Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 18 Januari 2014

Dah boleh jadi along dah !!

 

Haaa.. kat Klinik Maria tadi.. Gi scan kandungan wife . Alhamdulillah , semuanya ok..

Sebelum tu , Qhaliff tunjuk bakat .. Dia menunjukkan yang dia dah bersedia untuk ‘disuruh’ buat itu ini.. Contohnya ? Dia kemaskan semua kerusi yang tunggang terbalik tu ..

Hurm.. memang la dia kemaskan balik.. Dah dia yang buat segala kerusi tu jadi gitu ! Huhuhu…

Berniaga , bukan ‘bekerja’kah ?

 

Hurmm.. masyarakat memandang ‘pelik’ bila ada anak muda nak menjadi usahawan walaupun peruncit kecil kecilan. Bagi sesetengah orang , bila dah memandu kereta mewah , atau bergelar CEO .. barulah dikatakan usahawan atau ahli perniagaan !

Baru-baru ni , satu restoran nasi kerabu yang aku suka gi makan .. masuk dalam akhbar. Ada cerita mengenainya. Menurut penulis , pemilik tu dah punya punya kereta mewah serta rumah yang dibelinya secara tunai ! Perghhhhh … Restoran mereka bersih dan harga pun tidak mahal !

Hidup ini satu cabaran. Aku pernah terfikir , sampai bila aku nak hidup dengan .. bangkit kul 6 pagi , keluar gi pejabat.. kul 7 petang baru nak sampai rumah.. Harapkan cuti umum atau cuti 14 hari setahun tu je untuk ‘nampak dunia’. Atau , amik mc utk releasekan tekanan ! Perghh… usia dipersiakan begitu saja ..

Bekerja dengan orang ni , untuk cari pengalaman tu bagus laa .. Melainkan kalau dah kita ni dalam bidang yang tak ramai orang ceburi cam pilot ke , tentera ke , polis ke .. ok la kan ? Tapi sampai bila ? Haaa… Masing masing punya pendapat ..

Aku pernah suarakan hasrat aku pada orang tua aku .. Aku nak ganti dia jadi usahawan bas sekolah tapi dia tak kasi .. Katanya sangat perit .. Bagi aku , dia tak nak aku ‘penat’ ..

Beberapa rakan berkongsi pendapat mereka mengenai isu ini ..

1.ha ha kawan akan berniaga air aje ben, pakai estima, myvi, viva, ada rumah besar dah macam kapal akak tengok rumah dia bukan main besar lagi. Anak dia berapa orang sekolah dengan Teta, Sekolah swasta..

2.Situasi ini sama dengan saya sekarang.. berniaga kek kat rumah.. sempat lagi kata, "belajar tinggi2 duk kat rumah."
Macamlah kerja kerajaan boleh dpt rm200 sehari.. kuangkuangkuang

3.Dulu2 klu ckp keja tukang masak hotel pun org ckp blh ker bagi mkn bini......tapi skrg biler kat chef aje...emmmmmm....gelamor tuuu

3.isk3...apa yg lebih bagus dari berniaga sendiri? klu mampu, saya akan berniaga sendiri dari kerja dgn org.

4.saya kerja salesman org x pndg pun. hulur pamplet pun org dah menyampah. kalau boleh kat pasaraya tu sggup amek laluan jauh semata2 xnk lalu depan salesman kat tepi2 tu. bkn kami hulur bom. hulur kertas sekeping je. haha. tp apakan daya, ini la sumber rezeki utk menyara keluarga

5.saya walaupun bekas pekerja imigresen..terus sound, kalau nak cari suami cari yang bukan kerja kerajaan...yang berniaga pun boleh..mula2 tu..bingung juga kenapa gitu..sekarang baru faham..dia menempuhinya masa tu..dan sekarang adik saya kerja kerajaan dan bila dia bercerita, barula saya semakin faham...

6.Pakcik2 cina kami satu pun takde kerja dgn orang...termasuk semua ahli keluarga kami....boleh gak hidup..cuma nak kaya mcm datin rosmah mansur najib razak tu takde lah...sekurang2nya takde hutang keliling pinggang...

7.Fikiran mcm tu dah ditanam sejak dulu, sbb tu bila tiba masa si anak2 nak cari pasangan mak pak semua memilih nak yg ada title 'kerja hebat' a.k.a kerja yg ada 'nama' ataupun lebih tepat tiap bulan gaji konfirm ada. Tak kisahkan walaupun makan gaji sampai akhir nafas sekalipun, janji kerja... 'katanyaaa...'
Tapi, pilihan di tangan masing2 laa... kita sendiri bila tgk situasi skrg mcm tak relevan, tpi bila tiba anak2 kita esok minta dimudahkan dan tidak terikut zaman ni, tapi mampukah..? Bila hidup makin lama makin lebih bergantung kepada wang ringgit dan tak mustahil kita akan memilih juga utk pasangan anak2 kita di masa akan datang,...

8.Nabi dah kata dah..."9/10 rezqi dari dunia perniagaan", sobar je la...kan...

9.Dan lg satu masa flexible. Tak dak sapa nak marah terlambat masuk opis walau lima minit. Kalau balik lambat x kira pulak

10.Kerja bagus sikit tu bermaksud kerja dengan kerjaan atau keje y tak berisiko....kalau meniaga kan banyak saingan...tambah2 niaga kedai makan...risiko untuk disabotaj atau akan tutup tu 70%....sebab tu ramai ibu bapa y risau....kalau dah ade pegangan...meniaga tu sbg side income....tu mmg terbaik la....tp kalau xde keje tetap harapkan niaga je agak berisiko la pada mereka....tu pada penialain org tua2....sedangkan perniagaan itu adalah rezeki y terbaik...lain org lain pandangan.....

11.pengarah nasional FM kata kat saya, nak kaya jangan kerja dengan kerajaan.. kena kerja sendiri ataupun buat bisnes. so tak payah nak tunggu bulan..huhu

12.tu lah...lain orang lain cara berfikir nye...ade y nak anak cari pasangan y buat bsnss sendiri....tp kebanyakkan nk y ade gaji tetap....sbb meniaga ade pasang surut...bila ade gaji tetap dr situ boleh kembangkan sayap...nak bsnss ke ape...tak de masalah...y penting diri sendiri nk kene pandaila...jgn harap gj tetap tu je...tu sbg batu loncatan....kene pandailah...y penting keje lah apepon...asalkan berkat...

13.persepsi org kena betul kan... even menoreh getah pun kuar seawal 5 pagi blk pun keje 4 jam je sehari tp 1week dpt cekau rm2k... disebabkan pekerjaannya penoreh getah dia direject awal2... pdhal 1bln 8k tu income.. kalaah gaji pegawai bank... so acaner???? who want to answer????

14.Masih ramai yg pandang lekeh pada golongan peniaga. Mereka sebenarnya tidak tahu pendapatan peniaga Burger sama banyak dengan gaji cikgu. Jual burger ja tu.. Begitu juga dgn peniaga2 pasar malam, nampak pakaian selekeh tapi dalam akaun bank lebih banyak dari mereka yg bekerja dgn kerajaan.

Hurmmm .. kalau korang , nak bekerja sampai tua atau ada plan nak berniaga ?

Dapat jugak tonton akhirnya ..

 

Berguna juga bila rancangan di Astro ni berulang ulang.. Hahahaha… Berkali dah aku terlepas nak tonton Salam Muslim di Astro Oasis , episod kali ni .. pasal suami bergelar suri rumah.. hehehe ..

Aku nak tau apa yang dipaparkan.. Ikutkan , macam macam soalan ditanya .. Dan yang keluar.. Tu diaaa.. Perghhh .. ‘keras’ jugak statement aku tuu.. hehehe ..

Photo: "Aku ke tu ?? " .

Aku panggil Qhaliff untuk tonton sama.. Terpinga dia tengok dia dalam tv .. Hahaha.. Tapi dia biasa dah dok tengok video dia kat tv tu.. Jadi dia , ok ajaaa … Biasa sudah dongg…

Terima kasih Salam Muslim. Satu pengalaman baru untuk kami ..

Aku , sentap dengan SAMSUNG !

 

Haihhhh .. tak sampai beberapa hari selepas repair , terus jadi balik masalah nak charging .. Bukan masalah charger tapi port tu haaa.. Aku pakai Nokia punya charger pon tak leh dah.. Sebelum ni boleh la gak.. Tu pun lepas ekjas skit skit .. Kena letak elok elok , tengok balik .. pastikan charge pastu baru leh tidur !

Dan bangun pagi , kalau nasib baik .. penuh.. Kalau tak ? Rasa cam nak baling je tab aku tuuu .. Hurmmm ..

Photo

Esok kena gi balik Low Yat.. Antar balik kat kedai yg buat tu.. Aku tak tau la dia nak buat balik ke tak sbb dia kata warranty 7 hari jer.. Huh… Ikutkan , sehari lepas amik tu dah mula susah nak charge .. Tapi aku kat Kelantan .. Camana nak gi antar.. Hurmm..

Aku rasa , ni last la aku guna Samsung .. Pasni , malas dah ! Insaf dengan masalah charging dia ni.. Adik aku punya tab pon sama gak.. Hurm…

Bila google , masalah ni … mmg dah sinonim dengan Samsung punya hp.. haihh… Htc One X aku yang dah jauh lebih lama aku pakai pon takde masalah gini .. Grrr…

Baru plan nak gi zoo esok.. Bawak Qhaliff jumpa kawan kawan daddy..

Jangan lupa singgah bila di Kemaman !

 

Haaa… Buat rakan rakan yang pusing Terengganu , pastikan bila lalu dekat area Chukai tu ( Selepas Kemaman ) , singgah beli satar dan keropok lekor..

Ada yang keliru antara losong dan lekor.. Mengikut pemahaman aku laaa .. Maaf jika tersalah yer .. Losong ni , banyak ikan dari tepung .. Manakala lekor ni , banyak tepung dari ikan.. Gitulah , menurut rakan yang menerangkan pada aku.. Betul ke ?

Apa pun , pastikan makan satar ketika panas.. Kalau ada ada kopi panas , confirm .. perghh.. malatopsss…

Kalau ada rakan kat area Chukai tu , cuba tanya kat mana jual satar yang sedap.. Hehehe.. Aku biasanya akan ke satu tempat ni .. Dekat ngan Masjid Chukai , pastu masuk kiri.. Dalammmmm tu haa.. Haa.. macam macam ada jual .. Hehehe ..

Photo: Jemput..

Photo

Malangnya hari ni , aku takde selera sangat nak makan.. Kenapa ? Aku terlebih makan sangat kat Kelantan .. Sakit perut ! Hahahah.. Tengok je la wife makan.. huhu …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI