Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 10 Disember 2014

Wajarkah berpakaian mencolok mata ke tempat kerja ?

 

Tiba-tiba ada kawan di group Whatsapp berkongsi gambar.. Aku download dan baca .. Rugi 120kb ! 10kb , 10 sen ok !! Haaa .. Keratan gambar dari entri GURU WANITA TERIMA MESEJ LUCAH..

Dasat isunya.. tapi isu ni berpuluh kali dah aku dok bercerita dalam blog. Tapi sayangnya , tiada tindakan pon dari pihak berwajib.. Seolah berpakaian gini adalah ‘penyeri’ di dalam pejabat.. kan ?

Bayangkan .. Bayangkan jika ada pekerja berpakaian begini , macam Kak Nina Cybercake ke pejabat ..

Mesti ramai akan kata tak selesa ! Tak tau dengan siapa dia berkomunikasi , kan ? Kot kot orang lain yang datang pejabat.. dan macam macam alasan !

Atau paling tidak pon berpakaian cam Heliza Helmi la .. Kan lebih comel dari berbungkus sendat sampai nak jalan pon payah.. Ini kan pulak sampai nampak bekas seluar dalam lagi haa ! Tu belum part jalan cam itik pulang petang .. Haaa..

Mesti akan ada yang kata .. “ Eh , suka hati aku laaa.. Laki aku pun tak kisah , ko apahal nak kisah ? “.

Er , aku nak jawab apa ? Ok.. aku jawab gini je la.. “ Ikutkan aku malas nak kisah.. Aku lagi suka nak cuci mata tengok bentuk badan kamu tu.. Freee woiii ! Tapi masalahnya nanti , di akhirat .. Allah tanya apa yang aku buat dengan blog aku ? Takkan tulis cerita kosong je kan ? Aha.. aku nak jawab apa ? Sekurangnya , aku ada la jugak selitkan nasihat di sini .. “.

Kawan kawan sekalian .. Kalau rasa berpakaian sendat tu hak kita , ok la.. Tapi jangan la lupa , kita tu ada saudara mara lelaki.. Ayah kita.. adik kita .. abang kita ! Apakah mereka ini tidak punya nafsu ? Hari hari tengok persembahan percuma gini , otak boleh rosak tau ! Berapa lama sangat mampu pandang lantai ? Iman pon tak setebal kulit bawang .. Akhirnya ?? Dapat la whatsapp seperti dalam gambar pertama !

Salah sapa ? Lelaki jugak salah sebab tak pandai kawal nafsu ! Yang berpakaian gitu , bukan sebab nafsu gak ke ? Suruh berpakaian elok elok , menutup aurat pon dah sukar .. apatah lagi lelaki yang disuruh kawal nafsu bila tengok wanita ! Seolah bila berpakaian gitu , anda memberi lampu hijau pada lelaki .. “ Sila la ngorat saya . Memang saya berpakaian gini untuk meminta dingorat ! “. Kalau berpakaian untuk melindungi diri , berpakaialah seperti pakai baju perisai yakni menutup aurat yang sebenarnya !

Kawan .. bayangkan murid tu , anak lelaki kita ! Wajarkan kita belasah anak kita ??

Kalau perempuan tak tolong perempuan , takkan lelaki nak tolong lak kan ? Tolong lelebih , jatuh cinta lak.. Dah tak pasal bermadu.. Auww…

Pikir la yer.. Berpakaian dengan lebih selesa .. Anda selamat , orang yang melihat anda pon selamat .. InshaAllah ..

1 komen :

Anis Remli berkata... [Reply to comment]

Ada seseorang kenalan, dia jadi cikgu sebab terpaksa (kehendak famili), ikutkan dia nak jadi pramugari/model.

Akhirnya terpaksa memilih jadi cikgu je. Nak melunaskan keinginan...maka bergayalah dia setiap hari di sekolah. Macam-macam fashion, jgn kata cikgu lelaki...tukang kebun pun x jadi kerja dibuatnya.

Dia bangga, paling tak boleh buat 'show' di sekolah. Lagi ramai penonton dan setiap hari boleh bergaya.

Prinsip dia mudah, "Ada aku kesah. Kubur masing-masing. Kalau tergoda...termencolok/menjolok mata bukan masalah aku!"

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI