Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 10 Januari 2014

Tak peka ker?









Apa yg takde ? Hurmmm .. semua ok dah tapi mana bilik utk baby lak ?


Telefon Pintar Bajet

Aku kat Low Yat Plaza skg..Nak repair Samsung Note 8.0 yg dah tak boleh nak charge langsung.Ikutkan aku dah dlm perjalanan ke Kuantan to sbb dah menda tu wat hal...hurmmm... Kena settle dulu isu ni.

Dlm dok pusing LYP ni ada pulak Alcatel sedang buat promosi.Lama dah menghilang Alcatel ni..

Test yg paling mahal iaitu onetouch idolx yg berharga RM999.. Hurm.. test main screen dia. Boleh tahan jugak bagusnya.. Kamera , cun.. Memori 16 GB. Takde SD Card..

Design dia mcm iPhone pon ada. Nak pegang , mmg selesa dan ringan jer.. Kalau aku nak bajet guna hp.. rasanya aku akan beli yg ni , buat masa skg..

Berbalik pd Note aku tu , kena tunggu sejam utk repair. RM120 utk connector original.. hurmmm ..



Cari gaduh dengan daddy ke ??

 

Haish budak ni … saja nak tunjuk garang sejak sejak nak bergelar abang long ke ?? Huhhhh…

Apa citer ? Hurm.. Malam tadi , sebelum nak tidur .. aku usap la perut wife yang dok mengandung 6 bulan lebih tu. Saja nak ‘bermanja’ dengan baby dalam tuu .. heee.. Baby pon bergerak gerak dah tu..

Pastu mamat di dalam gambar atas tu tolak tangan aku pastu mulut dia membebel. Berkata sesuatu dengan garangnya. Eh ? Apahal ? Aku ulang berkali kali.. dia buat gitu gak..

Menariknya , bila aku angkat tangan aku.. Dia lak usap usap perut mak dia .. Hahahaha… Ooooo.. tak kasi aku ‘pegang’ adik dia rupanyaaa…

Dah tunjuk ehhhh..

Bantuan kepada Baby Aleya ..

 

Aku terima satu email semalam ..

“ Salam ben,

Minta jasa baik ben  untuk meng war-war kan bagi membantu baby aleya yg dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna, beliau harus menjalani pembedahan bagi rekahan bibir dan lelangit, sekarang ni beliau menjalani rawatan persediaan untuk pembedahan, malangnya kos pembedahan yang agak tinggi, telah melambatkan lagi beliau dibedah, sedangkan beliau mengalami masalah bila hendak menyusu
Kepada mana-mana insan yang berhati mulia ingin memberi sumbangan, terus menghubungi ibu baby aleya,

0182609665 (Puan Zaleha)

atau terus ke akaun ibu baby Aleya

RHB BANK: 1-12321-0015525-1 (ZALEHA ZAINAL)

Kepada sesiapa yg lihat mesej ni harap dapat disebarkan lagi, bagi mempercepatkan untuk mengumpul dana supaya baby aleya segera dibedah.. supaya beliau dapat menyusu seperti bayi-bayi yang sempurna. “.

IMG-20140108-WA0002 20131115_090959

Screenshot_2014-01-09-17-48-58-1

20131104_150626 IMG-20140108-WA0001

Harap rakan blogger yang membaca permintaan rakan kita ni , dapatlah memanjangkannya. Semoga Allah berkati niat kita.. InshaAllah.

Normalkah atau pengaruh Upin Ipin ?

 

Aku kata dah .. Nampak je comel dan cuteeee .. macam ayah dia gakk.. Tapi ! Haaa.. aku pesan dah kat mak diaaa dan mak aku tuuuu.. yang budak kecik ni , garang bangett bila barang di tangan dia ambil ! Marah woooo ..

Tapi nak kata sebab Upin Ipin , rasanya korang pernah tengok gak dia .. er , bukan semua la pernah tengok video dia marah tuu. Waktu tu baru berapa bulan jer pon. Berebut barang dengan akuuuu.. Tak dapat , marah.. Takkan punca dari tengok tv kan ?

Apakah kerana .. er , dna bapak dia yang mmg cengih dan bengis sewaktu muda dulu ? Ada awek kata , aku masa tu .. kalau letak sekandang dengan singa , singa pon leh jinak .. Tu awek tu kata la.. Tak jadi pon kawin dengan dia .. Hahaha ..

Jadi , apakah punca sebenarnya ??? Aku rasa … dia memerhati dan belajar. Mungkin dia cengih atau garang sbb mak dia ? Hahahaha.. mak dia jugakkk dipersalahkannn . Yang baik , pergi kat bapak.. Yang kurang ok , pi kat mak dia ..

Apa nak buat.. blog aku.. aku kena tulis la yang ok untuk aku kan ? Hahahahah.. Takde la.. Gurauuuu .. Aku rasa dia ikut perangai aku. Tu pasal kena lembutkan hati dia sewaktu kecil ni.. Dan dia mmg mudah dilembutkan pon .. kena kasi dia ketawa jer.. Haa.. Bapak dia je tau nak wat camana .. hehehe …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI