Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 15 Januari 2014

3 Permainan terbaru dari WeChat !

 

Anda kaki main game di telefon pintar ? Hehehe .. Sesuaiiii gitu ! Apa lagi .. jom download 3 permainan terbaru dari WeChat yg sangat menarik dan menghiburkan ! Main bila bila masa saja , di waktu terluang dan stress ! Heee..

Sebelum tu , aku saja la nak bagitau korang.. Baru-baru ni , ada aku pergi satu majlis pelancaran WeChat 5.1 di The Garden , Kuala Lumpur.

Photo

Buat yang tak tau tu , pengguna WeChat sekarang ni dah lebih 100 juta pengguna berdaftar dan menjadi no 1 aplikasi mobile komunikasi sosial.

Ok , WeChat dah update dah version terbaru yakni 5.1 . Dah dikenali sebagai WeChat 5.1 . Apakah yang menariknya ? WeChat 5.1 ni dah boleh digunakan pada semua telefon pintar tak kira apa jua sistem operasinya ! Haaa…  pada Android, BlackBerry, iOS, Symbian dan Windows Phone.

Selain itu , WeChat 5.1 juga lebih kemas dan tidak mudah ‘hang’  , sticker terbaru , group boleh dimuatkan hingga 100 orang rakan  , StoryCam untuk korang bercerita dengan rakan rakan dan pastinya paling menarik adalah game yang lebih gempak dan tidak membosankan !

image image

Antara game yang boleh korang download ialah .. Gunz Dash , 2Day’s  Match dan Craz3 Match. Dan nanti akan datang ialah ‘Wreckless Racer’.  Manakala yang sedia ada ialah Pencil Pilot.Hehehe..

Ok , camana nak install dan download ? Buat rakan rakan yang baru ada WeChat , boleh ke bahagian Discover , kat bawah tu ada Games. Klik masuk situ .. Dan ..  Tadaaaa !! Sila download dan install mana yang berkenan atau download je semua .. Heheheh ..

Apa yang bestnya ? Heheheh .. Korang leh beradu sapa lagi pandai main game dengan rakan rakan yang ada di dalam senarai Wechat korang tu haa ..

Macam aku ni ..

Photo: Jom gegar #wechat

Terus terang laaa kan .. semua game ni mudah je nak main tapi yang buat menariknya , bila korang tau kawan korang tu senantiasa nak tewaskan korang !

Aku dah try. Aku bukan kaki game tapi disebabkan aku dah jatuh ranking , aku rasaaaa.. aku nak kena lawan balik diorang !! Malu la weh …

Oh ya.. Tak reti main ? Jangan risau .. dalam tu ada tutorial ! Heheheh .. Sekejap je mahir .. Silap silap , Qhaliff nanti lagi teror dari aku … huhu …

Bila aku putus cinta ..

 

Ada seorang rakan di FB mintak aku up pasal ni di blog atau di FB.. Katanya dia putus tunang dan .. agak kecewa sekarang ni .. Dia mintak rakan rakan bagi semangat untuk kembali ceria seperti dulu.. Lebih kurang gitu la..

“ Sy terangkan sedikit gambaran nasib saya . Sy btunang 21 sep 2012 dgn duda anak 1.kematian isteri kanser serviks .

Sepanjang petunangan mmg susah nk jumpa.sy asal org mlk keja di batu pahat.bekas tunang tinggal di kulaijaya bersama ibunya. Anaknya dijaga oleh ibu mentua arwah isteri nya sejak lahir di pontian.

Bila waktu btunang. .bila tunang sy nk jumpa je di bt pahat ada je masalah..maknya asyik sakit..mula2 igt sakit betul tp pura2.so setiap kali dating ada maknya..

Bekas tunang bersetuju bila semasa nikah n sanding x nak bawa anaknya di pontian sebab anaknya nangis bila nampak tunang sy tu..so tunang decide nak amik anaknya lepas perkahwinan kami..sy setuju..tp bila time nak kawin maknya sekali lg buat hal..

Sy dijangka akan kawin 26 jan bersama ngan adik lelaki sy..so 4 pengantin.mak tunang sy call mak sy x setuju..n percaya kalau kawin pgantin 4 jodoh x panjang dia minta sy dinikahkan dulu.of coz parents sy x setuju..sy ni anak pertama yg nk kawin mestilah nak buat meriah..nak buat dua kali majlis payah sebab kami x ramai sedara..yg ada pun jauh di kelantan.

Bila misi mak tunang sy gagal..dia cuba lagi strategi lain..dia kata kalau tunang sy pilih sy dia buang tunang sy dr keluarga. Dgn alasan dia x yaki sy jadi ibu tiri anak tunang saya.

Kesilapan yg sy buat ialah sy telah betukar tempat keja dr batu pahat ke kulaijaya. Harapan sy senang dekat ngan suami n anak tiri sy bila kawin.

So sy berpendapat x payah la anak tiri tggal di pontian biar tinggal je ngan sy. Malangnya bekas tunang decide tinggalkan sy minggu lepas kerana dia kata dia syg mak dia..walaupun dia tlalu syg sy dia terpaksa sebab mak adalah segalanya

Kad da edar..baju pengantin da siao..hantaran da siap..semua da siap..dia mmg la x terasa sebab x de majlis dirumahnya..semuanya dirumah sy.

So sy ditinggalkan mcmtu je en ben. Da la sy keja dekat ngan umah dia di kulaijaya. Sy g jabatan pelajaran johor nk minta blk mlk ..depa mcm x mo tlg..kata susah la libatkan kpm la..sekarang ni emosi sy tganggu..x dpt bg tumpuan keja.hanya pada yg Esa tmpat mgadu..dgn sokongan keluarga tcinta.

Sy perlukan keluarga sy skrg..pasal tu sy request dr en beb write something about putus cinta..your thoughts n ideas inspired me.. Sy perlukan keluarga sy skrg..pasal tu sy request dr en ben write something about putus cinta..your thoughts n ideas inspired me..

Tq for your concerns. “.

 

Haaaa.. Apa pendapat korang  ? Bagi aku laa kan .. Rileks jer .. Buat macam takde apa apa .. Walaupun pahit , kehidupan perlu diteruskan. Gi kerja cam biasa. Orang bertanya , kita jawab je takde jodoh. Kalau dia tanya lebih lebih , jawab lagi .. kita mampu merancang jer. Kalau dia tanya lagi .. Suh dia tanya je Allah sbb kita sendiri nak tau gak tapi dah sampai situ je jodoh kita.. Haaa..

Dan masyarakat pon , tak yah la sibuk sangat hal orang. Bila dah tak cerita tu , tak yah sibuk .Kalau dah tau pun , diam diam dah la.. Tak yah sibuk nak bertanya.

Jangan lupa.. Kecewa camana pun , Allah tak pernah tinggalkan kita. Tak pernah lupakan kita. Tapi kita je kerap tinggalkan DIA dan lupakan DIA .. Balik semula pada DIA , inshaAllah..

Ramai lagi tidak bernasib baik dari kita .. Tapi mereka mampu je teruskan kehidupan. Malu kita pada mereka ..

Qhaliff di kafe siber !

 

Sejak dia sampai ari tu, dia mampu pandang je dari dalam rumah. Hanya dipisahkan oleh pagar yang berkunci. Hari ni , aku bukak pintu tu .. melurulaahhh dia masuk ke dalam cc tuuu .. Gembira bukan kepalang dapat tekan papan kekunci tu. Bukan nak main apa sangat.. Nak menekan jer ..

Haaa… tu diaaa… Bila aku ajak keluar , dia tamo.. meronta mintak dilepaskan ! Huhuh… Tapi dia ni , bagusnya kejap je dia punya ‘nak’ tuu.. Dapat menda lain , terus diam.. huhu…

Nafsu mengelodak di Kelantan !

 

Sejak dua menjak selepas angin dah keluar dari perut aku , selera makan aku jadi lain macam jer ! Asal tengok kedai makan je , mesti nak singgah menikmati apa jua yang dimasak kat situ.. hehehe..

Kelmarin , mak mertua aku masak kari ayam. Disamping tu ada sambal belacan , budu dan petai ! Perghh.. Kari ayam lak tu panas panas lagi ! Nasi pun panas.. Perghhh.. senang cakap laa kan , aku bedal 4 pinggan non stop ! Wife aku naik cuak tengok aku punya makan ! Seolah olah yang makan tu , hantu raya wooo.. haahhaha ..

Pastu gi Wakaf Che Yeh , macam macam aku nak order ! Kalau tak kerana wife bagi jelingan mautnya, aku dah order segalanya yang ada dalam menu  tuuu .. huhu ..

Photo: Mee udang lak ..

Aku makan mee udang. Wife kata , biasa je ni tapi bagi aku , sedap wehhh .. Sedap banget ni.. Udang pon fresh jer .. Ada 4 ekor .. besar besar tuuu.. huhu…

Pastu siap nak tapau lagi burger bawak balik ! Huhu.. tapi tak dibenarkan.. hehehe.. Tak pe , esok lak nak gegar Kota Bharu sebelum bertolak balik ke KL lusa .. heee..

Suami atau isteri , akauntan keluarga ?

 

Photo: Ginilahhhhh...

Hehehee .. Selepas berkawin.. Apakah benar hingga 0 ? Hurmm.. Sepatutnya gitu la , kan ? Pendapatan suami milik isterinya.. Manakala pendapatan isteri ? Haaa..

Hehehe.. tak yah la nak pening pening.. Kalau isteri kita tu , sanggup mengorbankan nyawanya utk memberikan waris pada kita , wahai suami.. takkan laaa kita nak berkira dengan mereka kan ?

Lagi pun , mmg itu tanggungjawab suami memberi nafkah pada mereka..

Aku bg contoh cam aku laa.. Setiap bulan , kalau rezeki aku lebih .. selepas bayar segala hutang , memang aku akan tranfer duit yang masuk ke akaun aku atas urusan blog kepada wife.. Dia akan simpan ke dalam akaun Qhaliff .. SSPN, Insuran dan Tabung Haji. Semua untuk masa depan mereka .. Nanti sorang lagi ? Haaa..

Untuk aku , ada gak .. Aku pastikan aku dah bagi kepada orang tua aku , bayar duit kereta , kutu dan sebagainya.. Baki tu , aku simpan skit untuk aku. Tu pun tak banyak mana pon. Tak lepas nak nikah lari kat Siam pun.. Hahaha..

Kalau ada yang kata , lelaki pada patut ada simpanan sendiri. Ye , patut ada.. Simpan aja dalam Tabung Haji. Tak perlu ada rasa was was pada isteri kita.

Serahkan saja selebihnya pada Allah..

Dah jadi hak dia !

 

Gi la mana mana pon , dia akan mintak aku punya tab ni ! Bagi la yang lain , dia berkenan yang ni gak.. Sebab apa ? Sebab ada stylus pen ! Dia akan keluarkan , conteng conteng pastu masukkan balik ! Nasib baik dah reti nak masukkan balik. Kalau tak pening kepala aku nak mencarinya. Kalau hilang , mau dekat RM200 gak nak beli hok baru original.. Huhu..

Satu lagi , kalau layan UPIN IPIN , dia dah reti nak skip yang lama lama punya. Nak bosan dah dia tengok .. huhuh…

Photo

Kena yang dia minat , dia layan.. Rasanya apa yang ada dalam tab aku , semua dia dah bosan ! Huhuh.. Kalau dah bosan , Alif Ba Ta la jawabnyaaaa .. sampai terlena …

Aku dah belikan satu untuk dia .. Jenama Lenovo. Tunggu sampai je neh..

Ais Krim Pulut dan Pulut Pauh !

 

Di Wakat Che Yeh.. Depan Hotel Seroja Inn .. Ada banyak gerai makanan situ. Sewaktu sampai tadi , aku teruja tengok banner ais krim pulut. Terdetik dalam hati , balik kang nak singgah makan.. Hehehe..

Nak dijadikan ceritanya, mmg balik dari membeli belah kat situ .. singgah slalu .. hehehe .. Kang terliur pulak ‘baby’ dalam perut aku ni.. heeheh ..

Sewaktu sampai kedai tu , aku nampak la satu pakcik dan anaknya ni dok makan sesuatu. Macam menarik je .. Datang pembantu kedai tu, aku tanya dia ..

“ Pakcik belakang saya ni makan apa ? “ .

Dia jawab.. “ Puluh pauh.. “.

Aku tergamam jap. Pauh ? Oh , mangga ! Hehehehe.. Kat situ ada gak pulut durian. Waduh.. nak order mana satu ni ? Perut ada satu jer walaupun kapasitinya boleh mencecah 10 terabyte .. huhu ..

Tunggu wife datang .. Dia gi beli air milo utk Qhaliff. Beberapa minit kemudian , dia sampai dan terus gi order pastu kembali ke meja..

“ Order apa ? “. Tanya aku.

“ Pulut Pauh .. “ . Jawab dia selamba. Huh , aku berharap dia order pulut durian.. huhuh.. Aku mmg hantu durian..

Dan order pulut ais krim… hehehe ..

Photo: Ais krim pulut

Hurmm.. sedap tak ? Ok… bagi aku , kedua dua ni.. memang menyelerakan ! Sedap .. menepati tekak aku walaupun pulut bukanlah makanan kegemaran aku apatah lagi pulut pauh ni ! Haaa.. Kedua duanya adalah pertama kali aku rasa !

Jadi , buat korang yang belum pernah sampai Kelantan , pastikan singgah ke Wakaf Che Yeh yer .. Nak lagi seronok ? Korang booking Holiday Villa Hotel yang terletak berdekatan Wakaf Che Yeh. Confirm naik berat badan ! Takde bajet ? Bersepah hotel bajet kat situ. Semua ok punya .. Hehehe..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI