Rabu, 1 Januari 2014

Awas , anak anda semakin meninggi !

 

Mencicit dia lari dari dapur selepas dia jatuhkan mangkuk berisi cili kicap . Menurut wife , dia letak atas dapur kabinet tu jer . Qhaliff main capai je setelah nampak dari jauh ada sesuatu yang boleh digapainya !

Bila dah tarik dan jatuh , wife terus jerit nama aku. Qhaliff , mencicit lari ke ruang tamu dan duduk atas sofa. Menanti hukuman dari bapak dia..

Aku tak salahkan dia pon. Aku pesan kat wife supaya  lebih berhati hati bila letak barang di atas kabinet dapur tu. Qhaliff dah boleh capai dah sekarang .. Semua benda adalah mainan baginya .. Hurmm ..

 

Tak perlu cari salah sapa. Yang patut diutamakan ialah hindarkan dari kemalangan .. Jadi , saling nasihat menasihati tu penting .. Jangan tunggu kena , baru nak bertekak.. Tak guna …

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tabik sama Syamsul Yusof !

 

Dulu , aku selalu attack filem dia yg .. hurm.. mmg tak beri apa apa kebaikan pada penonton . Aku mmg tak sokong langsung dia .. Tapi hari ini , ini segalanya berubah. Alhamdulillah , ada hikmah besar disebalik kejadian yg lepas..

Aku follow Twitter dia , mulai hari ni ...hee..Tahniah .. Alhamdulillah.. Semoga terbit filem filem yg memberi manfaat pada penonton terutama aku..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tips penjimatan untuk Menteri !

 

Pernah aku pergi satu forum intergriti ni. Pengerusi tanya pada semua ahli yg dijemput .. majoriti blogger . Dia tanya camana nak intergritikan pengguna internet ? Aku jawab mudah jer.. Kita mulakan dari atas . Kalau atas punya intergriti , yang bawah bawah ni ikut sama laa .. Kepimpinan melalui teladan la kan  ?

Aku biasa pergi event VVIP.. Atau pernah terlibat dengan pengurusan majlis yang mana VVIP terlibat. Haaaa.. Part makan ni selalu jadi pening kepala.. Abis cut sana sini untuk cukupkan bajet. Yang untuk hadirin , takde masalah.. Tapi VVIP ni haaa… Kang bagi makan biasa biasa ,jadi isu lak .. kan ? 

Ok.. Walaupun apa yang aku nak bagi cadangan ni dah ada dalam 11 Langkah Penjimatan tetapi ianya untuk sektor awam ! Sektor awam setahu aku dah lama berjimat ni.. Aku gi meeting ngan Jabatan pon dihidangkan karipap , bihun kosong dan kopi je tempoh ari .. Alhamdulillah.. kenyang .. Tu yang penting.

Apa kataaa .. Apa kataaa .. Menteri yang banyak bg pandangan ni mulakan , pastu rakyat ikut. Alang alang nak berkongsi beban bersama rakyat la kan ?

Menteri kalau boleh bawak makanan sendiri dari rumah bila gi mana mana majlis. Bukan apa , makan skit je pon..  Bayangkan.. bila menteri kena bawa makanan sendiri, hadirin pun akan bawa juga. Boleh tukar tukar makanan.. Kan best gitu ?  Ala ala potluck gituuu..

Kalau meeting bersama pegawai tu , hidangkan biskut kering dengan kopi o jer.. Kasi cicah ! Baru 1Malaysia .. kan ?  Barulah benar kita diambang penjimatan sebenar benarnya. Bukan dok suruh sektor awam dan rakyat jer .. Orang atasan ni pon kena jimat seabisanya. Kalau ikutkan , pemimpin lama dah kena sedekah hartanya untuk meringankan beban rakyat .. Bukan rakyat yg ‘sedekah’ harta .. Tak suka ? Letak jawatan. Ramai lagi nak jadi Menteri…

Antara cadangan cadangan rakyat yang lain ialah :

  • kerajaan kena kurangkan penggunaan lampu warna warni kat jalan tu..xpenting pun semua tuh..
  • Kurangkan melancong kalau xberkaitan urusan negara...kalau nak jugak kumpul duit sendiri....ni tidak melancong bukan main lg...tp pakai duit rakyat...kerajaan....jangan buat lampu banyak2 sangat....pembaziran tu...tolong berjimat cermat...kami kat umah pon rela tido bergelap xpasang aircond sbb nak jimat...
  • Penggunaan kereta n minyak kerajaan... xpyh lh ada kereta rasmi n rumh rasmi... duk n gune je keta srndiri
  • Pakaian istiadat... xpyh claim...
  • Event2 besar yg mengarut dan x dtg kan untung x yah buat. Kos khemah je dah bape kat situ blum kira mkn vip la bla bla
  • BRIM satu pembaziran krna bgi pendapat saya wang begitu lebih elok kerajaan gunakan utk subsidi makanan,minyak dll.lagipun dikalangan yg dpt brim,berapa rmai yg betul2 menggunakan wang tu dgn berhemah?ada yg tuko itu ini kat rumah,bayar hutang,bli benda yg lain.sekejap je dah habis brim tu.lebih elok gunakan wang brim yg sdikit melabur di tabung haji,asb atau tabung amanah
  • hentikan pembangunan beberapa tempat yang akhirnya menyebabkan kawasan tu seperti bangunan berhantu
  • kurangkn p mlwt ngara laen cna cni...wat prabeh duet ja...klaw p nek bas awam xpa..ni nek pswt khas....
  • tarik elaun2 khas..... suruh guna gaji sendiri utk bayar mcm rakyat biasa buat
  • pm and menteri menteri yg bersekutu dengannya kena keluarkan duit poket aka gaji sndiri utk buat apa2 event or ke luar ngara. tak pyh guna duit kerajaan. or nak bagi BR1M pun kena guna duit pm and mnteri2nya. kalau BR1M setiap tahun dpt RM650, diorang perlu keluarkan duit poket diorg sendiri utk rakyat. haha. biar diorang tahu susah ke tdk hidup rakyat ni yg bpendapatan bawah RM3k.. Gaji atas 5k pun bising hidup mcam ni. Ni kan pulak yg bawah RM3k. Huhu

Amacam ? Boleh tak buat gini ? Turut merasai beban rakyat .. Yelah , duduk atas kerusi empuk pastu cerita dok beban sana sini , tak guna gak kan ?

Sekian..Jangan nak maki aku .. Nak marah aku. Aku cintakan negara ni ..

Order air suam ..

 

Awal pagi 2014 .. Aku belek ‘New Feed’ di Samsung Note 8.0 aku yang dah hampir jadi milik Qhaliff. Hurmm .. Nak tau apakah negara ini yang aku cintai ini telah digulingkan atau tidak , dengan cara perhimpunan ‘Guling’ malam tadi ..

Beberapa orang rakan aku di FB , ada pergi ke perhimpunan itu . Respek ! Mereka bukan sekadar gebang di FB saja malah berani memperjuangkannya di atas jalanan. Gambar diletakkan di FB mereka untuk menunjukkan bukti keadaaan. Semuanya ok !

Kemudian aku nampak ada rakan ‘LIKE’ page yang aku confirm geleng kepala kalau masuk. Aku masuk baca jap… Astagfirullah al a’zim… Pulakkk ! Fitnah benar ni ! Ternampak di page akhbar yang pernah jadi kesayangan aku .. Pun berita firnah ! Aku cuba check di page akhbar lain .. takde pulak pasal berita yang mereka sampaikan ! Apa laa nak jadi ni ??

Aku baca komen komen yang ada di situ.. Aku rasa mual giler ! Ada yang menuduh orang yang turu ke perhimpunan ni , tak bertamadun laa.. buang masa laaa dan macam macam lagi sumpah seranah kepada mereka. Kesian pada mereka tu.. Masih buta lagi..

Ramai masih lena . Kata mereka , kenaikan ni tak menjejaskan mereka pon .. Mudah je bagi aku .. Kalau korang gi makan kat luar , order je air suam. Tengok la berapa harga air suam tu yang mana satu tika dulu , ianya percuma jer !! Apakah ianya masih percuma ?

Jangan lupa , kita ada anak cucu satu hari nanti ..

Selamat Menyambut Tahun 2014 dan Selamat Hari Lahir , Sayangku..

 

Hurmm.. Aku ingat nak letak kalendar yang ada macam macam kenaikan tu tapi .. hurm.. biarkan dulu jer ..

Buat rakan rakan , selamat menyambut tahun baru yg bakal mencabar ni . Aku pun nak kena belajar bangun seawal pagi untuk mencari lebih rezeki .. Er , sebelum ni pon mmg tidur kul 4 , bangun kul 6 pagi semata mata nk cari rezeki untuk keluarga.. Hurmm.. Reset minda je la jawapannya.

Apa pun , selamat menempuh segala ujian Allah. Banyakkan berdoa , ingat padaNya. InshaAllah , tahun ni  aku dan ramai lagi rakan blogger akan mendapat zuriat .. Pastinya entri di blog akan berubah wajah .. Huhuh.. Doakan kami yer ..

Dan buat isteriku yang tercinta ..

Selamat Hari Lahir !! Hadiah dapat double wooo .. Satu , baby.. satu lagi hp.. heeee.. Ok la kan ? Ada satu lagi !! Kasih sayang .. auch.. Hahahaa…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI