Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 19 Januari 2014

Pentingkah ‘popular’ bagi seorang blogger ?

 

“ Awak , siapa yer ? Blogger ke ? Atau media ? “ .

“ Saya , blogger.. “.

“ Oh .. blog apa yer ? “ .

“ Airbatucampur dot com. “.

“ Oooo.. “.

Oooo jer ???

Lepas perkenalkan diri , terus hulurkan kad bisnis milik kita. Inilah caranya .. Samada dia kenal blog kita atau tidak .. popular atau tidak , tu lain ceritanya ! Yang penting , kita dah tambah satu lagi jalan untuk mendapatkan job untuk masa depan , andai kita ingin mendapatkan pendapatan melalui penulisan blog.

Ada yang tak kisah .. Ok , fine .. tapi kalau tak popular blog kita tu , sapa masuk baca ? Kalau sehari trafik tak sampai 10 orang .. tu baru tak popular.. Tapi kalau dah beratus , tu dah kira popular la tuuu.. Jangan ingat popular tu wajib tayang muka dalam majalah , tv atau perlu buat duckface ??

Haihh.. tak perlu pon laaa.. Ianya melibatkan penulisan dan juga pengaruh kita di media sosial .. Dan tak semestinya semuanya kerana duit pon.. Ianya bonus jika ada penawaran melibatkan money moneyy ..

Popularkan blog .. bukan utk jadi retis atau berlagak top gitu. Tapi penting untuk memajukan lagi serta meningkatkan kualiti penulisan kita jika untuk pergi jauh..

Kalau tulis , takde orang baca.. lama lama tutup gak kan ? Melainkan jika tulis untuk kita kita ajaaaa ..

Terpulang.. bagi aku , popularkan blog adalah untuk menarik pembaca baru setiap hari ..

Dia conteng dinding dah ni !!

 

Photo

Memula dia conteng kepala katil yang baru beli ! Perghh.. fatamorgana sungguh laaa … Pastu dia lari keluar bila aku nak amik crayon tuu .. Dapat amik ! Berpusing dia menjerit .. baringkan diri .. meraung tak hengat punya ..

Aku kasi balik .. dia duduk kat tepi kabinet tv.. Zasss.. dia conteng dinding lakkkk .. ARghhh .. Aku gi kat situ , diaa lari tempat lain lak … Hurmm..

Pastu dia kembali ke situ lak… Dia conteng kabinet lak ! Aiyakkkkk … Budak ni kann.. Dah bagi kertas , dia conteng kertas.. kejap ! Pastu conteng aku lak.. huhu ..

Nasib baik krayon ni leh padam punya .. guna kain basah , lap je.. tanggal semuanyaa… Sbb tu daddy cool je.. hehehe..

Bila daddy gi ambil baju kelab blogger !

 

Alhamdulillah.. cantik baju ni.. Rasa aku , ni la design paling menarik sepanjang baju kelab Blogger Ben Ashaari diterbitkan.. eceh , terbit koooo.. hahahaha ..

Photo: Dapat dah baju ... design terbaik buat masa skgggg...

Sementara tu , di rumah… Iskhh … budak ni dah bangun dah ! Masa aku gi , aku tinggalkan dia … dia dok tidur berdengkur lagi.. Tau tau wife antar gambar ! Dah sibuk kat dapur dah diaaa…

 

Dan kemudian di ruang tamu ..

Adehhh…. Aku cepat cepat balik rumah , pastu gi sambung jumpa rakan blogger lak kat area rumah aku.. bawak Qhaliff gak.. Tapi sayangnya , tak sampai setengah jam .. dia berak pulak ! Aiyooo…

Haaa..bagi yang nak order baju.. cepat yer .. Url kat belakang baju tu akan diisi dengan url blog korang.. cepat cepat..

Utk tempahan , baca kat SINI ..Tempah baju.. bukan tempah anak aku.. huhu…

Macam merajuk je skang ni ??

 

Hurmm.. dah pandai menyendiri skang ni .. Adakalanya menyorok belakang langsir.. Duduk situ main sorang sorang .. Bukan berak pon.. Saja layan perasaan .. huhuhu …

Sian dia.. Macam tau tau jeee nanti dah ada adik .. Hurmm.. Perempuan lak tuu.. hurmm..

Daddy sayangkan Qhaliff.. InshaAllah kasih takkan berat sebelah.. Sapa nakal , siappp.. Takde kasi muka.. No no nooooo …

Nama adik perempuan Qhaliff ?

 

Waahhh .. Apakah yang sesuai eh ? Hurmm.. dah kena standby nama ni ..  Ada satu nama dalam kepala aku tapi kena cari maknanya. Risau nanti nama  ala ala omputeh atau ala ala watak heroin dalam novel cinta je nanti haaa .. segan dia nanti kat sekolah .. Atau name tag dia panjang benor .. hahahah ..

Eh , dah tau ke jantina ? Hahahaha .. Dah la bang .. Petang tadi gi scan kat Klinik Maria ..

  

Hurmm.. besar dah budak ni kan ? Kejap je masa berlalu .. huhuh… Oh ya, part adik dia .. hehehehe .. Masa scan tadi , doktor kata perempuan.. Confirm katanya sbb check di bahagian celah peha tu .. dia siap tunjuk laa .. Apa pun , itu yang kita nampak .. Segalanya , hak Allah .. Apa saja jantinanya , yang penting .. dia sihat dan normal.. InshaAllah ..

Tadi nak amik gambar masa doktor scan tu. Qhaliff pulak buat ragam. Meronta nak turun sbb nak gi tekan butang kat mesin scan tu.. Dia ni mudah teruja nampak butang butang … ‘Butang’ kat dada aku pon abis dia pulasnya ! Grrr…

Apa pun tunggu bulan 2 nanti.. Nak scan 3D lak.. Saja je wat kenangan semua ni .. Heeee.. InshaAllah ..

Oh ya.. nama dia ? Biarlah rahsia dulu .. Nanti lepas daftar , baru umum pada korang .. Umum awal awal nanti , ada pulak yang guna dulu.. hahahah.. Yelah , nama dah macam heroin planet pluto dah.. Takde orang guna lagi wehhh ..

Restoran Cerana , Cheras .

 

Kali ketiga aku ke sini.. Aku ke sini pon memula dulu sebab kenal owner dia. Turun gym sekejap kat tempat aku dok workout. Pastu hilang entah ke mana tah .. hahaha..

Ok .. kali kedua , gi meraikan harijadi ayah aku .. Tak silap aku la.. Lama dahh .. Pastu , hari ni .. kali ketiga. Ayah aku suka gi sini.. Katanya selesa .. hehe.. Selesakah ?

Memula , bagi aku kalau nak gi satu satu restoran tu .. aku utamakan ruang solat.. Di mana letaknya surau dan diikui tandas. Kedua dua ni kalau terjaga , inshaAllah makanan di dalam restoran juga terjaga kebersihannya..

Surau .. bersih ! Malah lebih bersih dari surau yang terletak di shopping terkemuka di Malaysia.. Tandasnya pon bersih , aku rasa.. Aku tak masuk pon tapi bapak aku masuk. Aku tengok dia masuk..  Kalau dia masuk kemudian keluar dengan muka tak bersalah .. bermakna tandasnya ok.. Memilih gak dia .. cam aku gak.. Rela tahan kalau tak bersih ! Hehehe..

Suasananya , mmg best laa .. Seolah olah makan atas tasik atau tepi sungai..

Er , siap ada persembahan nyanyian lagi.. Hehehehe…

Makanan ? Aku tak de apa nak komplen.. Bagi aku , mmg sedap ! Menepati selera aku. Cuma part harga tu , aku tak tau sangat sbb adik perempuan aku belanja.. hehehehe .. Dia yg open table.. hehe.. Terima kasihhhh ..

Lokasinya ? Haaa.. Senang jer.. Set kan GPS korang ke Maktab Polis Cheras , Taman Connaugh .. Kat seberang tu korang leh nampak Stesen Petronas.. Haa.. Situ je laaa ..ehhehe.. Oh ya, dia bukak malam jer.. Siang diorang  tidur.. hehe.. gurau ..

Kalau rasa nak datang , sila telefon dulu Restoran Cerana .. risau takde tempat je nanti ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI