit telur tu.. kena perhatikan masa dia buang air kecil .. kalau dia mula menjerit atau x selesa tu iye kot.. sebab kdg ada kuman x bersih kat situ ... lg² budak belum khatan kan.. sbb ank sy pernah kena dulu.. pg klinik doc seluk kat kawasan nak buang air kecil tu .. dgn cottonbath .. mujo darah sikit .. tp lepas tu okey.. keluar cam hama.

izzeyda berkata... [Reply to comment]

Mungkin cara dia nak tarik perhatian ibu bapa.. kekadang budak2 nih terasa seperti terabai bila ada adik..

Papaglamz berkata... [Reply to comment]

Moga sehat hendaknya... Huhuhu

Kak T berkata... [Reply to comment]

ohh..ingatkan sakit betul tadi..cuma satu pesan akak bila anak lelaki tidur malam jgn pasang aircond,budak sebesar Qaliff mmg alergik ngan aircond..cepat dapat penyakit

Kaisara Aiman berkata... [Reply to comment]

budak2 kalau sakit susahnya nak th sakit kt mana...xpndai ckp lg..tp kalau dh start meraung mnangis,susahnya nk pujuk!huhu

Yan Ty berkata... [Reply to comment]

Alahai ... Manjanya dia.

timm bill berkata... [Reply to comment]

ingatkan nak kena sunat dah tadi..haha!

EjamOthman berkata... [Reply to comment]

Ni namanya "datang dah angin Qhaliff tu"...hehe

amir zahari berkata... [Reply to comment]

Sunatkan je awal ben..

NATDRAH berkata... [Reply to comment]

Panjang akal jugak rupa2nya si abang tu ye? :-)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI