Qhaliff sakit telur ?

by - Isnin, Disember 01, 2014

 

Dari semalam , dia merengek semacam ! Menangis memanjang kat rumah . Tidur pon tak lena aku dan wife dibuatnya. Wife dah nak naik stress dah… Aku ingatkan dia , ada orang lagi teruk dari kita.. Sampai tak tidur malam jaga anaknya yang sakit.. Kita bersyukur la..

Pagi tadi , bangun tidur .. Qhaliff sambung menangis ! Cari mak dia .. Aku lak stress ! Arghhhh.. Puas pujuk .. Ajak mandi.. Tak nak dia ! Aku bukak baju dia .. meraung lagi kuat ! Abis segala air keluar .. Aku try nak bukak seluar dia , dia tak kasi ! Lagi kuat nangis ! Aku paksa gak bukak ..

Masuk bilik air , dia tak nak mandi ! Hurmm.. Aku siram je la dia.. Tak lama pun mandi. Pastu siapkan dia.. Pakai pampers , dia menangis lagi kuat ! Seolah macam sakit kat situ. Aku skip part tu , try pakaikan baju. Dia ok.. Pakaikan balik seluar , dia nangis ! Hurmm… Takkan sakit kat situ kot ? Aku call wife suruh balik .. Ajak gi klinik , check.

Hurm.. aku pelik sebenarnya. Kalau dia sakit telur , takkan masa aku dukung dia tu , dia tak sakit ? Rileks dan gembira lagi !

Wife sampai rumah. Gi klinik Madivron.. Sesekali aku saja pegang seluar dia.. Takde la pulak nak marah atau menangis seperti sebelum ni ! Takkan kot ?

Check doktor.. doktor kata mungkin jangkitan. Tapi bukan sebab angin pasang atau bengkak. Dia kata kalau sehari dua lagi macam tu gak , dia suruh gi check doktor pakar .

Selepas keluar dari klinik, dia ok jer.. Happy semacam jer .. Stroller , dia conquer ! Zahra , kena gilir gilir dukung .. Tak dia kasi duduk dalam stroller !

Aku rasa … dia tak sakit tapi dia cemburu ! Dia tercabar dengan kehadiran Zahra !! Hurmm.. Saja nak curik perhatian orang tua dia ! Hurmm…

You May Also Like

13 comments

  1. hehhee...
    angin pasang tue,
    angin jeles pn ada.
    tu yg merengek tue.
    hope x lama ler..
    tidak makin stress ler pasni.

    BalasPadam
  2. pandai nya qhaliffff....cemburu dah ye? :)

    BalasPadam
  3. sabar je lah qhaliff ni cemburu rupanya .. saiko pulak dibuatnya, tp kalau betul dia sakit telur tu.. kena perhatikan masa dia buang air kecil .. kalau dia mula menjerit atau x selesa tu iye kot.. sebab kdg ada kuman x bersih kat situ ... lg² budak belum khatan kan.. sbb ank sy pernah kena dulu.. pg klinik doc seluk kat kawasan nak buang air kecil tu .. dgn cottonbath .. mujo darah sikit .. tp lepas tu okey.. keluar cam hama.

    BalasPadam
  4. Mungkin cara dia nak tarik perhatian ibu bapa.. kekadang budak2 nih terasa seperti terabai bila ada adik..

    BalasPadam
  5. ohh..ingatkan sakit betul tadi..cuma satu pesan akak bila anak lelaki tidur malam jgn pasang aircond,budak sebesar Qaliff mmg alergik ngan aircond..cepat dapat penyakit

    BalasPadam
  6. budak2 kalau sakit susahnya nak th sakit kt mana...xpndai ckp lg..tp kalau dh start meraung mnangis,susahnya nk pujuk!huhu

    BalasPadam
  7. ingatkan nak kena sunat dah tadi..haha!

    BalasPadam
  8. Ni namanya "datang dah angin Qhaliff tu"...hehe

    BalasPadam
  9. Panjang akal jugak rupa2nya si abang tu ye? :-)

    BalasPadam