Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 10 Disember 2014

Suami isteri perlu bekerjasama !

 

Aku sakit kepala sejak semalam. Tak cukup rehat. Zahra pon kurang sihat. Selsema. Qhaliff dan ibunya je sihat tapi ibunya pulak , tak cukup rehat macam aku sebab 2 hari kebelakangan ni , banyak travel aku dan dia sebab aku kena kerja luar ..

Camana aku nak jaga dua permata kami ni sedangkan aku dalam keadaan kurang sihat ? Emosi kurang stabil serta kerja yang menimbun ??

Malam tadi , Zahra payah tidur ! Maka dia tidur lewat .. wife , dah tak larat .. maka dia tidur dulu.. Nasib Qhaliff tak buat perangai.. pon tidur awal ! Tinggal aku dengan Zahra jer.. Rasanya dekat kul 1 lebih baru dia tidur ! Aku jugak terkapai kapai pastu.. Huhuh..

Kesannya.. tak cukup rehat lagi ! Ikutkan hati , aku nak suruh wife cuti hari ni tapi esok nak cuti lagi.. Dan Jumaat pun ! Dia banyak kerja katanya .. Nak tak nak , izinkan je dia pergi keja.

Di rumah , aku dan dua anak aku ni memasing menduga kesabaran aku. Bermula dengan Qhaliff .. diikuti dengan Zahra. Normal kanak kanak. Aku tak marah pon.. menduga kesabaran..

Akhirnya , aku tak tahan.. mintak wife balik waktu lunch. Bantu aku.. Aku perlu makan ubat  dan tidur sebentar .. Harapan aku , Zahra tidur juga ..

Namun harapan aku berkecai.. Dia tak tidur walaupun mengantuk ! Selsema.. tak selesa dia nak tidur.. Hurmmm.. Qhaliff ? Dah ready nak ikut ibu dia keluar.. Keluar nak gi kedai je..

Jam dah menunjukkan hampir kul 2 petang ! Adeh.. Aku dah makan ubat tapi lom lagi reda sakit kepala.. Zahra dah mula menyanyi lagi dandut dia .. Qhaliff dah keluar ngan mak dia .. Tangisan Zahra membingitkan telinga aku..

Harapan aku sekali lagi.. Kang wife balik hantar Qhaliff , dia dapat tidurkan Zahra. Aku , dah give up ! Tak leh nak dukung atau bergerak sangat .. sakit kepala !

Dan , wife balik.. Dia dukung Zahra lalu duduk atas bola gym. Buat style aku selalu buat .. tak sampai 5 minit , lena terus .. Masukkan dalam buaian.. Qhaliff ? Tunggu masa terlena ..

Aku ? Dua dua tidur .. apakah aku akan turut tidur ? Hurm… aku kena update blog.. Cari duit untuk bayar hutang piutang .. Borang GST baru dapat ! Kena isi gak.. Hurm… Suri rumah pon kena GST eh ? Hahaha.. Asal ada pendaptan , kena cukai ! Walhal , barang dapur , kena cukai dah .. Makan kat luar …kena cukai dah ! Cukai untuk membangunkan negara ? Sebelum ni tak membangun ke ? Huhuh.. Malas bising ! Lantak laa.. Akhirat jawab..

Wife gi kerja .. aku sambung kerja … Mengeluh ? Ini semua tanggungjawab …

4 komen :

Mila Hilas berkata... [Reply to comment]

selebet je zahra hehehe...rambut dh sama pesen dh

rabiatul adawiyah berkata... [Reply to comment]

Lumrah kehidupan ada anak kecil. Susah senang dan sakit ni pengorbanan untuk mereka. Kuatkan semangat ye abg ben dan wife.

rabiatul adawiyah berkata... [Reply to comment]

Lumrah kehidupan ada anak kecil. Susah senang dan sakit ni pengorbanan untuk mereka. Kuatkan semangat ye abg ben dan wife.

Nur Fadhilah berkata... [Reply to comment]

Ben, cuba sapu sikit kunyit hidup kt batang hidung. Insyaallah selsema cepat kering.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI