Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 9 Januari 2014

T-shirt KELAB BLOGGER BA 2014 edisi 1 !

 

Berminat nak dapatkan sehelai ? Yearghh.. Aku pun nak wehh .. hehehe .. Bagi yang berminat tu , cepat cepat laaaa buat tempahan yer ..

TERHAD !! Tidak ulang cetak …

Baca betul betul !

Harga : RM30/tshirt lengan pendek , RM33/tshirt lengan panjang. (Harga termasuk kos penghantaran)

Material : Roundneck 100% Cotton 160gsm & Highquality Rubberdye (2 side+2 colour printing+individual name)

Warna Tshirt : Hitam , Putih , Merah , Biru

Utk tempahan , email butiran berikut kepada : angah7736@gmail.com

Butiran Tempahan : (wajib sertakan bersama email nanti )

  • URL blog :
  • Nama :
  • Alamat :
  • No. Tel :
  • Jenis tshirt : Lengan pendek / panjang
  • Saiz : S , M , L , XL , XXL , XXXL
  • Warna :
  • Kuantiti :

Kalau nak mintak ubah kedudukan logo di belakang tu , sila maklumkan pada Angah. Cam baju lengan panjang , nak logo belakang tu kat bahagian atas seperti baju lengan pendek .. Ok ?

Terima kasih . Cepat tempat , cepat bayar dan cepat dapat.. Apa apa pun , sila buat tempahan dan tunggu jawapan dari Angah Judin.

Respek !

 
 
image


Aku sdg berada di satu majlis pelancaran produk , di sebuah restoran ekslusif .. Bukan Hard Rock Cafe Putrajaya yer.. Satu meja dengan rakan rakan blogger lain yg berbangsa cina..

Ada hidangan alcohol utk bukan Islam. Er , aku sorang je Melayu kat sini.. Dan tiada sorang pon rakan blogger di meja aku amik air setelah dipelawa oleh waiter restoran tu.. Aku pon dia pelawa wooooo...

Apakah mereka respek aku ada di meja tu ? Terima kasihhhhh kawan kawan ! Terharu guee..

Realiti atau Fantasi ?

 

Wife mesej aku .. 
" Abg , nak beli jubah boleh ? " .


Jawab aku ..
" Beli la.. Amik 2,3 gitu .. ".


Dia balas ..
" Adeh .. sindirkah ? " .


Ni la orang perempuannnn .. Bila laki bagi green light , nampak sangat peliknya .. Hahahaha ..


"Amik je la.. abg belanja... ".


Cer bayangkan rupanya bagaimana bila ternampak perkataan 'belanja' tuuu ...

Dan dan tak jadi beli yang murah punya ! Adeh .. Sapa lagi bijak nih ??

Berubah muka ..


Hurmmm .. harini gi umah org tua aku kat Cheras. Esok nak balik kg wife , di Kelantan.. Heeee...

Baru seminggu tak tgk muka , adik dan mak aku kata berubah dah muka Qhaliff.. Jadi panjang dah muka dia berbanding sblm ni , bulat.. huhu..


Mana tak bulatnya dulu.. rambut panjanggg dulu haaaa..


Hurmm .. nasib dah gunting.. kalau takkkk , balik Kelantan nanti , daddy kena smah .. huhu..

Pura pura terkejut lak dia !!

 
Buku kat belakang tu , dah abis dia punggah.. Aku kemas biasa biasa semula sbb nanti dia kerjakan balik buku buku tu..
Selepas tu.. dia boring tak tau nak buat apa.. Aku bukak pintu ‘kandang mainan’ dia tu.. Terus dia gembira. Masuk dalam tu dan …
Dia tarik keluar bakul berisi mainan tu ..
Tuangkan segala isi perut dalam bakul tu !

Dan buat buat terkejut !!!  Heklerrr …

Ok .. bukan sekali je dia buat muka terkejut tu. Geram betul laaa.. Pas dia selerakkan semua tu .. dia amik apa dia nak dan blah.. Sapa kemas ??? Sapa ???

Hurmm…

Derita kembung perut !

 

Bapak aku selalu kena. Kalau aku gi rumah orang tua aku , mesti dia baring sambil usap perut.. Kalau tanya , jawabnya masuk angin. Kembung. Hurm.. kesian gak kat dia bila gitu. Nak makan pun takde selera ..

Aku , baru baru ni .. kena gak ! Rasanya berpunca dari tidur atas toto dan dalam air cond terlalu kerap. Dan paling ketara ialah , aku lama tak gi gym. Segala badan jadi sengal dan berbisa je rasa..

Kesannya ? Angin mula masuk dalam badan. Memula aku biar je.. Dua tiga hari kemudian , pinggang jadi sakit sangat . Terasa buah pinggang macam nak expired pon ada .. Rasa menyesal makan macam macam mula timbul .. Hurmm..

Bila aku tekan perut , terasa keras je. Nak kata sbb six packs tu , tak de la pulak sbb dah jadi satu pack je nih .. Hurmm.. Aku ingat nak gi hospital je untuk buat check up .. Tapi malass la pulak..

Ada aku gi klinik tapi klinik penuh la pulak.  Tangguh lagi. Esoknya , wife ada bawak balik air kelapa yang dia beli di pasar malam. Aku minum secawan. Alhamdulillah , rasa bisa semua ilang dan angin ada keluar la jugak .. Sapu ngan minyak panas , tidur di dalam bilik yang takde aircond..

Alhamdulillah.. makin surut sakit .. Dan setiap pagi dan lepas solat , aku buat senaman kucing .. utk pinggang.. Hehehe.. Dah makin ok.. Hurmm ..

Memang benar kata bapak aku .. tidur atas toto nipis ni berbisa woo.. sbb simen tu sejuk. Mesti akan masuk angin. Bila masuk angin , ditambah dengan usia yang semakin.. Hurmmm.. mmg sakit woo.. Perut pon dah macam mengandung 6 bulan ! Hurm..

Baru tau camana sakitnya perut kembung. Bayangkan bayi yang kembung perut , menangis tiap malam .. Haaaa…

Berbaju akhirnya NOKIA LUMIA 1520 aku !

 
Nokia Lumia 1520 , rugi dibiarkan calar balar .. Bagus hp ni .. Puashati pakai .. Harga pon takde la mahal mana pon. Kira berbaloi dgn sizenya tu .. Layan Whatsapp , sgt puashati .. heeee..

Maka disebabkan tu laaa aku beli casing utknya .. Tadaaaa ..






Amacam ? Bertambah cun kan ? Kat mana aku beli ? Er... aku pernah citer dulu kt sini..Sat , cari entri tuu.. Haaaa..baca kt SINI  ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI