Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 4 Januari 2014

HARD ROCK CAFE di Putrajaya ?

 

Mak aihhh .. Terkejut gak memula aku baca post yg dikongsikan oleh rakan aku di FB tu .. Setahu aku laaaa , HRC ni ada jual minuman keras. Takkan nak tarik pelancong , kasi taruk menda menda gini ?? Ke HRD ni sekadar jual motorsikal je ?? Ke bengkel motor ? Ehhh..

Tolonglahhh .. Cukup cukuplah apa yang ada kat pusat bandaraya tu.. Tak payah la nak semakkan Putrajaya yang jadi tumpuan rakyat untuk berurusan dengan kerajaan ni dengan menda menda yang diharamkan dalam agama ! Kata Malaysia negara Islam .. kononnya laa kan ?

Hurmmm .. Apa dah jadi ni ? Dulu orang kata Putrajaya ni , aman damai jer. Tiap malam gi bersantai kat depan masjid Putra , Mahkamah Keadilan .. tenang jer … Kan ?

Dari nak pacak HARD ROCK CAFE tuuu , baik pacak pelbagai restoran makanan kegemaran rakyat kat situ ! Pelancong lagi sukaaaa .. Diorang pon tak tahu , kalau nak mabuk .. gi mana .. Ni nak mabuk .. Gi je KL tu.. bersepah dah laaaa .. Iskhhhh…

Kekadang aku terfikir .. akal diorang ni tak guna dah sangat ke ? Sampai berapa tingkat harta diorang ni nak diusung ke dalam kubur ?

Akhirnya , daddy lagi kacak ..

 

Dia eksen dengan rambut dia yang panjang itu sama daddy dia !

 

Dia ingat dia Bruce Lee ?? Hahahahaha ..

 

Akhirnya , meraung dalam salonn..  Dia punya meraungg serupa macam ada orang nak mai culik dia jerrr.. Malu awek awek dlm tu tgkkk.

Lepas gunting rambut , tunjuk rambut baru dia melalui cermin.. Teriak terus dia .. Hahahaha..

Yeayyy..daddy kacak lagi dari Qhaliff skg !!

Published with Blogger-droid v2.0.10

‘ Fish ‘

 

Tetiba kat tv ada ikan dalam lautan. Dia tengok jer… Aku tahu. Dia mesti teringat yang dia pernah gi Aqua ari tu..

“ Fishhhhh ..” . Aku cakap pandang tepat mata dia

Dia tengok aku , senyum…

“ Fisshhhh.. “. Aku ulang ..

Akhirnya dia sebut juga.. Alhamdulillah ..

 

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Cikgu melaram ke sekolah !

 

Bila sebut melaram ni , biasanya siapa ? Cikgu lelaki atau perempuan ? Hehehe… Kalau cikgu lelaki , dia melaram dengan gadgetnya atau kenderaannya .. Nak jumpa yang melaram dengan pakaian , susah gak .. Tinggi kos woo.. Yang simple , ramai la…

Tersebarnya sekeping gambar cikgu perempuan yang ayu berposing manja.. Er, manja ke ? Biasa je kot ? Ke manja ? Ke tak ? Manja ? Hahahaha.. Belasah laa.. Lelaki tengok , cam manja.. Perempuan tengok ? Ok.. sila isi tempat kosong .. 

Sambung.. Tersebarnya gambar tu membuatkan aku up entri ni. Bukan apa.. Teringat zaman aku sekolah rendah dulu. Ada la sorang cikgu perempuan Matematik cun baru pindah masuk sekolah aku tu. Pergh… Aku darjah 6 masa tu. Bayangkan , setiap kali dia lalu , pintu tepi tu penuh dengan budak laki dok tgk dan amik bau diaaa.. Haa.. Yelah , cikgu pakai baju kurung ikut body gitu haa.. Sekolah aku lak , semua jantan. Macam monyet nampak pisang la jawabnya.. Hahaha..

Persoalan aku mudah jer.. Memandangkan sesi persekolahan dah mula , dan ramai parents dok ulang alik ke sekolah atas urusan pendaftaran dan sebagainya .. Apakah wajar guru wanita bersolekan atau berhiasan berlebihan ? Eh , ada ke ??? Adaaa

aaa .. Adaaa koooo !!

Beberapa jawapan dari rakan rakan di FB yang aku lakukan survey di awal pagi ..

  • cukup sekadar kemas n xmengganggu tumpuan murid2
  • ibarat melaram ke pasar pagi.. lari dari tujuan asal.
  • Cantik n kemas perlu tu motivasi utk pelajar jgk tp jgn berlebihan
  • sekolah saya ade la bberapa org camtu..kalo tgok mmg cm xde rupa cikgu..
  • murid nak cikgu yg comel dan cantik.tp klu mekap tebal mcm nak p opera cina..oh my!! no no no..!
  • Cukup sekadar bersederhana. Tmbh cikgu ialah role model... Berhias tidak salah. Tp bersederhana. Patuhilah etika pakaian dan hemah serta etika sbg seorang guru..
  • Walaupun pekerja kantin lebih vogue penampilannya.. "nilai" vogue seorang cikgu patutnya ada pada hotak dia yg takkan pernah sama dgn pekerja kantin.... muahahahha
  • maksud berlawa tu mcm mane sampai yg jd isu sgt..bila pakai biasa2, dah org xbolehvbeza makcik kantin dgn cikgu..sbb skrg ni pekrja kantin lg vogue dr cikgu
  • Wpun sy bukan cikgu n x vouge pon.. Biar je la diorg nk vouge ke hape. Atas pilihan hati msg2. Malas ke rajin. Jgn suka buruk sangka. Dulu sy pernah ade ckgu english yg cool suka melawa n stylo hbs. Sbb dia bekas pramugari. So what? Murid lg minat nk blaja english ape.. Just my two cents. Xyah nk havoc benda yg x perlu.
  • Xpayh kot lg2 skola menengah. Pelajar pn dh matang baligh. Nafsu dh ada. Berhias xpa tp jgn seksi. Nk tumpu susah. Pkir bnda lain
  • Xperlu.....cukup sekadar sedap mata memandang....mengikut syariat tu lebih cantik...
  • Sederhana ckup..cntik tu perlu sbb blh buat bdk smgt blaja..sy pun bercantik2 bila gi ngaja sbb nmpk bdk akan teruja tgk kita...pkai bedak arab n lip gloss pun bdk dh ckp cikgu cntik la..tp xperlu la make up tebal kasut 5 inci..xsesuai..ada jg ckgu yg over ni..kt sek sy aritu ckgu praktikum..praktikum lg kot..tp dh xikut etika..sepatutnya cikgu gi sek kena pkai kasut itam..tp dia kasut belang2 kuning itam....haha
  • Berlebih yg mcm mane tu? Klu sy lah, xde masalah nak melawa g sekolah. Csntik utk dirinsendiri dan utk motivasi pelajar juga. Melawa dlm erti kata yg dibenarkan lah. Xkisahla nak mekap mcm mane, pki baju mcm mane, asalkan ikut ethics yg dibenarkan. Klu sekolah rendah bile xcantik hanya di kata xcsntik, tpi masih ikut kelas. Klu pelajar menengah, time2 tu jugak dikomen xmenarik. Xde semangat. Bosan. Xberi perhatian. Melawa dan cantik dgn karisma tersendiri...
  • tak perlu...pergi sekolah menengah utk daftar anak kakak kelmarin..Pergh! satu set cikgu pakai baju sedondon dengan beg merah meyala..Hurm...daya penarik sgtlah hebat SILALAH KENAKAN TINDAKKAN TEGAS. Wahai guru besar..
  • cikgu yg berhias berlebihan tp garang semcm...murid tk suka pn.. tp klau pndai amik hati..bdk2 suka..cam ckgu ank sya.. ank asik citer n puji2 ckgu dia..jeles kita tau..

Kalau sekolah menengah , mmg bisa memang undang malapetaka.. Tapi sekolah rendah ? Takut cikgu lelaki lak tergugat eh ? Apa pendapat korang ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI