Terharu di Putrajaya !

by - Sabtu, Disember 27, 2014

 

Ternampak status rakan #kelabbloggerbenashaari , Yana Azfar di Facebook..  Terus aku printscreen dan post kembali di Facebook dan di whatsapp ..

Alhamdulillah , beberapa orang rakan #kelabbloggerbenashaari bagi respon untuk turut serta ! Tetiba semangat membara.. Maklumlah , rakan blogger nak turun.. perempuan lak tu ! Malulah kalau aku ni lelaki tak turun bantu kan ?

Tap tujuan utama aku nak turun adalah untuk memberi sumbangan tenaga pada team sukarelawan. Nak turun ke lokasi terbabit , aku tak boleh.. Famili kat sini takde orang nak jaga lak .. Hurm..

image

Dan malam tadi , selepas jam 8.. aku bertolak dari rumah aku yakni di Sepang menuju ke Putrajaya. Selesaikan terlebih dahulu urusan rumahtangga dan baru tenang nak bantu mereka di sana ..

Di depan Parcel E , Putrajaya .. aku sedikit tergamam.. Banyaknya kenderaan menghala ke situ pada waktu gitu ! Takkan semua ni nak gi bantu ????

Dan benar. Mereka semua ke sana adalah untuk gi membantu memuatkan barang barang keperluan ke dalam lori yg akan ke negeri yang terbabit dalam bencana banjir sekarang ini.

Terharu aku. ‘Mereka’ di sana , bukan keseorangan ! ‘ Kami ‘ disini berusaha membantu anda yang di sana !!

Antara barangan keperluan yang aku nampak ada di situ , pakaian , air minuman , maggie , biskut , lampin pakai buang dan macam macam lagi !

Alhamdulillah .. Banyak tempat pengumpulan barangan bantuan dibuka yang bertujuan untuk membantu mereka ! Moga dengan sedikit bantuan ini dapat membantu mereka di sana ..

You May Also Like

3 comments

  1. http://madey09.blogspot.com/2014/12/bersabar-dalam-hadapi-musibah.html
    sangat kagum dan bangga dengan blogger terkenal Ben Ashari..tahniah & syabas ya..atas usaha kemanusiaan ini. dari jauh melihat betap murni jiwa BA ini..semoga Allah memberkati keluarga BA. Amin..terharu melihat usaha ini..

    BalasPadam
  2. Hidup ni, tiap manusia ada ujian, hari ini mereka ..kita tidak tahu pula keadaan kita untuk esok lusa tulat dan sebagainya..bantu di samping tidak lupa maka ni lah keperluan membantu disamping tidak lupa ya, berdoa kepadaNya agar sentiasa merahmati dan memberkati kita. tahnia blogger hebat BA

    BalasPadam
  3. alhamdulillah. guru saya penah berpesan, niat baik allah tolong

    BalasPadam