Jumaat, 17 Januari 2014

Bila sel sel otak anak kita berhubung ..

 

Perghhhhhhhh … sel sel otak mak pak dia lak putus woo ! Kena lak ? Haaaa….  Apasal ?

Photo

Ni remote tv milik hotel. Bateri hilang , cover dia pun hilang ! Bukan remote tv jer .. remote air cond pon hilang weh ! Aku tak tau laaa mana dia letak.. Kang takut ‘diorang’ pk daddy dia kebas lak.. adeh..

Photo

Photo: Bila sel otak anak kecil berhubung , sel otak bapak dia terputus sbb terkejut tgk anak kecil mereka dok selongkar apa saja yg ada di sekeliling mereka..

Haaa.. plug ni cabut dah yer..

Bukan takat remote jer.. Apa saja ada menda disekeliling dia , semua dia kerjakan ! Haaaa … Segalanya !! Termasuk tab aku .. Huhuh..

Kena hati hati.. cabut segala plug yang ada .. hurmmmm …

Sarapan pagi di Holiday Villa Cherating

 

Hurm.. turun makan jam 9 pagi. Ada keje sebelum tu aku kena selesaikan. Rezeki di pagi hari.. hee.. Jangan mengeluh..  Buat dengan ikhlas , hati pon lapang..

Ok .. selepas wife dan Qhaliff bersiap , g la makann .. Sampai kat situ , aku tengok la apa yang ada .. Nasi lemak , mee goreng dan western style.

Aku berminat pada mee goreng .. Aku minta wife amikkan sbb aku kena jaga Qhaliff.. Bukan senang nak jaga dia apatah lagi skang ni dia pantas menghilangkan diri wooo.. Kejap je dia dah lari sana sini..

Suasana , tip top.. mmg best ! Tenang jer .. Cuma makanan je bagi aku ‘kureng’ memberansangkan.. Mee groreng dan sambal ikan bilis , masin ..

Tapi omeltte dia , ok. Chef yang buat ni mengingatkan aku pada chef selebriti , Mat Gebu .. hehehe.. Sopan santun je bahasanya. Muka dan fizikal pon sama je.. Olololo… kembar nehh ?

Apa pun , kami tenang di sini .. heeee..

Ayah benam anak kecilnya ke dalam air !

 

Hahahaha.. Tajuk tak leh blah ! Tapi itulah hakikatnya.. Gi main kat laut .. Terhoyong hayang dia ditolak ombak.. Jatuh dalam air , muka terus mengelabah…

Photo: Cuak kena air laut...

Pastu , balik bilik.. bersihkan diri.. Kat laut ni tak leh main lama lama kalau tak reti nak berenang. Aku bukan tak reti tapi saja je buat buat tak reti.. Risau nanti ada yang saja saja buat lemas , pastu suruh aku buat cpr lak.. Hahahahha .. Alasan tak leh blah..

Ok… pastu mandi kolam .. Kat sini tak pe.. Air pon bersih. Orang tak ramai mandi.. Airnya pulak , sejuk sampai ke tulang walaupun matahari dah meninggi..

 

Hahahaa.. Tak menangis dia.. Berkali gak la aku ulang babak ni.. Cekal dia.. Pantas je kaki dia.. huhuh… Akhirnya , aku yang mengalah.. Sejuk gila boh !

Holiday Villa Beach & Resort , Cherating..

 

Kali pertama menginap di sini setelah berkali kali lalu di kawasan ni. Biasanya aku akan menginap di Hotel Legend tapi malam ni  aku dan wife nak berubah angin. Nak merasa lak menginap kat hotel ni..

Best tak ? Bilik hotel penuh. Yang tinggal cuma chalet. Harga promosi waktu aku buat entri ni , yakni  Jan 2014 adalah RM220. Mahal ? Hurm… aku rasa lebih kurang je ngan Legend.

Photo: Akhirnyaa... Penat dah..

 

Photo

Biliknya , ok.. selesa la untuk keluarga kecil macam aku ni.. Kena lak wife dok sarat mengandung .. nak naik turun tangga tu tak digalakkan la .. Jadi , chalet ni sesuai la dengan kitorang..

Cuma aku harap breakfastnya nanti best laa.. Banyak pilihan.. Takde la macam sesetengah hotel skang ni , dah mula bajet. Pilihan makanan terhad… Hurmmm ..

Kolam renang ? Bagi aku , kolam renang dia kecik jer .. tapi ok la.. Keluar keluar je dari chalet , terus gi terjun.. hehehe ..

Aku tak abis survey kawasan ni .. Nanti aku cerita lagi pasal hotel ni .. Buat masa sekarang , tiada masalah terutama dengan staffnya .. Mesra gitu.. hee…

Qhaliff nak jadi usahawan ?

 

Tok ma dia berkali kata suruh jadi tahfiz. Aku mmg nak pon dia jadi tahfiz. Tapi kalau boleh biar dia punya profesion lain tapi berilmu agama yang mana mampu menyelamatkan dia dari bisikan syaitan..

Tok dia .. dua dua peniaga.. Belah aku , belah mak dia .. Haaa.. Malah pakcik pakcik dia , semua meniaga !! Hahahaha.. Makcik makcik dia je tak .. Keje gomen gitu haa.. Sorang je makcik dia meniaga gak..

Apakah Qhaliff juga  ingin meniaga ? Pantang nampak calculator , pantas capai dan tak kasi balik dah !

 

Cuma satu je masalah ..

“ Kawan kau tu , keje apa ? “.

“ Ohh.. dia meniaga je mak .. “.

“ Laaa.. boleh ke kau hidup senang macam tu ? Dia meniaga apa ? “

“ Meniaga biasa jer .. Kedai runcit dan kedai makan .. “ .

“ Iskhh.. cari la orang yang keje bagus skit .. “.

Hurmm… orang kita kan ? Asal nak bermenantu , cari yang ‘kerja’. Bagi mereka , yang ‘berniaga’ ni bukan bekerja. Kena keluar pagi , balik petang .. tu laaa kerja ! Iskh iskh dan iskhh…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI