Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 10 Disember 2014

Ruangan Penulis Jemputan : Kawan Makan Kawan

 

Ditulis oleh : Penulis Kidal

Kalau berdasarkan tajuk sudah pasti ia boleh mencerita serba sedikit tentang apa yang saya nak tulis ni.  Ini adalah cerita sebenar berdasarkan pengalaman saya sendiri, memang Nampak macam drama drama di tv, tapi ini adalah hakikatnya yang terjadi kepada saya sendiri.

Ceritanya begini:

Lebih kurang dalam awal pertengahan tahun 2009, saya telah berjaya menyambung pelajaran saya di salah sebuah IPTA ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, dalam pada masa itu batch saya adalah pioneer di kampus baru tersebut, banyak kemudahan tak ada lagi. So saya lebih selesa abiskan masa saya di hadapan laptop. Saya kerap melayari internet dan laman sosial.  Di situ sy ada kenal dengan seorang perempuan ni, ok la… just give a try sbb saya rasa dah tiba masa saya untuk bercinta..  So ok la perkenalan kami, dalam diam tak diam dari tahun 2009 sampai 2011 saya kenal dengan perempuan tu.

Dalam awal tahun 2010, saya ada kenal dengan sorang budak laki ni, dia dari kelas sebelah… tp ada sebab tertentu dia kena ambik beberapa subjek kat kelas saya. Dah kenal budak ni since masuk situ lagi, tapi kami bukan sekelas takde la lepak sama sangat. Bila dia dah sekelas, baru la lepak sama-sama most of the time. Time tu kenalkan la dia ngan geng2 gila saya.

Pastu dia ada la ngadu yang budak2 rumah dia tak sukakan dia & pulaukan dia. Jenis saya tak nak ambil tahu sangat pasal krisis-krisis begini memang bukan cara saya. So dalam dia dok bercerita pasal macam-macam masalah dia, saya pun adalah membantu dia.  Saya ajak dia duduk ngan saya since rumah saya tu ada bilik kosong. Kami jadi cam rapat jugak la. Barang saya barang dia, barang dia barang saya (tapi saya tak pernah pun pinjam barang dia)

Saya pun dengan bangang kenalkan dia dengan budak perempuan yang saya kenal tu. Just in case, apa-apa tak boleh contact saya, boleh la contact housemate saya. Saya tak tahu kenapa la tindakan saya begitu bodoh. Dan awal tahun 2011 saya telah menjalani latihan industri di kota raya. Saya terpaksa menyewa di area yang dekat dengan ofis saya. Yelah, duduk jauh, banyak benda nak setelkan thesis, rumah & macam2 lagi.

Tup..tup.. tup.. ada satu malam tu saya dapat sms dari perempuan tu cakap, “I nak break dengan U…” saya macam krikkk… krikk.. krikkk.. kenapa? Dengan kepala otak serabut saya dengan masalah sendiri, saya terus reply “ ok”… Esoknya saya berfikir lagi pasal tu… takpelah takde jodoh nak buat macam mana kan.  Malas nak pening-peningkan kepala.

Masa di office saya sampai awal, saya terniat nak bukak laman sosial saya dan update kawan yang saya tolong tu naik di timeline saya dan ada tag nama perempuan tu, saya terus bukak profile dia dengan perempuan tu tengok post-post yang lama,  rupa-rupanya diorang memang dah start berjiwang-jiwang sebelum ni. Pastu day to day saya keep on stalk page diorang, banyak la status-status jiwang diorang update & tag nama each other. So saya dapat la jawapannya, saya tak perlu tanya lagi.

Time tu punya la nak marah.. tapi saya tahan je.. Yelah, kawan baik kot tu, boleh buat camtu. Saya pun bercerita dengan kawan serumah saya which is kami belajar tempat yang sama. Itu pun lepas dia tegur, kenapa lately ni saya nampak macam serabut. Saya cerita segala-galanya. Rupa-rupanya kawan serumah saya dah tahu awal lagi , cuma takut nak cerita dengan saya.

Saya pernah call budak tu utk penjelasan dari dia, dia mula-mula buat macam tak bersalah, saya terus cakap straight to the point and tahu tak apa dia cakap " ko memang seorang kawan yang baik, tapi ko bukan a good lover" satu jawapan yang saya tak boleh terima.

Sampai sekarang saya masih tak boleh terima apa yang kawan yang saya penah tolong tu buat kat saya. Saya tak kisah putus dengan perempuan tu, tapi yang saya sedih kawan baik sendiri menjadi punca perpisahan itu.

Anyway, sampai sekarang budak tu malu sendiri dengan saya. Tak berani nak berdepan dengan saya.

 

BEN ASHAARI : Pernah kena gak gitu tapi bersyukur sangat ! Setiap apa yang berlaku , ada hikmahnya ! Nasib baik belum jadi isteri , kan ? Kalau tak ? Bukan kawan makan kawan , tapi kawan tu kena telan terus !

Bagi yang berminat nak menjadi penulis jemputan di blog ini , sila email kepada saya.. Pastikan cerita anda benar , tidak menyalahi undang undang mahupun fitnah semata mata ..

Email : benashaari@yahoo.com

4 komen :

kerusiburok berkata... [Reply to comment]

lumrah berkawan. pasti suatu masa akan ada krisis dan berakhir macam kita tak pernah kenal dia huhuhu ***kerusiburok***

Bintang berkata... [Reply to comment]

Pernah dulu kena, last-2 putus kawan terus. Malas nk fikir dah lps tu.

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Hehehe lat sini takde pulak tulis BUKAN BLOGGER boleh email ..hehehe nak jugak jadi penulis jemputan boleh hahaha... (sat lagi ada yang kena tendang ni hehehe) Sorry boss menyibuk kat sini kejap..

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

perghh..not a good lover..penat2 dia tolong kau..kau balas macam ni..choiii...takpela..laki ni akan dpat lagi baik

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI