Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 13 Januari 2014

Anak dera ayahnya !

 

Photo: Sibukk..

Aku tak tau laa atas arahan sapa tapi yang pastinya , aku didera pagi tadi oleh Qhaliff ! Dah la aku tidur lewat sbb buat kerja aku . Lepas subuh , plan nak tidur lama skit tapi dalam jam 9 pagi gitu , segalanyan berubah !

Apakah yang berlaku ? Sedang enak aku bermimpi tiba tiba terasa ada sesuatu yang cuba menerjah masuk ke dalam mulut aku disusuli gelak tawa !

Bila aku bukak mata , Qhaliff ketawa dan cuba melarikan diri ! Di tangannya ada botol susu dia ! Adehhhh .. Ada ke patut dia cuba sumbat botol tu ke dalam mulut aku ???

SU Warung Nasi Kerabu , Kelantan

 

Tiap kali aku balik Kelantan , confirm .. aku akan singgah makan sini walaupun ada banyak lagi kedai atau restoran nasi kerabu yang sedap sedap belaka..

Terletak di Ketereh , Kelantan .. Su Warung Nasi Kerabu ni pasti akan penuh tiap kali cuti sekolah menjelang dan juga cuti hujung minggu.. heee ..

Kenapa aku suka makan kat sini selain dari nasi kerabunya menepati selera aku ?

Photo: Nasi kerabu daging #kelabbloggerbenashaari

Layanan yang diberikan di sini amatlah mesra sekali. Aku tak tau la kot ada yang pernah makan kat sini , bercanggah pendapat tapi setiap kali aku gi sini .. aku berpuashati ! Kalau tak , aku takkan singgah dah sini dan buat entri ni , secara percuma ! Haaaaa !

Seperkara lagi , kebersihan restoran ni mmg tak dapat dinafikan. Nak makan pon terbuka selera. Takde la nak pening pening dengan kotornya.

Maka tak hairanlah , aku antara pengunjung setia restoran ni.. hehe ..

Hehehe.. Menanti giliran aku makan .. Wife ngan mak mertua makan dulu. Qhaliff makan kat rumah. Sapa suruh tidur ? Kalau tak , dapat dah milo ais.. Heee…

Pakej Coklat Fountain di majlis anda !

 

Wahh.. Meriah kalau ada kat majlis harijadi atau mana mana majlis yang ada kanak kanak ni .. Confirm pakat datang menyerang punya ! Silap silap yang dewasa pon mai serbu gak.. hehehe ..

Nampak sedap wooo ..

Cf Pn SuhailaCf LisaCf Suhada

Amacam ? Nak tau pakej pakejnya ke ? Ok , kat bawah ni ada beberapa pakej menarik dengan harga istimewa utk korang semua .. Cepat booking .. kalau tak ? Akan terdengarlah jawapan..

“ Maaf.. tempahan dah lebih untuk minggu ni.. Sila tempah lebih awal lagi lain kali.. “.

Haaa.. tamo terjadi kat korang kan ? Jadi , sila dapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan cepat cepat buat keputusan !

  1. Pakej Mini Coklat Fountain
  2. Pakej Sewa Mesin Coklat Fountain sahaja
  3. Pakej Kasih
  4. Pakej Rindu
  5. Pakej Sayang
  6. Pakej Cinta
  7. Pakej RAJA SEHARI
  8. Servis servis lain

pakej cintapakej kasih

pakej mini coklat fountainpakej raja sehari

pakej rindupakej syg

Promosi Anniversary Jan2014servis lain

Berminat nak booking slot Coklat Fountain untuk Majlis korang?

Fast Reply SMS/Call/WhatsApp : 012-233 4792  Eida

Facebook : Chocolate Fountain :She.Loves.Chocolate

Blog : http://chocolatefountainmurah.blogspot.com/

Email : iedand23@gmail.com / sheloveschocolate29@gmail.com

Oh ya.. Tempahan juga dibuka sekitar Ipoh yer .. Cepat cepat ..

Qhaliff disergah awek kat Wakaf Che Yeh !

 

Terkejut aku .. Tiba-tiba awek ni dok senyum kat aku dari jauh. Aku macam kenal tapi ingat ingat lupa. Maklumlah , banyak sangat awek dalam kepala aku nak kena ingat ni .. Hehehehe ..

Dia datang dekat dannnn … Ok , ceritanya gini .. Aku gi Wakaf Che Yeh semalam , dengan wife serta mak mertua aku . Saja saja gi sana.. Untung untung dapat sehelai dua seluar idaman.. Memang cari gak seluar tu. Nak pakai santai kat rumah .

Gi sana lepas Maghrib. Sementara orang tak ramai .. Hehehe .. Ternyata Wakaf Che Yeh berubah abis. Selesa nak bergerak. Nak lepas Qhaliff pon boleh tapi kena pegang dia.. Lepas seminit dua jer .. Untuk hilangkan lenguh tangan.

Masa dok mencari jubah wife ni laaa , awek ni tegur ! Awek ni kenal Qhaliff sejak usia dia seminggu rasanya. Dia antara orang terawal mai ziarah Qhaliff selepas dilahirkan .. Hehehhe .. Blogger gak dia .. Aku jumpa dia banyak kali dah tapi sejak akhir-akhir ni jarang walaupun dia dalam group Whatsapp aku ..Heee.. Bizi benar gamaknya.

Bila dah kena sergah tu , maka bersuai kenalkan semuanya. Mak mertua aku , dengan mak dia .. Wife kenal dah dia pon.. Takde masalah. Orang kampung..Ngam je pon.. Heee..

Lepas tu , gi makannn ..

Photo

Makan kat gerai dalam WCY tu gak.. Malas nak keluar jauh. Sedap ? Hurmmm… hurmmm … Kalau terdesak , boleh laaa .. Kalau tak lapar sangat , baik gi cari kat kedai luar.. Tu je la.. Bukanlah tak sedap mana tapi semalam makan , semuanya masin.. Hurmm…

Ok .. pastu , sambung membeli belah. Wife dapat la 3 pasang jubah dan aku sepasang seluar setengah lutut askar tuuu .. hehehe .. Tak yah gi dah Pengkalan Kubor.. Tapi nak gi pon , ok gakk.. Hehhe.. Jalan jalan ..

Operasi malam ni diselesaikan dengan membeli berger Fizo Omar.. Ok gak laa. Ada rasa dan murah .. Terbaik  part murah tu.. hehehe…

Bila isteri hampir diragut !

 

Aku kata dah.Jangan jangan , jangan laaaa....

Geram giler aku kat wife ! Suh balik awal , degil.Nak jumpa kawan la pulak. Hari dah lewat malam ..Hurmm..

Bila dah bebel kat telefon , baru nk balik. Otw nak balik tuu , beg tangan dia hampir nk diragut ! Nasib baik ada sorg lelaki kat situ jerkah peragut tu. Terus lari dia.. huhuh..

Best part.. boleh pulak lelaki tu ajak minum dulu.. Hari lewat dah..Wife call nk bgtau kejadian ni. Mengucap panjang aku disertai leter..

Kan tak pasal2 terhutang budi ngan org .. Ni dah siap ajak minum lak ..Grrrr.. Gerammmmm.. Aik , takkan tak nampak perut dok membusung tuuuu ..

Tiba-tiba..

" Bang , bgn.. jaga Qhaliff ..nak masak ni ...Tak de sapa jaga dia ".

Adoii..potong stim tul..tak sempat marah dlm mimpi..huhu..

Fizo Omar punya burger ?

 
Yg ni ke ?





Diaorg kata sedap.. Ni kat Wakaf Che Yeh, Kelantan.. Saja try..Heee..

Dah rasa.. kambing special sedap wehh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI