Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 21 Januari 2014

Dulu , tak dapat kaki lagi !!

 

Comel eh ?? Yang dukung tu kan ? Aku tau dah.. Korang segan nak puji.. Hahahaha.. Ok ok .. tu bukan isu dia.. Isu tu akan keluar lain entri.. hahaha ..

Sewaktu Qhaliff dok sibuk merangkak , akak akak pembaca di blog dan juga di FB dah warning aku ..

“ Tunggu la nanti dia dah dapat kaki.. Siap la nak kejar diaaa !!  “.

Aku pandang sipi sipi jeer .. Berani Qhaliff buat aku gitu ! Aku smackdown nanti !

Photo: Setahun lepas.. pasni ulang utk no 2..

Tadi , di Dataran Putrajaya dan sebelum tu di pasar malam Presint 2 .. haihh.. penat mengejar dia ! Sibuk dia nak main air dalam kolam tuu ! Pandai pulak dok acah acah aku .. Amboiiii.. Akal banyak niii !

Photo: #lumia1520

Yelah kak… Maafkan sayaaaa .. Orang baru sorang anak.. Gini laaa… Huhuhuh… Cakap ‘otai’ tamo dengar !

Kenapa perlu bayar pada blogger ?

 

“ Dah kasi makan .. Dah kasi tempat tidur .. Ok la tu ? Takkan nak kena bayar lagi ? ".

Amboiii … Abis tu , orang gaji Indonesia tu ? Tak payah bayar gaji gak ke ??  Nak ke majlis tu , guna air sirap majlis ke ? Ke naik kereta Flinstone je ? Sampai kat tol , kereta mengecil ke ? Kira nak win win la eh ?

Blogger ni tak semuanya penulis profesional yang ada kelayakan dari mana mana universiti . Tapi kebanyakkan blogger adalah menulis dari hati tanpa ada sapa sapa paksa !  Ada yang positif dan ada yang sebaliknya ! Itu yang menariknya dunia blogger ni. Takde laaa semua nampak cunnnnn belaka .. Nampak satu halaaa je arah haluannya..

Ok .. ada yang tanya , kenapa perlu bayar ? Aku pernah pergi satu event anjuran satu kementerian. Di sana ada media jemputan dan juga blogger .. Ini bukan pertama kali la aku gi event event kementerian sbb aku pun pernah bekerja dengan Kementerian Pelancongan. Jadi , tau laa apa ceritanya..

Blogger yang pergi , confirm cari bahan untuk blog mereka. Tapi apakah yang akan mereka tulis ? Mengenai event tu ? Eh , tu wartawan dah cover .. Jadi blogger utk apa ? Takkan nak tulis menda sama je ?

Maka .. blogger lepak , amik gambar makanan .. bergambar sana sini.. Cuci mata .. Settle ! Yelah , dah tak bayar .. Nak buat kerja camana lagi ? Kata nak win… Dah datang , amik gambar dan post di FB .. Ok la kan ? Pastu cerita skit kat blog .. Settle !

Kalau bayar , blogger akan tanya pada pihak penganjur.. Apa yang mereka nak ? Apa yang perlu dihighlightkan dalam penulisan dan juga dalam media sosial ? Apa yang perlu ditekankan ?

Akhirnya , blogger nak makan pon tak sempat sbb nak kena cari bahan utk penulisan mereka .. Sebab dah ditugaskan dan dibayar utk melakukannya ! Takat bagi makan dan penginapan , apakah itu memadai dengan usaha selama ini untuk menaikkan nama dan juga blog mereka ? Apatah lagi sampai kena amik cuti , tinggal anak bini .. utk gi makan dan bersuka suka ? Huk aloh ….

Keluar duit skit , utk keuntungan jangka panjang .. Pon tak leh ? Kalau takde duit , terus terang jer.. Bagitak tak mampu nak bayar .. InshaAllah, ada blogger faham dan ikhlas tolong membantu.. Bukan semua blogger berkira tapi kena la jugak tahu , blogger pon kena bayar duit minyak , duit kereta … duit lrt ! Bukan win win namanya kalau sekadar kasi makan dan bergambar dengan artis !

“ Qhaliff , bangun pergi sekolah ! “

 

Kul 8 pagi.. Kejut Qhaliff. Plan ari ni lepas antar wife ke pejabat , aku nak ke Tadik Arina di Putrajaya.  Nak ajak Qhaliff , lepak sana barang sejam dua .. Saja nak dedahkan dia ..

Berpuluh kali aku kejut dia dari tidur.. Liatnyaa haiii.. Ni gara gara tidur lewat la malam tadi nii … Aku kejut hingga dia bangun gak … Dan dia bangun akhirnya .. Tu pon pakat teriak gak ..

Mandikan dia .. Dok mengantuk lagi… Siap pakai baju.. Kasi susu , baru fresh !

Photo

Terpikir gak aku.. Ni kalau nak gi sekolah ni , confirm liat kalau tak didik dari sekarang ni ! Nayo den nanti haaaa … Tapi bila dah fresh , gini laaaa gayanya ..

Kena paksa tidur awal dah malam ni .. Tak leh dah tidur lewat …

Lain kali tanya dulu ..

 

Photo

Di pejabat pos BBST.Jam 9.40. Angka giliran , 2059. No semasa, 2035.. Nak amik barang je.. Wife ajak gi makan dulu .. Hurmm… Nak amik apa la agaknya nehhhh ..

Gi mkn dulu dgn Qhaliff.. Selesai makan.. Aku dtg balik seorang diri .. Baru 2044.. Perghhhh.. Patah balik kat diorang .. Lepak lagi kat restoran tu…

Dalam 20 minit .. kembali ke pejabat pos semula … Nombor tertera , 2054 .. Qhaliff buat karenah .. Aku gi tunggu dalam kereta .. Wife tunggu giliran dia ..

Tak lama kemudian , wife sampai .. Dia cakap kat aku ..

“ Orang pos tu kata tak payah amik nombor pon. Terus je gi kat dia … Bagi surat tu.. Settle.. “.

“ Lorr… ari tu kena amik nombor… iskh.. “ .

Tapi bila aku ingat ingat balik .. Kenapa aku kena amik nombor ? Jawapannya ialah , orang yang urus bahagian tu gi solat Jumaat , pastu lunch. Jadi kena amik nombor utk orang lain uruskan..

Oooooooooooooooooooooo… Lain kali tanya duluuuu orang yg jaga tempat tu haaaaa … Kan dah rugi masa … Iskh..

Bahaya betul dia ni ..

 

Seharian duduk rumah , dia leh mati kutu ! Tunggu mak dia balik.. Berebut nak keluar… Asal keluar dari rumah , jadi laa… Aku pun mmg kesian kat dia gak ..

Maka… petang tadi bawak laaaa dia berjalan .. Lama tak berjalan petang petang sbb hari hujan sebelum ni.. hehehe.. Sian.. Dah dapat keluar , aku pulak jenuh mengejar dia.. Dia berjalan serupa berlari.. Tak payah dah aku nak gi jogging dah pasni.. Kejar dia pon mengah dah .. huhuh..

Tapi kena hati hati.. Setiap kali nak keluar kereta , kena check di mana dia .. Nak selamat , letak dia dalam kereta sekali .. Dia dah berani main depan pagar rumah.. Hurmm..

Meeting blogger ?

 

Tergelak wife aku bila aku bagitau KELAB BLOGGER BEN ASHAARI akan buat meeting .. Aku tanya apasal ? Blogger tak leh nak ada meeting ke ? Hehehe.. Orang dengar pon macam lawak tapi ramai tak tau blogger sekarang ni pon dah ada ‘kuasa’ tersendiri .. Haaaa..

Photo: Meeting #1 KBBA .. Isu .. Tolak Event Percuma.

Meeting adalah lebih bertujuan menyelesaikan beberapa isu berbangkit sejak dua menjak ni.. Kira nak settlekan secara bersemuka tanpa ada cakap cakap belakang ! Penat dok melayan bisikan syaitan ni..

Photo: Selesai meeting .. Sepakat membawa berkat .. InshaAllah ..

Alhamdulillah .. masing masing meluahkan rasa dalam hati .. dan mendapat penjelasan yang sebenarnya dari mereka yang dah amik tanggungjawab utk mendapatkan jawapan sebenar dari mereka yang terlibat..

Matang ! Aku respek semua yang hadir .. Ini bermakna segala masalah dah diselesaikan dan tak perlu diceritakan lagi … InshaAllah.. Terima kasihh pada rakan rakan yang hadir dan juga Ceo FUH.MY , Mk Syahir sbb open table.. hehe.. Semoga dimurahkan lagi rezeki ..

Bila suami baru nak tidur ..

 

Huhuh.. Alhamdulillah .. nasib baik laaa wife bukan jenis ‘teringin sangat..  Bila ada ‘rasa’ tu , nak dapatkan tak sukar mana .. Heehee..

Cuma aku suruh wife pastikan tidak kosong perut .. Bahaya.. Nanti bila lapar , tu yang teringin nak makan itu ini.. Pastu bila dah bawak gi makan.. cipuuut je makan.. Selebihnya , laki dia kena makan !

Kesan sampingan mula nampak bila beberapa bulan berlalu pada suaminya yakni .. perut boroi ! Yer , itulah yang sedang berlaku pada aku ! Huhuhuh..

Nasib baik la… wife kejut aku bila Qhaliff nak susu jer. Tu pon jarang la sangat.. Kenapa ? Wife tidur awal berbanding aku.. Aku tidur lewat sbb cari duit utk dia .. hahaha ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI