Isnin, 6 Januari 2014

Masa untuk berjimat ! Gunakan SCARF PERFUME.

 

Alhamdulillah. Sesuai sungguh dengan situasi tahun ini yang mana rakyat diminta reset minda dan berjimat cermat ! Hehee.. Aku mmg nak berjimat cermat dah abisan tahun ni !

Nasib baik aku diperkenalkan dengan SCARF PERFUME. Dulu asyik guna perfume yang mahal mahal tapi tahannya , tidak lama mana pon ! Hurm.. Nak usung ke sana sini pon susah. Size besar koooo !

Tapi dengan SCARF PERFUME ni , aku takde masalah dah. Pilih mana aku nak bawak , sesuaikan dengan situasinya.. letak dalam beg dan selesai !

Jimat .. Setelah gunakan hampir sebulan , masih ada byk lagi baki kandungannya. Rasanya boleh tahan sehingga 2 bulan lagi. Serius jimat abis ! Dulu , sebulan sebotol wooo .. Memang gile sbb aku akan pakai gi mana mana sekali pon termasuk ke kedai runcit depan rumah. Hehehe.. Aku suka bau wangi..

Menariknya kan .. aku ada banyak pilihan ! Suka gile aku. Nak keluar malam , lain baunya. Nak keluar berjalan depan rumah , lain baunya. Haaa… Takde la nak sama je baunya kan ?

Rasanya kalau untuk mereka yang bekerja di pejabat .. boleh je simpan satu dua botol di dalam laci mereka. Nak sorok takut orang curik pon boleh .. hehehe.. Size kecik jee pon..

Harganya ? Haaa … Jangan risau laa.. Gi tengok dalam Fan Page SCARF PERFUME .. Ramai wooo dealer dan testimoni mereka yang dah guna , termasuk aku juga ! Heeee… Atau gi ke websitenya , www.scarfperfume.com .

Kekadang berebut gak untuk pakai satu wangian dengan wife bila nak keluar tu… Nasib baik ada pilihan yang lain. Jadi , takde masalah langsung la.. Selamat dari nak jeling menjeling dengan wife. Hehehe..

Beli satu .. simpan.. Nak pakai wat solat pon ok apa !  Wangi skit .. Takkan nak jumpa awek atau pakwe je baru pakai.. Huh.. Jangan kedekutt…  Hehehe..

Try satu.. Jimat tu yang penting.. Dan wangi .. heee..

Photo: Tidak dinafikan di dalam dunia perniagaan, CUSTOMER is always right. Izinkan saya kongsi bersama pengalaman saya menjadi pengedar SCARF Perfume yang baru mencecah 3 bulan.

Baru-baru ini saya membuat panggilan semula ke pelanggan-pelanggan saya yang membeli SCARF Perfume di bulan pertama saya mula bernaiga. Terkejut saya apabila mendapat tahu 3 rakan saya mempunyai masalah yang sama dimana SCARF Perfume mereka tertumpah di dalam beg. Saya menjadi panik, malu dan terkejut kerana mereka membeli single pack dan ianya berbentuk spray dan ditutup rapi. Sepatutnya pembeli tidak perlu memulas dengan kuat untuk membuka tutup spray, walaubagaimanapun kadang2 customer nak cepat maka tak perasan dan terpulas, maka kepala spray itu menjadi longgar tanpa disedari.

Saya menghubungi pengasas SCARF Perfume sendiri, Bryan Gan untuk memaklumkan mengenai perkara tersebut. Alhamdulillah, selepas kami mengkaji punca masalah Bryan Gan telah bersetuju untuk menggantikan perfume yang bermasalah itu. MasyaAllah, pertama kali dalam hidup saya bersama perniagaan yang betul-betul menjaga pelanggan-pelanggannya. OUTSTANDING customer service.

Pagi ini saya berkesempatan untuk bertemu semula rakan2 saya yang memulangkan perfume mereka, dan inilah hasilnya. Inilah buktinya apabila kita mengubah masalah untuk menjadi satu peluang.

"Saya berasa sangat terharu kerana memang saya tak menyangka akan dapat pengganti kepada perfume yang saya beli. Sepanjang pengalaman saya dengan syarikat-syarikat di Malaysia, jika perkara sebegini berlaku kebanyakan syarikat akan lepas tangan. Terbukti SCARF Perfume menangani masalah ini dengan terbuka, setanding dengan syarikat-syarikat antarabangsa. Saya pun memang suka kan bau SCARF Perfume yang harum dan saya sangat2 happy dengan perkhidmatan pelanggan dari SCARF Perfume" - Pn Kamisah

"Awesome Customer service. Saya amat terkejut kerana tidak terlintas pun di fikiran saya yang kita akan dapat perfume yang baru. Saya sendiri memang menyukai bau Elegant & Luxury, kini saya boleh memakai nya semula dan bawanya ke solat" - Kak Sabariah

Saya bersyukur kerana telah memilih perniagaan yang mementingkan kepentingan pelanggan. THUMBS Up SCARF Perfume. 

- Ema, pengedar SCARF Perfume Puchong/Cyberjaya
SMS / Whatsapp +6012-3951220

Kami tewas akhirnya !

 

Seharian dia tak gosok gigi ! Huh… Semalam , ada la jugak nak gosok gigi selepas dipaksa dengan mak dia. Dengan aku , paksa camana pon dia tak nak.. 

Nak tak nak , kena gi Alamanda tadi.  Kena cari yang macam lama punya .. Tak pe la Qhaliff .. Rezeki daddy awal tahun murah sikit .. Boleh la beli.. Tapi jangan wat selalu .. Nak tengok daddy bangun kul 5 pagi ke ? Bangun utk tumis sambal .. jual dari rumah ke rumah .. huhuh..

Mahal ? Tau tak peeee .. Tunggu MotherCare sponsor , tak tau la bila .. hahaha…

20140106_212940

Bising rupanya ..

 

Photo

Aku pasang Upin Ipin dengan guna wifi melalui hp ke smart tv.Memula dia layan tap tak lama mana pon. Sbb dah bosan la kot. Asyik episod sama jer .. huhu .. Mengantuk pon satu hal gak .. Yelah , dia jaga dari tidur jam 11 pagi tadi setelah tidur kembali jam 6.30 pagi. Dia terjaga awal jam 4 pagi.. huhu. Pastususah nak tidur dah..

Dia mengantuk. Aku baringkan dia sebelah aku. Aku pun baring sama. Pastu dia bangkit dan capai remote tv yang terletak di sebelah aku.. Hehehe.. Kemudian dia halakan ke arah tv. Main picit jer segala butang ..

Tetiba tv senyap. Dia letak remote atas tilam dan dia baring. Tak lama kemudian , dia berdengkur ! Huh ! Awat tak cakap kat daddy , bising ? Hehehe .. Daddy tutup la tv .. hehee..

Pasni tau dah.. dia nak tidur , kena tutup tv.. huhuu..

Mencekik darah bila bab Internet !

 

Hurmm… stress giler bila melibatkan internet ni .. Aku tengok ada service provider kena hentam teruk baru baru ni ! Sampai nak saman menyaman haaa .. huhu ..

Aku guna dua jenama.. Satu biru , satu lgi hijau.. Hurmm.. Bayar bukan takat RM10 sebulan tapi ada nak cecah RM100 pon ada haa.. Tapi ?? Haihh.. Nak laju , guna atas kul 2 pagi ! Kenapa ? Sbb kuota ada banyak masa tu. Lepas jam 8 pagi .. slow balik .. Sebab ? Kuota dah abis.. Nak laju balik , sila topup ! Kuota apa kemenda ni ??? Dok cekik darah pengguna  ! Cara mudah nak bergelar bilionaire ?

Aiyoooo .. Ni negara topup ke ? Semua nak kena topup ! Pastu galakkan rakyat guna internet. Yang bagi murah pon sekadar basic punya interent cam nak masuk FB , Whatsapp dan layari internet yang simple simple.. Iskhhh…

Aku bukanlah kaki download.. Memang internet amat penting utk aku buat kerja. Tapi sebelah siang tu , nak bukak satu satu browser tu.. mak aihh.. Bercintaaa ! Kata dah sampai tahap 4G tapi ???

Nak laju , sila bayar ! Haaaaihh .. Takkat nak suruh rakyat boikot memanjang.. Ada kerajaan , kementerian … buat apa ?? Iskh…  Pastu nak suruh banding dengan negara luar ! Banding dengan negara tak maju , buat apa ! Diorang PM pun tak guna kapal terbang peribadi !

Apa kata rakan rakan yang lain ?

  • Malaysia suka main banding2 dgn negara luar...
    kalau ikut perbandingan,internet kat singapore lagi laju....harga pon berpatutan...
  • Ya betoiiii...dh le mahai,service terukkk sgt!!!kalu nk buat banding dgn negara luar,p lah luar negara dulu,try guna baru tahu depa tu bagus bukan mcm kita!
  • etul en ben. Memula laju. Lepas tu slow sangat. Hah pandailah call suruh upgrade
  • duk bnding n indon,bngla..mmg x maju2 lah..sedngkan internet boleh kta skrng dah jdi benda asas yg penting.mcm air,letrik,hp..everyday kita guna..nk minx kerja kena ade tenet..nak isi pape kena ada internet..huhu..bndingla dengan korea ke..tenet gile laju..xmain dh kb2 n mb2 ni..semua gb2..septtnya bila benda tu dh jd benda asas ..ptt kena lg murah..sebb peningkatan pengguna..should have better coverage..wifi free pun patt wujud kt bndr..n kt luar bndr..
  • dah kena bnyk kali, last2 dah potong berukband tu dah
  • malaysia negara ke 10 internet paling lembap didunia. huhu
  • Pelik kita nak jd maju tp menteri suh bandingkan negara yg x setaraf. Pelik. Bila nk maju. Bandingkan dgn korea, Singapore lah. Korea Singapore rsanya sama naik dgn Malaysia dlu. tp knpa skang mereka jauh tgglkan kita? Bte internet kt Malaysia. index dia lg trok dr ngra miskin. Hahaa. Boleh check la
  • betol lah abg ben, tension sgt, pastu suh upgrade, kalo xupgrade haram boleh nak on9, 5g rm50, niceeeeee!!! puii
  • tahu takpe..eh aritu tak silap ada kempen free kuota.. diorang tuntut supaya kuota ni dimansuhkan. tapi macam dah mati je kempen tu..

Pusat Ilmiah Putrajaya satu impian?

 

Wowww … Bayangkan jika pihak bertanggungjawab di Putrajaya , mewujudkan sebuah perpustakaan awam terbesar di Malaysia ! Perghhhh.. Confirm ianya menjadi satu lagi kebanggaan  negara terutamanya penduduk Putrajaya dan sekitarnya .. Aku pun bangga , ok !

Yelah , dari dok jadikan pusat pelancongan jer , kan bagus juga jadikan bandar Putrajaya ni lebih ‘berkat’ dengan mewujudkan pusat ilmiah terbesar di sini. Tak ke bagus ? Dari dok harap motor besar datang sini , baik dok suruh motor besar je datang .. kan bagus motor kecik jugak datang menimba ilmu sambil beriadah di sini .. kan kan ?

Kawan aku ada bagi tau kat Selangor ada dah satu . Aku tak tau la samada perpustakaan tu di bawah kerajaan negeri atau pusat tapi kalau di bawah kerajaan negeri , kerajaan pusat kena buat sesuatu laa.. hehehe ..

Ni sedikit gambar yang aku amik  FB dari rakan bloggper KBBA , Najeeb Abdullah..

 

 

 

Aiskrim Magnum jadi rebutan ..

 

Tak bagi kat dia ? Merajukkk laaa diaaa .. Dah bagi ? Sampai ke malam aktifnya .. huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI