Jumaat, 3 Januari 2014

Lagi kes kematian bayi. Kecuaian atau ?

 

Aku pandang Qhaliff ..Hela nafas panjang. Syukur aku jaga dia sendiri walaupun ada juga berlaku beberapa kemalangan yang tak diduga seperti jatuh katil , tangga dan beberapa lagi ..

Pasni kena jaga adik dia lak.. Dua sekali.. Perghh.. Kalau nak kata mampukah , ada ibu boleh siap jaga berbelas anak lagi ! Hurmm..

 

 

Kelebihan aku ialah , tindakan pantas selepas itu. Tak perlu tunggu ‘parents’ balik untuk bawa ke klinik atau sebagainya. Hurmm.. Tak mudah jaga budak ni. Tak leh nak ikut 24 jam. Kalau ikut , tak jadi kerja kita pulak.. hurm..

Aku memahami sangat perasaan parents yang terpaksa antar anak mereka ke pengasuh atau Taska. Awal pagi lagi , kena kejar masa.. Yelah , kalau kena Taska .. pastu nak gi kerja .. Hurmm… Bukan mudah woo terutama yang kerja swasta. Kena bos tegas , asal merah je kena marah. Silap silap leh kena buang kerja. Hurm..

Pagi ni , dikejutkan dengan dua berita menyayat hati. Apa yang berlaku sebenarnya , hanya Allah saja mengetahuinya. Kita , kena amik iktibar. Kena tau mana yang perlu didahulukan .. Kena fikir panjang setiap tindak tanduk.

Dan.. hati hati la yer. Mencegah lebih baik …

Misteri murid tersepit kepala terungkai !

 

" Mak , tak nak gi sekolah laa.. ".


"Laaa.. kenapa pulakkk .. ".


" Makanan mahal la mak.. Nasi ayam jer , Rm4,50. Duit belanja baru kasi Rm2. Mana cukup.. ".

"Dah tau mahal , sapa suruh makan nasi ayam. Makan je la nasi tu.." .


" Amboi mak.. ckp macam menteri dah .. ".


" Dah dah.. gi sekolah.. bawak bekal ni.. ".


Anaknya gi sekolah juga .. Sampai sekolah , terus masukkan kepala di celah kerusi , tanda boikot harga makanan mahal !!

Ubah gaya hidup..

Berus dan ubat gigi Qhaliff , yg beli berpuluh ringgit tu dah dibuangnya dlm lubang saluran air. Huhu.. kena cari baru..

Gi MotherCare.. cari yg khas utk kanak2 2 tahun.. lebih kurang je la.. Harga berus gigi saja dah nak RM30.. Kensel laaa.. Bajet tahun ni.. Kena ubah gaya hidup. Reset minda abis abisan ni..

Gi Watson.. Jumpa yg ni.. Murah giler .. Jimat berpuluh ringgit.. Beli terus..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rasa sunyi tanpa PIONEER !

 

Kalau gi mana mana dan ada tv di situ , rasa macam ada je tak kena bila menontonnya. Lebih baik tak tengok langsung dari tengok   dah tanpaa  ada ‘feel’ ! Tengok berita tu , ok laa . Heee..

Segalanya kerana perkenalan aku dengan PIONEER ! Sejak berada kat rumah , tiap kali tonton tv , mesti kena pasang set home teater PIONEER ni. Tak lengkap tontonan tanpanya.

Wife aku sendiri pon mengakuinya. Kalau tengok tv kat rumah orang tua aku , mmg takde rasa apa. Rasa macam nak belikan set ni je utk diorang. Baru tahu camana rasa tengok tv sebenarnya.. heee..

Bising sangat ke kalau pasang set home teater ni ? Ada kawan nasihatkan suruh pasang pelan pelan.. Aku dah test .. Pasang kuat kuat.Bunyinya bukan nyaring hingga sakitkan telingat. Memang sedap je bunyinya. Kira orang kalau dengar pon rasa macam nak join tengok sama jeer.. Haa

Apakah hanya untuk tengok tv je ke ? Tak.. Kalau dengar muzik pon sedap. Bunyinya sebijik bijik keluar. Jelas dan nyata. AV Receiver 923 membuatkan segalanya impian kepuasan menonton tv dan mendengar muzik menjadi nyata ! Serius , tanpanya .. tak tengok tv pon tak pe laa ! Dan , nak gi panggung pon malas dah. Tunggu je keuar dvd atau blu ray , beli dan tengok kat rumah.. Sama je rasa ! Malah lebih puas !

Duit lagi..

 

Hurmm.. lepas solat Isya' semalam.. tgk Qhalif dok baek punya layan menda ni ! Dia tolak abis jadi 90 darjah skrin laptop ni ! Arghhhhhhhhhhhh….

Aku ingatkan takde apa .. Pagi ni nak buat kerja , usik je laptop ni.. Terkulai layu … Haihhhh .. Baru nak menyimpan duit sikit ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

“ Ben , Qhaliff minum susu apa yer ? “.

 

Masih ada yang tanya .. Si Qhaliff minum apa sampai pipi dia melayut gitu ! Haaa .. Ok laaa .. aku bukak rahsia sebenarnya ..

Aku kasi susu ni haaa …

Hahahaha .. Tu susu aku .. Meraung mak dia kalau aku kasi susu tu kat dia .. Silap silap , aku yang didukung dek Qhaliff setiap hari haaa ..

Qhaliff , susu badan je dari dulu. Rasanya bila nak cecah setahun baru campur skit sbb stok berkurangan tapi masih lagi bagi susu badan hingga sekarang ni.

Cuma sekarang ni , susu badan dah macam nak kering je.. Rasanya dah mula nak produce untuk adik dia la kot .. heeee .. Jadi , setiap hari .. Qhaliff amik susu Anmum jer ..

Abis tu ? Pipi dia datang dari mana ? Pipi dia .. datang dari mak dia ! Tu mak dia punya pipi laaa .. Hahahha… Badan dia tu, baka keturunan aku. Semua jenis sedap dismackdownkan … hehehe .. Serius , sedap wooo.. Dia pon mmg dah lasak sangat dah..

Adik dia nanti.. tak tau la aku …

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI