Ruangan Penulis Jemputan : Jodoh

by - Jumaat, Disember 12, 2014

 

Ditulis oleh: Kucing Albino

Memilih beliau dikala usia ku 23 tahun atas sebab, ya Allah baiknya insan ini, dilahirkan dalam Islam tetapi masih pergi belajar agama pada waktu malam. Selepas berumahtangga, runtunnya jiwa bila mendapati beliau jarang solat. Disaat memerlukan bimbingan dan pimpinan (kerana ku adalah seorg revert  pd usia 20 thn) ku hanya mampu berdoa. Jiwaku kacau. Kacau dodol pun tak sekacau ini. Gagah mengukuhkan tiang agama dan menahan tiang rumahtangga yang kian rebah. 2 kali keguguran. 6 tahun 6 bulan 6 minggu. Memang nam jahanam. Hancus. Sedih bagaikan dugung dipaksa buat sit up, kerana mahligai impian game over. Ku jadi pendiam. Ku dipulaukan atas gelaran janda. Hidup ku lalui dengan suram dan jodohku datang lagi.


Memilih beliau dikala usia ku 33 tahun atas sebab, ya Allah baiknya insan ini, sama2 mualaf mcm diriku. Sama2 belajar mengukuhkan dan menambahkan ilmu Islam. Dia cahaya, dialah lampu neon. Menerangi jalan sama2 menuju ke jannah. Selepas sebulan berumahtangga, diluar beliau ALIM, dirumah ZALIM. Adoiyai. 2 bulan usia kandungan dlm perut, bunga2 belang beliau udah kelihatan. Usia kandungan 7 bulan, fly kick singgah ke perutku. Ketika dalam pantang, tumbukan Bruce Lee singgah dihidung penyekku. Ketika anak berusia 2 bulan, tangan kiri yg memakai jam tangan pemberianku di hari lahir beliau singgah bertalu2. Kat mana? Cer teka cer teka. Hidung penyek ni gak yang jadi pilihan. Menitis2 darah atas baju anak yg sedang ku pangku. Ku selesaikan segalanya di mahkamah. Titik. Gelaran janda disandang lagi tambah dengan ibu tunggal. Naik pangkatlah. Peratusan untuk meneruskan perjuangan hidup semakin menurun. Bertalu2 dugaan menerpa. Sehinggalah detik selepas raya
aidilfitri tahun 2010.


Suatu petang Sabtu anggaran 5.15 petang, dikejutkan satu panggilan telefon ketika sedang tidur siang bersama anak di rumah.
"Assalamu'alaikum, boleh saya berkenalan" diselangi dengan batuk. Alamak bisik hatiku...orang tua gatal mana lak yang telefon ni?
Ustaz yang pernah saya belajar dulu pernah berkata, apa2 bermula dengan niat. Niat saya ialah mencari seorang ayah untuk anak saya (ayah kandung tidak ambik pot langsung tentang anaknya malah sanggup buang Bin anaknya semata2 untuk tidak perlu membayar nafkah anak).


Alhamdulillah 28 Jan 2015, usia perkahwinan kami memasuki usia 4 tahun. Beliau tidak tahu sms, whatsapp bagai. Beliau bukan muda belia. Beliau menerima seadanya saya dan anak. Dikala beliau boleh bergoyang kaki menikmati kehidupan tanpa sebarang tanggungjawab, beliau memilih untuk  bersama kami dalam apa pun situasi.


Alhamdulillah kini nampak semua yang berlaku ada hikmahnya. Saat yang sukar telah berlalu. Payah melalui saat yang manis dengan pasangan yang pahit. Akan tetapi mampu mengharungi segala situasi yang pahit bersama pasangan yang manis. Kami hanya pasangan biasa melalui saki baki hidup didunia ini. Doa kami agar anak tunggal ini membesar menjadi anak yg soleh.


Setiap yang bernikah inginkan kebahagiaan sehingga ke jannah dengan sekali ikatan perkahwinan sahaja. Allah sebaik2 perancang. Saya redha, saya terima. Alhamdulillah meniti dibibir setiap kali memandang wajah beliau yang kian dimamah usia. Beza umur kami 21 tahun....doakan kami bahagia sehingga ke jannah ya

You May Also Like

3 comments

  1. Perjalanan menuju bahagia adakala berliku.. kadang2 likunya panjang.. Tapi setiap sabar & usaha tidak pernah ada akhir yang sia2 walau bukan di dunia mungkin di sana.. Insya Allah. semoga bahagia hingga ke jannah

    BalasPadam
  2. semoga berbahagia hingga ke Jannah...jangan mudah berputus asa...Allah adalah sebaik-baik perancang...

    BalasPadam
  3. Pengalaman yang begitu berharga mampu mendewasakan dan mematangkan seseorang. Untung beliau tidak putus asa dalam menagih cinta sejati insan bernama suami.

    BalasPadam